Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

5.31.2012

MUHAMMAD AL-FATEH pedoman pemimpin Islam

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.
Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?
:Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? 

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan!

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.”

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung.



Jom tengok trailer movie kehebatan sulta muhammad al fateh..Turki membelanjakan hampir RM60juta untuk video ini sebagai pembakar semangat rakyat turki untuk persediaan menyerang israil laknatullah..Serang hendap ke atas mavi marmara telah mencetuskan idea untuk menerbitkan movie ini..Jihadkah kita seperti sultan muhammad al fateh?


5.22.2012

Jewellery for Woman

Ok,this time I will bring you a new style of woman jewellery..
Sesuai untuk majlis pertunangan dan perkahwinan..So pada sape yang nk tempah product2 by www.adivadivine.com bolehlah menghubungi saya sendiri melalui Facebook Rahman..sangat2 suitable untuk sesiapa yg nak hadiahkan pada makwenya,tunangnya,atau ingin membuat hantaran perkhahwinan bolehlah membeli produk ini dari saya sendiri...

For detail every product you can look at this link :
1.Adiva Divine Allegra Necklace -RM270
2.Adiva Divine Candice Necklace -RM210
3.Adiva Divine Antika Necklace -RM250
4.Adiva Divine Honey Gem Necklace -RM320
5.Adiva Divine Sabrina Chain -RM640
6.Adiva Divine Zenith Choker -RM730
7.Adiva Divine Allegra Earrings -RM240
8.Adiva Divine Antika Earrings -RM240
9.Adiva Divine Zenith Earrings -RM210
10.Adiva Divine Allegra Earrings -RM250
11.Adiva Divine Allegra Set -RM470
12.Adiva Divine Antika Set -RM410
13.Adiva Divine Zenith Set -RM900


Call@sms Rahman :014-5078623

5.12.2012

Jimatkan Bateri Laptop


Tips bagaimana cara untuk memanjangkan jangka hayat bateri laptop ketika menggunakannya. Kita sedia maklum bahawa standard jangka hayat bateri laptop adalah 300 kali cas secara umum. Jadi jika selepas tempoh masa tertentu anda pasti perasaan bahawa bateri laptop anda tidak sehebat ketika masa mula-mula menggunakannya.
Jika anda  ingin menggunakan laptop untuk  jangka masa yang panjang (contoh straight 3 – 8 jam sehari), dinasihatkan agar anda menanggalkan bateri dan hanya perlu menggunakan power kabel sahaja. Ini kerana jika kuasa bateri sudah penuh dan pada masa yang sama masih menggunakan power kabel, bateri tidak dapat menampung lebihan kuasa dan secara tidak langsung boleh menjejaskan ketahanan bateri.
Bagaimana pula jika mahu menggunakan bateri tetapi ingin memastikan bateri tahan lama sewaktu menggunakannya ?

Ok, sebenarnya kita selalu menggunakan bateri jika pergi ke suatu tempat tertentu, jadi langkah-langkah di bawah amat sesuai dipraktikkan untuk menjimatkan kuasa bateri.
  1. Perlahankan volume atau mute volume jika perlu.
  2. Adjust screen brightness, kurangkan kecerahan screen laptop, selalunya secara auto jika anda menggunakan option “Select a power plan” kepada “Power saver“.
  3. Disable bluetooth jika tidak menggunakannya.
  4. Gunakan aplikasi yang tidak memerlukan jumlah RAM (Random Access Memory) yang banyak. Sebagai contoh, penggunaan notepad lebih kurang menggunakan jumlah RAM berbanding MS Word.
  5. Matikan network card / switch off jika tidak menggunakan Internet/LAN.
  6. Unplug USB device jika perlu. Sebagai contoh, tanggalkan pendrive jika tidak menggunakannya.
  7. Shutdown atau gunakan Hibernate berbanding menggunakan Standby jika anda tidak menggunakan laptop buat seketika.
  8. Buat defragment seminggu sekali bagi memastikan komputer dapat berjalan dengan lancar.
  9. Jangan gunakan CD/DVD.
  10. Matikan ports (switch off ports) yang tidak digunakan seperti Ethernet/USB dan sebagainya.
  11. Gunakan cooling pad.
  12. Elakkan dari meletak laptop dari permukaan yang menyerap haba seperti atas bantal/tilam. Ini menyebabkan laptop semakin panas.
Terdapat banyak lagi tips untuk menjimatkan jangka hayat bateri, tetapi tips di atas lebih mudah dipraktikkan. Selamat mencuba.

5.09.2012

JIKA DIRIMU TELAH BERZINA..


Di zaman serba canggih ini, manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Baik yang kecik, mahupun yang besar. Malah, mana-mana agama di dunia tidak mahu penganutnya melakukan sesuatu yang terlarang dan berdosa.

Dan pada saya, di waktu akhir zaman ini, antara perilaku yang haru biru yang telah banyak berlaku ialah zina.

Walaupun kita, anak-anak kita, teman-teman kita, jiran tetangga mahupun orang yang hanya bersalaman ketika sholat jumaat telah diingatkan mengenai peri pentingnya diri menjauhi perkara yang boleh mendekatkan zina, namun masalah sosial ini semakin menjadi-jadi.

Anak-anak muda remaja yang sering jadi mangsa dalam situasi ini, andai dikenakan hukum hudud yang telah ditetapkan, tentu akan ramai yang berbirat di belakang badan dek kerana terkena 100 sebatan. 100 sebatan yang banyak memberikan pengajaran, dan ditakuti andai dilaksanakan.

Namun, ia tidak berlaku di akhir zaman ini. Perbuatan zina seolah mendapat lampu hijau masyarakat untuk diperlakukan. Apa yang boleh diharapkan kini adalah kesedaran sendiri akan perbuatan terkutuk ini.

Persoalan. Andai anda telah melakukan zina. Apa yang perlu anda lakukan? 

Bertaubatlah. Kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Carilah jalan penyelesaian terbaik, agar keturunan anda terlindung dari segala bencana dan keji. 

Namun, saya tertarik dengan tulisan seorang ustaz ini. Katanya; jika perbuatan zina yang anda lakukan tidak diketahui orang atau tidak ada empat orang saksi yang dapat membuktikan perbuatan anda itu bererti Allah telah menutup aib yang anda lakukan. Dengan demikian Allah memberikan peluang untuk anda bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya. 

Berusahalah meminta maaf dengan orang yang pernah kita berbuat aniaya kepadanya, kemudian berserah dirilah kepada Allah dengan sepenuh jiwa dan raga, dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang terkutuk itu agar tidak mati dengan membawa dosa besar tersebut.

Berfikir sejenak..

Assalamualaikum..
Moga Allah permudahkan urusan kalian,familyku yg tercinta di kampung,kawan2ku,dan semestinya sahabat2ku,yg aku sangat hargai..
Kenapa aku rasa baru sedar walaupon dah lama sedar benda ni..Iaitu hidup dengan matlamat dan tujuan yg disuruh,dan bila ditanya pula..
Apa itu matlamat dan tujuan yg disuruh??korang pernah xterfikir dalam atau selama korang hidup,sejak dilahirkan kita disuruh merangkak,kita merangkak,kita disuruh bercakap dan kita bercakap,kita disuruh bersekolah dan kita pun masuk sekolah,kemudian kita disuruh bersekolah menengah,kita pun sambung belajar sekolah menengah,kita disuruh ambil lesen memandu dan kita pun ambil lesen memandu,kita disuruh ambik exam UPSR,PMR,SPM,STAM dan kita pun ambik dan lalui benda tu sebab disuruh,kita kemudian disuruh masuk university,kita pun masuk university dan last hbs degree atau diploma,dan lasty korang pun terikut-ikut suruhan itu walaupun dari kecik,dan walaupun korang dah dapat decide sendiri apa korang nak buat tapi korang buat atas suruhan orang sebenarnya,kenapa??kerana terikut-ikut dengan budaya suruhankah??
Aku sebenarnya nak bagi korang sendiri yg pikir,jawapan ada pada korang sendiri,aku malas nak jawab,tp korang la decide dan pikir apa nak dibuat selepas ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...