Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

1.28.2013

Puisi Buat Ayah



Ayah..
Kini ku rasakan hidup tanpamu
Aku sepi hidup tanpa mu
Namun ini harus ku jalani
Walau terasa sangat berat ku jalani

Ayah...
Terima kasih atas semuanya
Semua kasih sayang yang kau curahkan
Semua pengorbanan yang kau lakukan

Ayah...
Kini aku merindukanmu
Merindukan saat-saat bersamamu
Merindukan kasih sayang darimu

Ayah...
Ingin rasanya aku berjumpa denganmu
Walau hanya dalam mimpiku
Walau hanya memandang wajahmu

Saat ku butuh ayah
Saat ku rindu ayah
Hanya selembar foto peninggalmu
Yang dapat mengobati rasa rinduku

Tuhan..
Sungguh aku tak pernah rela kehilangan dia
Namun aku sadar semua ini milikmu
Dan akan kembali kepadamu

Tuhan...
Jagalah dia selalu
Bahagiakan dia di sisimu
Karena dia adalah ayah terbaikku

Selamat jalan ayah
Semoga engkau bahagia di sisi-Nya
Semoga kita dapat berkumpul lagi di dalam surga-Nya
Nantilah aku ayah...

Aku sangat merindukanmu ayah...

-puisi karya Umii Kulsum

Subway Surf PC

Salam..
Korang2 yang pakai Android dan IOS mesti pernah dengar nama game subway sufr yg terkenal pada Android dan IOS kan?
Aku juga pernah main dan memang best..
So sekarang dah ada untuk yg korang berminat main di pc atau laptop korang boleh download versi PC kat SINI..Selamat bermain.. :-)

1.23.2013

12 Rabiulawwal Satu permulaan titik bersejarah

Assalamualaikum,sempena post yang ke-100 ini dan jatuh pula hari ini 12 Rabiulawwal ana ingin berkongsi satu kisah dan biodata seseorang yang amat istimewa bagi kita semua umat manusia..Siapa lagi kalau bukan Nabi junjungan kita MUHAMMAD RASULLULLAH SAW.Satu insan yang patut dikagumi,patut dipuji,bahkan tiada siapa dapat menandingi baginda MUHAMMAD SAW..Jom segarkan ingatan kita semula dengan membaca Biodata dan Kisah RASULLULLAH ini..




Siapa Rasulullah atau Nabi Muhammad SAW?

Nabi Muhammad S.A.W. adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar.

Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah S.W.T.
Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Nabi Muhammad S.A.W. merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam. Beliau juga digelar Al Amin yang bermaksud ‘yang terpuji’.

BIODATA RASULULLAH S.A.W:

1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
5. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
6. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
7. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
8. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
USIA 5 TAHUN
* Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
* Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
* Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
* Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
* Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
* Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
* Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
* Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
* Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
* Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
* Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
* Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
* Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
* Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
* Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
* Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
* Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
* Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
* Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
* Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH S.A.W

1. Khadijah Binti Khuwailid
2. Saudah Binti Zam’ah
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
7. Zainab Binti Jahsy
8. Maimunah Binti Harith
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
10.Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)


ANAK-ANAK RASULULLAH S.A.W

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’

Nabi Muhammad s.a.w juga mendapatkan julukan Abu al-Qasim yang bererti “bapak Qasim”, kerana Nabi Muhammad s.a.w pernah memiliki anak lelaki yang bernama Qasim iaitu anak baginda bersama Khadijah, tetapi ia meninggal dunia sebelum mencapai usia dewasa.


 Kelahiran Nabi Muhammad SAW Hingga Dilantik Jadi Rasul

Abdullah dan Aminah

‘Abd al-Muttalib telah memilih Aminah binti Wahb bin ‘Abd manaf bin Zuhrah bin Kilab menjadi isteri anaknya, ‘Abdullah.
Aminah dianggap wanita yang paling mulia ketika itu dari sudut keturunan dan kedudukan.  Bapanya ialah ketua Bani Zuhrah.
‘Abd al-Muttalib telah mengutus ‘Abdullah ke Yathrib untuk mengambil bekalan dagangan untuk didagangkan di Syam.
‘Abdullah telah meninggal dunia di Yathrib dan dikebumikan di Dar al-Nabighah al-Ja’di.  Ketika itu, ‘Abdullah berusia 25 tahun.


Kelahiran Bayi Mulia, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam

Dilahirkan di penempatan Bani Hashim di Mekah sebagai anak yatim.
Dilahirkan pada hari Isnin, 9 Rabi’ul Awwal tahun pertama peristiwa gajah, bersamaan 20 atau 22 April 571 Masehi.
Peristiwa luar biasa (irhas) yang berlaku ketika dilahirkan:
14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur
Api sembahan orang Majusi terpadam
Gereja-gereja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
Apabila Abd al-Muttalib mendapat tahu berita kelahiran cucunya itu, dia terus ke Ka’bah lalu berdo’a dan bersyukur.  Lantas diberi nama MUHAMMAD, nama yang cukup asing bagi masyarakat Arab ketika itu.
Orang yang pertama menyusukan Nabi, selepas ibunya ialah Thuwaybah, iaitu seorang hamba kepada Abu Lahab.


Hidup Dalam Keluarga Bani Sa’ad (sehingga umur 4-5 tahun)

Menurut adat masyarakat Arab setempat, bayi yang baru lahir akan disusukan oleh perempuan yang berada di luar dari masyarakat setempat, supaya bebas dari dijangkiti penyakit masyarakat setempat, menguatkan fizikal kanak-kanak, mengukuhkan urat saraf serta memahirkan anak terebut dengan bahasa Arab jati sejak kecil lagi.
‘Abd al-Muttalib telah menyerahkan bayi bernama Muhammad untuk dipelihara oleh Bani Sa’ad dan disusukan oleh Halimah al-Sa’diyyah.
Selepas 4 atau 5 tahun kelahiran, telah berlaku peristiwa pembelahan dada Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam oleh Jibril.

Ke Pangkuan Ibu Yang Pengasih (sehingga umur 6 tahun)
Selepas peristiwa pembelahan dada itu, Halimah risau akan keselamatan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam, lalu memulangkan Baginda kepada ibunya, Aminah.
Aminah dan anak yatimnya itu telah membuat keputusan untuk menziarahi kubur suaminya di Yathrib, dengan ditemani oleh Abd al-Muttalib dan Ummu Ayman (pembantu wanita).
Mereka menetap di Yathrib (Madinah) selama sebulan.
Dalam perjalanan pulan ke Makkah, Aminah jatuh sakit lalu meninggal dunia di Abwa’, iaitu kawasan di antara Makkah dan Yathrib (Madinah).
Anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam itu terpaksa menjadi anak yatim piatu pada umur 6 tahun.

Ke Pangkuan Datuk Yang Penyayang (sehingga 8 tahun)
Abd al-Muttalib sayu dan sedih dengan kejadian yang berlaku.  Peristiwa lama iaitu kematian anaknya Abdullah kembali datang menerjah ke dalam memorinya.
Beliau membawa pulang anak kecil itu ke Makkah dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Apabila umur Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam mencecah 8 tahun, 2 bulan dan 10 hari, datuknya Abd al-Muttalib pula meninggal dunia di Makkah.
Abd al-Muttalib sempat berwasiat agar Muhammad sallAllahu ‘alaihi wassalam dijaga oleh Abu Talib, bapa saudaranya iaitu saudara kandung bapanya.

Ke Pangkuan Bapa Saudara (sehingga 40 tahun)
Abu Talib telah menjalankan amanah menjaga Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dengan sesempurna mungkin.
Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah mendapat perlindungan dan penjagaan dari Abu Talib sehingga akhir hayat Abu Talib.

Antara peristiwa penting yang berlaku sepanjang bersama Abu Talib ialah:

Hujan turun dengan berkat peribadi anak kecil bernama Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Yang mana ketika itu Makkah dilanda kemarau.
Pada umur Baginda 12 tahun, Abu Talib yang ketika itu membawa Baginda berdagang ke Syam telah ditegur oleh seorang Rahib bernama Jarjis, atau lebih dikenali sebagai Bahira.  Seetlah melihat ciri-ciri yang ada pada Baginda, Bahira telah memberitahu kepada Abu Talib, “Inilah ketua seluruh alam, budak ini diutuskan oleh ALLAH sebagai rahmat untuk sekalian alam.”  Bahira menasihatkan agar budak tersebut tidak dibawa ke Syam, kerana ditakuti akan dilakukan sesuatu yang buruk kepadanya.  Lalu Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam dibawa pulang ke Makkah semula.
Pada umur 15 tahun, Baginda telah ikut membantu dalam peperangan yang dipanggil Peperangan Fijar.  Peperangan tersebut adalah di antara orang Quraisy dan sekutu2 mereka dari Bani Kinanah dengan Qays bin ‘Aylan.
Pada zaman remaja, Baginda tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.  Banyak riwayat mengatakan Baginda mengembala kambing.  Pada usia 25 tahun, Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam telah dikenali sebagai seorang yang amanah.  Atas sifat amanahnya itu, Khadijah binti Khuwaylid iaitu pedagang dan hartawan telah memilih Baginda untuk membawa dagangannya ke Syam.  Baginda dibantu oleh hamba Khadijah yang bernama Maysarah untuk berniaga di Syam.
Kembali dari urusan perdagangan, Khadijah tertarik dengan kebolehan Baginda yang telah meraih keuntungan yang banyak dari perniagaan tersebut.  Malah yang lebih penting ialah perwatakan Baginda yang berakhlaq mulia, berfikiran tajam, tutur kata yang benar dan bersifat amanah.  Maklumat ini diperolehi dari Maysarah.  Khadijah yang sebelum ini selalu gagal dilamar oleh para pembesar Quraisy, telah tertarik dengan Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam.  Khadijah ketika itu berumur 40 telah menyatakan hasrat untuk mengahwini Baginda, dan Baginda setuju.  Lamaran telah dibuat oleh bapa-bapa saudara Baginda.
Pada usia 35 tahun, Baginda membawa peranan yang besar dalam pembinaan semula Ka’bah dan Isu Tahkim.
Pada usia 40 tahun, Baginda telah menerima wahyu dari ALLAH.  Pada saat inilah, kehidupan Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam mula menerima pelbagai tentangan dan halangan yang besar.  Dan Abu Talib telah banyak bertindak melindungi Baginda sehinggalah Abu Talib meninggal dunia…




Moga roh perjuangan Rasulullah SAW diresapi dalam setiap hati umat Islam. Amin


1.22.2013

Fitrah ingin Berpasangan

Salam..
Aku ada sedikit perkongsian video tentang couple yang dibintangi oleh Heliza Helmi..Cinta ini kalau kita tidak selami dengan cara yang betul pasti akan tersasar.Manusia tak akan lari dari buat salah kan?So marilah sama2 kita muhasabah diri untuk menjadi lebih baik termasuk dalm soal ingin berpasangan ni..Do right you get right..
Video ini adalah part yang bersambung..Jadi sekarang ada 2 part..Harap korang semua bersabar untuk menunggu part yg ketiga atau yang terakhir mungkin?

part 1                                   

Part 2
Part3

Part5

Part7
Part8
Part10

Istighfar..


Istighfar, kalimat yang sangat pendek, tapi memiliki makna yang sangat
dahsyat, sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita.
Ia merupakan tradisi ritual Islam yang sangat fundamental.
Sebab dalam Istighfar itu mengandungi beberapa elemen rohani, sebagaimana
dinyatakan di dalam al-Quran mahupun Sunnah Rasulullah SAW. Sejumlah ayat tentang Istighfar atau pertobatan sangat banyak dikutip al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, misalnya:
“Mereka apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, segera
ingat akan Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya…(QS. 3:135).
“Maka barangsiapa memuji Tuhanmu, dan memohon ampunan kepada-Nya,
sungguh Dia Maha penerima Taubat.” (QS. 110:3)
“…dan orang-orang yang memohon ampun sebelum fajar.” (QS. 3:17).
“Maha Suci Engkau Wahai Allah, Tuhanku! Dan dengan segala puji bagi-Mu ya Allah Tuhanku, ampunilah aku! Sesungguhnya Engkau Maha Menerima Taubat, lagi Maha Pengasih.” (HR. al-Hakim).
“Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).
“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).
“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. (Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi).
Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”
Istighfar memiliki dua makna yang jelas yang menjuruskan kepada hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga selama ini kita sebut istighfar mencapai makna-maknanya.
.
Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita
minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aibkita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai
hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan kebutuhan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.
Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita
minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.
Istighfar Individu dan Sosial.
Dalam ritualitas vertikal, seorang hamba tidak hanya meraup kebahagiaan di hadapan Allah, tanpa ia menyertakan sesama umat beriman. Justru kualitas keimanan seseorang sangat berkait erat dengan kepedulian ruhaninya terhadap orang lain.
Keteladanan Rasulullah SAW, ketika saat Yaumul Mahsyar memberikan cermin kepada umatnya, bahwa kulitas ruhani Rasulullah SAW, yang melebihi para Nabi dan Rasul, terpantul pada pembelaannya akan nasib umat di hadapan Allah. Suatu sikap yang tidak dimiliki oleh para pemimpin dan para Nabi/Rasul. Sebab ketika para hamba Allah meminta syafa’at kepada para Nabi, mulai Nabi Adam as, hingga Isa al-Masih as, ternyata mereka enggan, disebabkan mereka tidak berdaya, terutama memikirkan nasibnya sendiri-sendiri. Berbeda dengan Nabi Muhammad SAW, yang justru tidak memikirkan nasib dirinya di hadapan Allah, malah yang terucap hanya kalimat: “Umatii…umatii..umatii…” (umatku… duh, umatku…umatku…).
Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kewenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:
Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.
(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).
Dari nilai Istighfar di atas memberikan perspektif luar biasa bagi integrasi dan dinamika sosial secara damai. Hubungan-hubungan sosial akan berlaku dengan penuh kesejatian hati ke hati, karena hubungan yang bersifat emosional negatif dinetralisir oleh istighfar sosial di atas.
Makanya, kualitas Istighfar bukan saja ditentukan hubungan yang sangat pribadi dengan Allah, tetapi juga sejauhmana seorang hamba menghayati Istighfar sosialnya.
Subhanallah. Istighfar merupakan satu ucapan tetapi memiliki dua keinginan. 2- in-1. Karena itu tidak heran hamba Allah yang sungguh-sungguh beristigfar tampak dalam kehidupannya, semakin berkah, semakin membawa kebaikan dan perbaikan,semakin bahagia, tenang, senang, menyenangkan, di dunia dan di akhirat.
Karena itu Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang melazimkan, mendawamkan dirinya selalu beristighfar kepada Allah, maka Allah mudahkan saat ia sulit, Allah gembirakan saat ia sedih,dan Allah beri rezki dari jalan yang tidak pernah ia duga.”
Kemudian dalam Al Qur’an surat Nuh ayat 10, 11, 12, Allah SWT berfirman, “Beristighfarlah kepada Tuhanmu – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun – niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai”. (QS. Nuh:10-12)
Beristighfarlah kita kepada Allah, niscaya Allah turunkan musim hujan yang berat. Allah mudahkan kita mendapatkan rezeki. Allah hadirkan di tengah kita anak-anak kita, generasi-generasi yang sholeh, generasi robbani. Kemudian Allah makmurkan negeri kita, Allah sejahterakan kita. Allahu Akbar.
Jadi, istighfar bukan hanya kewajiban, tapi kebutuhan kita. Karena itulah Rasulullah SAW, beliau tidak bangun dari tempat tidur beliau, kecuali beliau beristighfar 70 kali, dalam hadits lain 100 kali. Padahal dia ma’sum, dijamin masuk surga, bebas dari dosa, (tapi) begitu hebat istighfarnya kepada Allah. Apalagi kita hanya manusia biasa yang banyak dosa tanpa kita sedari atau tidak.
Mengakhiri tazkirah yang panjang ini, ingin menegaskan bahawa istighfar adalah salah satu amalan mulia dan perlu ditanamkan di dalam jiwa kita, kerana dengan nilai dan hikmah istighfar inilah, kita dapat membentuk manusia yang kenal diri, mengenang budi dan menghargai setiap nikmat yang diperolehi.
Jom kita istghfar bersama-sama sebentar.
Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin!

1.21.2013

Pemilihan Universiti di Jordan


Sedikit perkongsian sahabat dari facebook Ahmad Syihan Ismail untuk pemilihan universiti di Jordan bagi sesiapa yg berminat untuk menyambung pelajaran di sana..
kata beliau :
Sepanjang 10 hari di Jordan saya sempat survey 4 universiti dan saya kira kalau ada ibu - bapa mahu hantar anak, pilihlah universiti berdasarkan rangking yg saya buat ini melihat kepada biah universiti dan kehidupan sosial utk pelajar agama.

1. Universiti Al - al Bayt, Mafraq
2. Universiti Mu'tah
3. Universiti of Jordan, Amman
4. Universiti Yarmouk, Irbid

Ada dua universiti yg saya x sempat survey
1. Wise University, Amman
2. Zarqa universiti.

Saya amati secara ringkas berdasarkan kedudukan bandar dan sosial masyarakat di situ. ......................................











Tambah Follower sambil berkenal-kenalan.

klik link cepat!!

Kesihatan dan Kesannya


Percayakah anda?hehe..Moga manfaat..




1.20.2013

Sesungguhnya ALLAH maha mengetahui


Kita sebagai manusia selalu menyalahkan takdir yg telah ditentukan kepada kita olehNYA..
Namun tahukah kita di sebalik kejadian buruk atau baik yg menimpa kita sebenarnya perancangan dariNYA..
Ambil Iktibar dari kisah ini..:

Alkisah kehilangan kad kredit

Farid yang baru bekerja kehilangan kad kredit yang baru dipohonnya…

Rakan-rakan sekerja simpati pada nasib malangnya.

Farid hanya mampu tersenyum, “Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!”

Seminggu selepas itu, ada pihak menelefon berkata kad kredit Farid telah digunakan di satu stesen minyak dan kad kredit itu telah dicabut untuk memenangi hadiah bernilai RM2,000.

Semua rakan sekerja Farid berkata dia amat bernasib baik, kad kredit yang hilang pun dapat hadiah.

“Nasib baik? Nasib buruk? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Setelah menerima wang RM2,000 tersebut, Farid telah membeli sebuah motor. Tidak lama kemudian, Farid terjatuh motor dan tercedera parah.

Rakan sekerja Farid berasa dia amat bernasib malang kerana motor yang baru rosak bertambah dia terpaksa dirawat di hospital kerana kakinya patah.

“Nasib buruk? Nasib baik? Wallahua’lam!” jawab Farid sambil tersenyum.

Di sana, Farid berkenal dengan seorang jururawat yang jelita yang sering merawatnya. Akhirnya, jodoh Farid tiba dan sejurus keluar hospital, Farid mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin…

Dapat pengajaran dari kisah yang pendek ini?

Senyum

1.01.2013

Pengumpulan Al-Quran

Pengumpulan Al-Quran

al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w secara beransur-ansur selama lebih kurang 22 tahun 2 bulan dan 22 hari dan beliau sangat mengambil berat untuk menghafalnya dan kemudian membacakannya kepada para sahabat yang lain. baginda adalah orang yang pertama sekali mendapat penghormatan melakukan kerja mengumpul al-quran yang mulia dengan tujuan menghafal dan mengingatinya di dalam hati sebelum kerja tersebut diteruskan oleh orang lain. oleh yang demikian, baginda rasulullah s.a.w dianggap sebagai penghulu atau orang pertama menghafal dan mengingati al-quran.

pengumpulan al-quran di dalam dada

rasulullah s.a.w adalah seorang yang ummi(tidak tahu membaca dan menulis). oleh itu beliau berpegag teguh kepada kekuatan ingatannya untuk menghafal setiap wahyu yang diturunkan kepadanya. pernah berlaku, beliau tergopoh gapah membaca wahyu yang diturunkan kerana bimbang akan terlupa dan kemudiannya allah berjanji untuk memudahkannya untuk menghafal dan memahaminya seperti dalam firman-Nya:


 
114. Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku".

dan Allah s.w.t berfirman lagi:
 16. Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu).

17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);

18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

19. Kemudian, Sesungguhnya kepada Kamilah terserah urusan menjelaskan kandungannya (yang memerlukan penjelasan).

baginda rasulullah s.a.w amat menitik beratkan penghafalan dan penghayatan terhadap al-quran sehingga baginda sering mengisi malamnya dengan membaca ayat-ayat al-quran di dalam sembahyangnya, beribadah dengannya serta mentadabbur kandungannya. baginda beribadah sehingga bengkak kedua-dua kakinya kerana banyak berdiri, baginda mengumpulkan al-quran di dalam dadanya yang mulia dan setiap setahun sekali jibril a.s akan menyemak bacaannya dan hanya pada tahun terakhir hayat baginda, jibril telah datang sebanyak dua kali untuk menyemak bacaan baginda.

semasa al-quran diturunkan kepada nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya, masyarakat arab sedia terkenal sebagai bangsa yang mempunyai daya ingatan yang cukup kuat dan amat cepat menghafal. mereka juga terkenal dengan hafalan berates-ratus bait syair dalam pelbagai tema dan gaya bahasa. oleh itu tidak hairanlah sekiranya setelah mereka memeluk agama islam, mereka dapat menghafal kesemua ayat-ayat al-quran yang diajar oleh nabi Muhammad s.a.w dengan senang dan cepat tanpa sebarang masalah. malah mereka amat tertarik dengan gaya bahasa al-quran yang berlainan sekali dengan bahasa syair yang dicipta oleh pakar-pakar bahasa bangsa mereka.

oleh yang demikian para sahabat amat mengambil berat tentang al-quran dan mereka akan bersegera menghafalnya setiap kali rasulullah s.a.w mengajar kepada mereka dan kemudiannya mereka mengajar kepada isteri-isteri dan anak-anak mereka. pernah diriwayatkan bahawa baginda s.a.w sedang berjalan-di malam hari, kemudiannya baginda melintasi sebuah rumah sahabat dari golongan ansar lalu terdengar dengungan suara orang yang membaca al-quran sehingga membuat baginda terhenti kerana mendengar bacaan tersebut.

semasa hayat rasulullah s.a.w ini terdapat ramai bilangan para sahabat yang menghafal al-quran antaranya ialah keempat khalifah ar-rasyidin, said, muaz bin jabal, talhah, ibn mas’ud, huzaifah, salaim maula abu huzaifah, ibn umar, abu al-darda, aisyah, ibn abbas, hafsah, ummu salamah, mas’ab bin umair, ibn ummi maktum, zaid bin thabit, ubai bin ka’ab, muawiyah bin abi sufyan dan ramai lagi. ada di antar mereka yang telah diutuskan oleh rasulullah s.a.w ke tempat-tempat lain untuk mengajar al-quran kepada umat islam yang jauh seperti yang berlaku kepada mas’ab bin umair dan ibn abi maktum seta muaz bin jabal.

pengumpulan al-quran dalam tulisan

pada zaman rasulullah s.a.w masih hidup, al-quran bukan hanya dipelihara melalui system penghafalan sahaja, malahan, baginda turut memerintahkan sepaya ia ditulis oleh para penulis wahyu. rasulullah s.a.w telah melantik beberapa orang “kuttab”(penulis wahyu) untuk merakamkan wahyu-wahyu yang diturunkan. penulis-penulis wahyu ini mestilah terdiri daripada para sahabat yang dipercayai kejujurannya dan mampu mengendalikan tugas bersesuaian dengan tugasnya yang amat besar.

rasulullah s.a.w telah melantik ramai para kuttab di antaranya ialah empat orang khalifah al-rasydin iaitu abu bakar, umar, uthman dan ali, muawiyah bin abi sufyan, zaid bin thabit, ubai bin ka’ab, Khalid bin al-walid, thabit bin qais, abbas bin sa’id dan lain-lain lagi.

setiap kali rasulullah s.aw menerima wahyu yang diturunkan oleh allah, baginda akan membacanya di hadapan para kuttab menulisnya. baginda memerintahkan mereka supaya menulis setiap ayat-ayat al-quran yang diturunkan kepadanya supaya ia selaras dengan apa yang telah dihafal di dalam dadanya. pada zaman ini, para kuttab telah menulis ayat-ayat yang diwahyukan itu di pelepah-pelepah tamar, ketulan-ketulan batu, tulang tulang unta dan biri-biri yang telah kering, kulit-kulit binatang, kepingan-kepingan kayu dan sebagainya.


penyusunan ayat dan surah

penyusunan ayat dan surah yang dimaksudkan di sii ialah penyusunan yang dibuat terhadap kesemua ayat dan surah sebagaimana didapati pada hari ini.

1.       penyusunan ayat secara taufiqi

kesemua ayat al-quran telah disusun secara taufiqi iaitu mengikut petunjuk dan arahan sebagaimana yang diberi oleh rasulullah s.a.w dan baginda pula mendapat perintah daripada allah taala. terdapat suatu hadith yang meriwayatkan bahawa jibril a.s telah berkata kepada rasulullah s.a.w ketika beliau membawa wahyu daripada allah taala:


kemudian baginda s.a.w akan berkata”letakkan ia di tempat yang demikian” itu kepada para kuttab, iaitu sebagai petunjuk dan arahan baginda untuk menyusun ayat-ayat dan surah-surah al-quran. oleh itu tidak syak lagi ahawa susunan ayat dalam setiap surah dan perletakkan basmalah di setiap permulaan surah adalah berdasarkan pertunjuk oleh perintah nabi Muhammad s.a.w dan ia dipersetujui oleh jumhur ulama’

oleh sebab itulah, segala ayat dan surah yang ada di dalam al-quran al-karim tidak boleh diubah atau ditukar kedudukannya walaupun ia melibatkan hanya satu ayat sahaja. sejarah juga tidak pernah mencatat peristiwa yang menunjukkan para sahabat menyusun ayat-ayat al-quran menurut sesuatu susunan yang menyalahi bacaan rasulullah s.a.w maka dengan sebab inilah juga, perkara mengenai susunan ayat-ayat al-quran secara taufiqi tersebut telah mencapai darjat tawatur.

2.       penyusunan surah secara taufiqi

sebagaimana penyusunan ayat al-quran yang dibuat secara taufiqi, begitulah juga dengan penyusunan surah al-quran, iaitu menurut petunjuk dan perintah baginda s.a.w ibn abbas r.a meriwayatkan:

oleh itu jelaslah susunan surah yang ada pada hari ini sudah dimaklumki sejak zaman rasulullah s.a.w masih hidup lagi. dan penyusunan secara taufiqi ini meliputi keseluruhan surah al-quran dan ia merupakan pendapat yang rajah berbanding dengan pendapat yang mengatakan penyusunan sebahagian besar surah al-quran adalah secara taufiqi, sementara sebahagian lagi berdasarkan ijtihadi para sahabat.

sebab-sebab al-quran tidak dikumpulkan dalam satu mushaf

pada masa hayat rasulullah s.a.w baginda tidak bertindak mengumpulkan kesemua ayat dan surah al-quran ke dalam sebuah mushaf, tetapi baginda juga tidak terus mengasingkan keseluruh ayat dalam setiap surah itu ke dalam kepingan-kepingan yang berasingan. apa yang didapati ialah ayat-ayat al-quran tersebut bercampur-aduk dan berselerak di sana sini di rumah-rumah para sahabat. walaubagaimanapun, ada beberapa sebab dan alas an mengapa zaman ini tidak memperlihatkan gerakan mengumpul ayat-ayat al-quran di dalam satu mushaf sehinggalah baginda s.a.w wafat. antaranya ialah:
1.       al-quran tidak diturunkan sekaligus, malahan berlaku secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat. oleh itu, adalah sukar untuk menulisnya di dalam satu mushaf sahaja, melainkan setelah kesemua ayat al-quran tersebut sempurna diturunkan kepada baginda s.a.w.
2.       susunan ayat-ayat dan surah-surah tidak mengikut susunan penurunannya, apabila diteliti penyusunan yang dibuat terhadap al-quran jelaslah sesetengah ayat yang diturunkan kemudian, tetapi di dalam al-quran diletakkan di awal surah. sekiranya al-quran ditulis dan dikumpulkan ke dalam satu mushaf, maka pastilah ia perlu diubah setiap kali wahyu diturunkan kepada rasulullah s.a.w.
3.       semasa hayat baginda s.a.w. terdapat juga beberapa ayat al-quran yang dimansuhkan dengan turunnya ayat yang lain yang memansuhkannya. oleh itu, sekiranya semenjak awal lagi al-quran telah dikumpulkan dalam satu mushaf maka perubahan dan pindaan tertentu perlu dilakukan terhadap mushaf tersebut setiap kalisesuatu ayat dimansuhkan. ini hanya akan menyulitkan keadaan rasulullah tidak pernah menyuruh para sahabat mengumpulkan al-quran di dalam satu mushaf.
4.       penghafal-penghafal dan penulis wahyu yang terlalu ramai yang berada di pelbagai tempat menyebabkan tulisan-tulisan al-quran berselerak di sana sini. di samping itut, mereka tidak merasakan bahawa pengumpulan di dalam suatu mushaf adalah perlu kerana mereka telah menghafalnya di dalam dada masing-masing.
5.       jarak masa di antara ayat terakhir diturunkan kepada rasulullah s.a.w dan masa kewafatan baginda terlalu singkat iaitu selang masanya hanyalah sembila hari sahaja. masa yang terlalu pendek tidak memungkinkan baginda mengumpulkan keseluruhan al-quran di dalam suatu mushaf.
6.       belum terdapat sebab-sebab yang memerlukan pengumpulan al-quran di dalam satu mushaf keran pada masa itu umat islam berada di dalam suasana baik, aman, tidak ada fitnah memfitnah, di samping penghafal-penghafal al-quran masih ramai. tambahan pula alat-alat untuk kegunaan menulis adalah sukar untuk diperolehi kerana pada masa ini, mereka hanya mengukir tulisan di atas kepingan kayu, ketulan batu, kulit kulit kering dan tulang temulang.

walaupun tidak ada pembukuan dan pengumpulan di dalam satu mushaf, al-quran al karim tetap dipelihara kerana para sahabat telah menghafal keseluruhan ayat-ayat al-quran mengikut cara yang ditunjukan oleh rasulullah s.a.w yang juga telah menerangkan tempat letak sesuatu ayat dan surah sebagaimana yang diarahkan oleh Allah Taala.

kesimpulannya pada masa rasulullah s.a.w masih hidup, alquran telah dihafal oleh ramai penghafal-penghafalnya di dalam dada masing-masing seperti yang diarahkan oleh rasulullah s.a.w. disamping itu, al-quran juga telah ditulis di atas kepingan-kepingan kayu, batu, kain, kulit dan sebagainya, seta dikumpulkan dan disimpan di rumah baginda s.a.w. para kuttab pula menyalin satu mushaf seorang untuk kegunaan diei mereka dan keluarga. oleh yang demikian, penghafalan ayat-ayat al-quran dalam susunan yang teratut serta penulisannya menjamin keutuhan dan keaslian al-quran sebagaimana yang dijanjikan oleh allah s.w.t. di dalam firmannya:
9. Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan menjaganya.

Zaman Abu Bakar as-Siddiq

setelah baginda rasulullah s.a.w wafat, sahabat baginda saidina abu bakar as-siddiq dilantik sebagai khalifah pertama untuk menyambung tugas-tugas rasulullah s.a.w. pada masa itu timbul pelbagai gerakan daripada orang ramai yang menyangka bahawa agama islam tamat dengan kematian rasulullah s.a.w. dan sesetengahnya pula enggan membayar zakat.

saidina abu bakar telah berusaha habis-habisan untuk membanteras penyelewengan-penyelewengan yang berlaku dengan menghantar tentera-tentera islam memerangi golongan tersebut. pada tahun 12H, beliau telah menghantar Khalid al walid mengetuai tentera islam memerangi musailamah al kazzab yang mengakui dirinya sebagai nabi dan pengikut-pegikutnya daripada bani hanifah yang telah murtad. Khalid bin al walid telah ke suatu tempat bernama al-yamamah bersama-sama 4000tentera islam untuk melaksanakan tugas yang berat itu. peperangan yang sengit ini akhirnya meragut banyak nyawa tentera muslin dan ramai para penghafal al-quran yang syahid iaitu tidak kurang daripada 70orang termasuk zaid bin al khattab, saudara kepada umar bin al khattab. peperangan ini berlanjutan sehingga datangnya pertolongan allah yang kemudiannya menghancurkan tentera musailamah. tentera islam berjaya mengejar mereka dan mengepungnya dalam sebuah kebun kurma. kemudiannya al-barra bin malik memanjat tembok kebun tersebut dan berjaya membuka pntu tembok untuk memberi laluan kepada tentera islam bagi membunuh musailamah dan pengikut-pengikutnya. peperangan yang dahsyat dan sengit ini berakhir dengan kemenangan terhadap umat muslimin.

peristiwa yang menyedihkan itu menjadi satu pukulan yang besar terhadap saidina umar, lalu beliau menemui khalifah abu bakar dan mencadangkan supaya al-quran dikumpulkan ke dalam satu mushaf yang teratur ayat dan surahnya. cadangan itu dibuat berasaskan kebimbangan umar akan kemungkinan hilangnya al-quran disebabkan kematian para penghafalnya.

walaubagaimanapun, pada mulanya abu bakar enggam melaksanakan cadangan umar, kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah semasa hidup baginda. tetapi umar tidak putus asa, akhirnya khalifah abu bakar dapat diyakini akan manfaat daripada cadangan beliau itu. apabila khalifah abu bakar dapat melihat kebaikan cadangan umar tersebut, lalu beliau mengarahkan zaib ibn thabit melaksanakan tugas itu. zaid ibn thabit dipilih berdasarkan kenyataan bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah seorang daripada penulis wahyu serta menghafal al-quran dan pernah menghadiri majlis tadarrus al-quran antara nabi dan jibril.

di peringkat permulaan menerima arahan, zaid sebagaimana yang telah berlaku kepada khalifah abu bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut dengan alas an bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh rasulullah semasa hidup baginda. tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana yang berlaku kepada khalifah abu bakar.

dalam melaksanakan tugas berat itu zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan bertindak menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan para sahabat dan hafalan beliau sendiri. selain dari itu, beliau tidak akan menulis sebagai al-quran kiranya tidak ada dua orang saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan ayat itu diterima daripada nabi. dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada waktu itu, iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh zaid dalam proses melaksanakan tugas yang diamanatkan oleh khalifah abu bakar.

zaid telah mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyempurnakan tugas beliau itu. apabila telah selesai penulisannya, naskah al-quran itu diberi nama mashaf abu bakar . bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-tujuh huruf atau al-ahraf al-sab’ah yang mana di atasnya al-quran diturunkan. ini bermakna mashaf abu bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman nabi. mashaf abu bakar itu pada mulanya disimpan di bawah jagaan khalifah abu bakar sehinggalah beliau meninggal dunia. kemudian di simpanpula oleh khalifah umar al-khattab di sepanjang tempoh pemerintahannya. setelah khalifah umar meninggal dunia, mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu hafsah binti umar.

sebagai rumusannya, dengan pengesyoran umar dan pelaksanaan tugas zaid ibn thabit, maka terhasillah mashaf abu bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi ketujuh-tujuh huruf yang di atasnya al-quran diturunkan. dengan itu juga, terselamatlah dan terjaga ketulinan al-quran disebabkan kematian para penghafal al-quran.

Zaman Saidina Uthman bin Affan r.a

pengumpulan al-quran di zaman khalifah uthman bin affan r.a adalah kerana sebab-sebab yang berbeza dari yang dihadapi oleh khalifah abu bakar as-siddiq dahulu. semasa pemerintahan khalifah umar al-khattab r.a empayar islam telah dapat diperluaskan hingga mewujudkan suatu kawasan yang amat besar. para sahabat telah dihantar kenegeri-negeri dan kota-kota taklukan islam untuk mendakwah penduduk negeri tersebut dengan ajaran islam yang suci. di samping itu juga para sahabat turut mengajar al-quran dan cara bacaannya kepada penduduk tempatan mengikut cara masing-masing. oleh itu timbillah ketidak seragaman bacaan di antara penduduk satu negeri dengan negeri yang lain.

penduduk negeri syam membaca alquran dengan bacaan ubai bin kaab, penduduk kufah pula menggunakan bacaan Abdullah bin mas’ud sementara yang lainnya pula membaca dengan bacaan abu musaal-as’ari. kesemua bacaan dan cara penyampaian para sahabat ini berbeza di antara satu sama lain. mereka hanya menggunakan qira’at yang mereka ketahui sahaja di samping mereka tidak pula mengajar qira’at tujuh kepada penduduk tempatan. tambahan pula mereka tidak mempunyai satu mushaf umum untuk dijadikan rujukan sekiranya mereka menghadapi masalah.

pendapat ini telah menimbulkan pergaduhan dan pertentangan pendapat di antara sesame mereka sehingga hampir kedapatan orang yang mengkufurkan yang lain disebabkan perbezaan bacaan tersebut. pertelingkahan ini berlaku bukan hanya di antara puak-puak orang Iraq sendiri. satu riwayat menerangkan:

pada masa pemerintahan al-walid bin ‘uqba, yazid bin muawiyah berada di sebuah masjid dan bersama-sama ialah huzaifah. tiba-tiba seorang pegawai berkata: “sesiapa yang mengikut bacaan abu musa, pergilah ke sudut berhampiran dengan pintu kinda. dan sesiapa yang mengikut bacaan Abdullah pergilah kesudut berhampiran rumah Abdullah.” mereka bersepaka membaca surah al baqarah ayat 196. satu kumpulan membaca “tunaikanlah haji ke kaabah.” huzaifah menjadi sangat marah, matanya merah lalu bangun dan membuka qamisnya sehingga ke pinggang. walaupun ketika itu beliau berada di dalam masjid. huzaifah berkata: “adakah sesiapa yang akan menemui amirul mukmini atau saya sendiri yang akan pergi.”

riwayat ini menjelaskan bahawa huzaifah bimbang keaslian agama islam akan tercemar seperti agama-agama samawi yang lain yang telah berpecah kepada beberapa bahagian hanya kerana perselisiha umatnya terhadap bacaan kitab suci mereka. abu huzaifah juga pernahmendengar penduduk kufah berkata “naskah Abdullah” sementara penduduk basrah berkata “naskah abu musa” lalu beliau berkata “demi allah, sekiranya aku berjumpa amirul mukmini, aku akan mencadangkan supaya bacaan-bacaan ini dihapuskan.

al-bukhari telah merakamkan peristiwa mengenai abu huzaifah membuat laporan kepada khalifah uthman bin affan di dalam sahihnya. beliau meriwayatkan daripada anas bin malik katanya huzaifah al yaman datang menghadap khalifah uthman sebaih sahaja beliau selesai berperang bersama-sama orang syam dan Iraq memerangi Armenia dan Azerbaijan. beliau amat terkejut dengan pertelingkahan yang berlak di antara penduduk syam dan penduduk Iraq mengenai bacaan al-quran. lalu huzaifah menyarankan oendapat kepada uthman dengan berkata:wahai amir al mukminin, selamatkanlah mereka itu sebelum pertelingkahan mereka tentang al-quran mereka merebak seperti yang telah berlaku kepada bangsa yahudi dan nasrani.” lantas saidina uthman bersegera menghantar utusan kepada hafsah sambil berkata: semoga puan dapat menghantarkan kepada kami naskah al-quran yang puan simpan supaya kami dapat menyalinnya menjadi beberapa nashkah mashaf dan kemudiannya kami akan kembalikannya semula kepada puan.” hafsah pun menghantarkan naskhah al-quran itu kepada uthman dan beliau segera memerintahkan zaid bin thabit, Abdullah bin zubair, sa’id bin al-as dan abdul rahman bin harith bin hisyam supaya menyalin semula nashkah al-quran itu ke dalam beberapa nashkah mashaf yang lain. di samping itu saidina uthman berpesan kepada ketiga-tiga pemuda quraisy tadi dengan berkata: “sekiranya timbul sebarang perselisihan di antara kamu bertiga dengan zaid bin thabit mengenai sesuatu berkenaan al-quran, maka hendaklah kamu menulis perkara itu menurut lahjah quraisy, keran sesungguhnya al-quran diturunkan dengan lidah quraisy. selepas itu mereka terus bekerja melaksanakan perintah tersebut. apabila tugas tersebut selesai, maka nashkah asalnya dikembalikan semula kepada hafsah. kemudian, nashkah-nashkah yang telah disalin itu dihantar ke seluruh tempat iaitu satu nashkah untuk satu tempat dan khalifah memerintahkan supaya salinan-salinan nashkah yang lain dibakar.

dengan adaya mashaf uthman ini, maka para sahabat yang berada di merata tempat dapat menjadikannya sebagai rujukan tanpa perlu bergantung kepada cara bacaan mereka sendiri. usaha-usaha murni ini telah dapat menghapuskan pertelingkahan dan perselisihan pendapat di antara umat islam sesame sendiri.

Masa Penyalinan Nashkah

keempat-empat sahabat yang telah diperintahkan oleh sidina uthman r.a untuk mengumpul dan menyalin semula al-quran itu telah memulakan kerja-kerja mereka pada tahun 25H. mereka betungkus lumus bekerja menyalin beberapa nashkah al-quran dengan berpandukan nashkah asal yang disimpan oleh hafsah binti umar al-khattab dan apabila selesai, nashkah tersebut dikembalikan semula kepada beliau.

pada tahun 65H, khalifah marwan bin al-hakam cuba mendapatkan nashkah asal tersebut daripada hafsah untuk dibakar, namun beliau enggan menyerahkannya. tetapi apabila hafsah wafat, nashkah tersebut diambil dan dibakar oleh khalifah marwan. beliau mempertahankan tindakannya dalam nashkah tersebut telah pun disalin dan terpelihara dalam mashaf imam. beliau khuatir nashkah tersebut akan menyebabkan kelahiran segolongan manusia yang meragui kebenaran nashkah itu.

Keistimewaan Mashaf Uthman

al-zarqani telah menyebut beberapa keistimewaan dan kelebihan mashaf uthman, iaitu:
1.       mengumpul ayat-ayat yang diriwayatkan secara tawatur sahaja tanpa memasukkan riwayat ahad.
2.       meninggalkan ayat yang dinasakhkan bacaannya dan tidak dibaca pada pembentangan yang terakhir.
3.       menyusun surah-surah dan ayat-ayat seperti yang ada sekarang. berbeza denganmashaf abu bakar r.a yang menyusun ayat-ayat tanpa menyusun surah-surahnya.
4.       menulis dengan mengumpulkanpelbadai cara qira’at dan huruf-huruf yang diturunkan al-quran dan tanpa member baris dan titik.
5.       membersihkan mashaf daripada ayat-ayat yang bukan al-quran seperti keterangan-keterangan ayat yang ditulis oleh sahabat pada mashaf mereka atau pun tanda-tanda masikh dan sebagainya.

Kesimpulannya 

pengumpulan, penulisan dan pembukuan al-quran berlaku dalam tiga peringkat iaitu zaman rasulullah s.a.w zaman abu bakar r.a dan zaman uthman. kesemua peringkat ini menunjukkan bahawa al-quran telah dijaga dan dipelihara dengan begitu teliti dan sempurna untuk mengelak sebarang perubahan dan penyelewengan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...