Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

3.05.2012

2 superhero kelantan..

Assalamualaikum,korang tau x siapa 2org superhero kelantan yang aku maksudkan??Cuba fikir balik,siapa yg patut jadi superhero utk negeri kelantan..mestilah orangnya mempunyai ciri2 pemimpin yg adil,yang baik,yang caring,yang menjaga rakyat,yang mengajak rakyat di bwh pimpinannya ke arah kebaikan,mengajak rakyat ke arah menuju akhirat,menjaga dgn penuh kasih sayang,memberi comitmen 100% dlm menjadi idol dan contoh kpd rakyat,dan yang plaing penting bg aku adalah orang yg bertanggungjwb publish MEMBANGUN BERSAMA ISLAM di kelantan dan ianya xlain xbukan semstinya seorang yg sangat disegani bkn shj seluruh rakyat kelantan malah di seluruh Malaysia iaitu SULTAN MUHAMMAD IV dan DATO BENTARA SETIA TUAN GURU HAJI NIK AZIZ NIK MAT (Eja ni xtgk sumber tau,ingt dlm kepala je,hehe)..
Ok,korang setuju x kenapa aku cakap 2org yg insan yg dilahirkan d bumi kelantan ni 2orang superhero malaysia??Mesti setuju kan?Aku yakin 100% mesti rmai yg setuju kecuali ada la 0.001% yg xsetuju atas sbb2 tertentu,dan mungkin mereka masih belum sedar siapa tu tok guru dan sultan muhammad IV yang telah diangkat naik jadi sultan baru2 ini..Aku sebagai seorang rakyat kelantan be pround sgt dpt dilahirkan di bumi serambi mekah ni yang mana telah melahirkan ramai ahli2 ulama' terkemuka bkn setakat di malaysia malah dunia..Malah saban hari aku sgt bersyukur dan sgt nak tgk seluruh malaysia dipimpin oleh pimpinan2 seperti ini yang mana ia telah mengubah corak pentadbiran seperti zaman kegemilangn turki kot..^_^
















Ok,boleh x korang menilai gambar di atas??apa korang nampak??atau pn org yg hanya buta je xnampak..I mean by buta hati la ataupun orang yang xde kefahaman tentang islam atau yg xdiberi hidayah oleh Allah lg,mungkin sbb mereka xberusaha jd yg terbaik lg dr hari semalam atau belum sampai masanya lg??
Bersangka baik ok..
Pernah nampak kat malaysia ni seorang sultan yg sangat mengambil berat tentang islam hinggakan selalu berjemaah di masjid bersama2 rakyat?atau seorang MB yang sangat zuhud akan hidupnya sehnggakn semua aspek hidupnya zuhud..??
Hanya di kelantan ok,korang memang xkan nampak kat negeri lain..dan dasar2 yang sangat aku kagum dgn pimpinan tok guru ni..
Hayatilah kata2 ini..walaupun kau bukan rakyat kelantan..


Aku berbangga jadi anak Kelantan.
Aku berbangga punyai Raja yang berjiwa rakyat.
Aku berbangga punyai Menteri Besar yang menjunjung Islam.


Jika ditanya apakah kelebihan Kelantan. Maka dengan yakin aku akan menjawab, "kelebihan di Kelantan adalah kerana mempunyai pemimpin yang adil dan meletakkan Islam ditempat yang tinggi.

Tok Guru Nik Aziz adalh Menteri Besar Kelantan yang ke-5 yang merupakan kesayangan rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan begitu bertuah kerana ALLAH swt telah mengurniakan seorang Ulamak dan menjadi peminpin rakyat Kelantan. Tok Guru seorang yang cintakan ilmu dan setiap hari jumaat jika tiada urusan, beliau akan bersama rakyat pada pagi jumaat untuk menyebarkan ilmu agama yang ada padanya. Dimana lagi hendak dicari Menteri Besar setiap minggu pada hari cuti sanggup berjumpa rakyat semata-mata untuk memberi tazkirah kepada rakyat. ( kini ia menjadi ikutan para pimpinan Pas yang lain)

Tok Guru Nik Aziz dianggap hero oleh masyarakat kelantan kerana telah banyak mengubah negeri Kelantan yang dulunya dianggap negeri "Gedebey".

Kini negeri Kelantan dianggap gedung ilmu agama dimana banyak pelajar mesir (al-azhar) Malaysia adalah datangnya daripada rakyat Kelantan. Kuliah tok guru pada pagi jumaat juga tidak pernah mendapat kedatangan yang mengecewakan bahkan ada yang dari jauh datang ke Medan Ilmu semata-mata unutk mendengar kuliah tok guru.

Alhamdulillah.

Ampun tuanku,.

Kami rakyat Kelantan juga begitu berbangga kerana mempunyai raja seperti Sultan Muhammad Ke-V yang berjiwa rakyat. Kami juga berbangga kerana punyai sultan yang sentiasa bersama rakyat. 

Dan yang paling kami bangga dan gembira bila melihat hubungan tok guru nik aziz dan sultan begitu rapat. Betapa bangganya kami rakyat Kelantan kerana mempunyai 2 superhero ini.

2 superhero ini dilihat bersama ketika Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kelantan. Sultan Muhammad Ke-V yang tiba ketika waktu magrib terus tergesa-gesa masuk masjid dan bersembahyang sunat sebelum berjemaah solat magrib bersama para pimpinan kerajaan Kelantan dan juga bersama rakyat.

Alhamdulillah, doa rakyat,semoga 2 Superhero di Kelantan ini dikurniakan kesihatan yang baik dan diberkati ALLAH swt. 


text ni kredit to:jeming hasan


LU PIKIR LA SNDIRI.........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...