Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

12.24.2012

Sharing Joomla Website

salam..
what do u exoext from dis topic is im going to share all link joomla website that has been created by us,Quranic multimedia USIM year 2..Please have a visit..Seminggu kg nak final..Doakan aku...


asyraf91.netai.net
richmumtazah.site90.net
sell4u.site90.net
aqsa08-11.comuf.com
www.orchidgirl.comuv.com
fit3style.uphero.com
http://quranarabic.cloudaccess.net/
Myparadise92.comuv.com
luqluq.freeiz.com
amsluv.freeiz.com
muazz.comuf.com
designz.net23.net
mone.site90.com
manis.hostei.com
anaraihan.net23.net
http://www.eizzack.tk
fiz.site50.net
www.quranmumtaz.comuv.com
habibhumaira.comuf.com
fragancia.site50.net
www.jilulquran.comule.com
http://adilaaz.cloudaccess.net/
far.webuda.com
http://najiha.comule.com/
muslimahjelita.uphero.com
intracksee.comuf.com
http://kaizen.web44.net
raudah.net23.net
http://www.thefabulous.net46.net/
alep123.comuv.com
www.ilhamshopdesign.net76.net
http://tersungkuruntukmahsyur.webatu.com/
nawwalhusna.herobo.com
http://koleksitazkirah.comze.com
http://tarannum.cloudaccess.net/
nurfannu.host22.com
http://iqra.host56.com
rosnizarahman.uphero.com
http://www.almunawwarah.site50.net
mizah.cloudaccess.net
eksploitasi.net23.net
http://ayabila.cloudaccess.net
http://tajwid.cloudaccess.net/
http://parapencarituhan.cloudaccess.net
teddybear.herobo.com
http://lovegraphic.net23.net/index.php/homepage
http://kelastafsir.netii.net
http://comskill.host22.com
pearlpink.comze.com
http://islamicbook.host22.com/
www.ciktikah.net46.net
http://rosnizarahman.uphero.com/
http://suzila.net46.net/index.php/homepage
http://facy93.host22.com/
http://qqart.site90.net/
bilahatidahsayang.site50.net
ieymah.comuf.com
fragancia.site50.net
www.qmweb.site50.net
www.muslimahcollection.comeze.com
http://superp.net46.net/
http://sharihan.host56.com
www.schoolbreaklearning.webege.com
mazzeltov.comlu.com
http://mimieymultimedia.cloudaccess.net/
Joomla:http://luvyoucozyou92.comuv.com
http://alyff13.uphero.com/
http://i92.webege.com/
muet.host22.com
www.qm07mahabah.comuf.com
nawwalhusna.herobo.com
muslimahjelita.uphero.com
secretwhisper.site90.com
www.stormreaders.uphero.com
http://softconfius.net23.net/
http://mumtazimpiankufasion.site90.com/
luqluq.freeiz.com
www.ubstudio.site90.com
http://rahman123.cloudaccess.net/
servicecomputer.host22.com
sirahnabi.host56.com
http://najiha.comule.com/index.php/homepage
www.nurqaseh.comuv.com
iqra.host56.com
http://kembarailmu.webatu.com/
teddybear.herobo.com
http://zieylagrups.netii.net/index.php
http://www.qmweb.site50.net
http://motivasi.host22.com
www.sayacomel23.net23.net
http://farah1212.cloudaccess.net/
nuhadin.webege.com
http://alegrha.cloudaccess.net/
http://laila.comyr.com/index.php/halamanutama
www.alep123.comuv.com
ziera.uphero.com
fit3style.uphero.com
http://www.mokhtarudin.comyr.com
http://muazz.comuf.com/
www.fatinasirshns.host56.com
http://arifahhomemadechocolate.site90.net/
sirahnabi.host56.com
http://amniey.web44.net/
http://amal.host22.com/
http://islamicit.cloudaccess.net/
kelasquran.net76.net

Sila taip balik link kat atas then put it at the URL..baru boleh access

12.13.2012

Pengertian Bulan Safar


Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan haram yang diharamkan berperang.

Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.

#Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Safar

Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan Safar. Diantara peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan wajar dikenang oleh kita ialah;

1-Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan ini dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad. Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.

Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan pendapat yang lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.

2-Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting yang berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit.

Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.

Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a.

Kredit : DRgrahpic

12.11.2012

Tidur Menghadap Kiblat


Hukum menyelonjorkan kaki atau tidur mengarah ke kiblat adalah boleh. Dengan catatan, selama ka’bah tidak kelihatan..

Dalam Fatawa Syabakah Islamiyah dinyatakan:
 Tidur di kasur, sementara kaki berada di arah kiblat, tidak ada larangan. Bahkan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik menganjurkan untuk salat dengan cara semacam ini, bagi yang tidak mampu berdiri.
 Yang terlarang adalah menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air di tanah lapang.

Berdasarkan hadis Abu Ayyub Al-Anshari, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لا تستقبلوا القبلة بغائط أو بول ولا تستدبروها
“Janganlah menghadap atau membelakangi kiblat ketika buang air besar atau buang air kecil.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan keterangan di atas dapat kita simpulkan bahwa tidak ada larangan untuk tidur dan kakinya menghadap ke arah kiblat.  Allahu a’lam. (Fatawa Syabakah Islamiyah, no. 17281)
Syekh Muhammad bin Salih Al-Utsaimin menjelaskan:

 Tidak ada dosa bagi orang yang tidur sementara kakinya ke arah kiblat. Bahkan sebagian ulama mengatakan: Sesungguhnya orang yang sakit, yang tidak mampu berdiri atau duduk maka dia boleh salat sambil tidur miring dan wajahnya menghadap ke kiblat. Jika tidak mampu, dia salat sambil terlentang dan kakinga ke arah kiblat.

 (Fatawa Ibnu Utsaimin, 2:976).

Allahu a’lam

Dijawab oleh Ustad Ammi Nur Baits (Dewan Pembina Konsultasi Syariah)
 Artikel www.KonsultasiSyariah.com

9.03.2012

Minggu taaruf usim

Alhamdulillah,diberi lagi kekuatan dan masa untuk menulis di blog juz sekadar untuk ingatan yg mungkin akan terpahat sebagai kenangan jikalau dah di usia hadapan..

Hari ni rasa nak menaip sedikit perkongsian sepanjang aku menjadi urusetia bagi adik2 junior yang baru mendaftar sebagai mahasiswa/si ijazah sarjana muda 2012/13..Ni first time aku terpilih menjadi ppu,maklumlah aku baru masuk tahun 2 di usim ni jadi ni first time lah jadi pu utk minggu taaruf yang berlangsung selama 5hari sebagai minggu yg memberikan maklumat dan infomasi untuk menjadi seorang pelajar di usim..masa aku menulis entri ini dah masuk hari ke3 dan bermakna masih lg berbaki 2hari sebelum menghabiskan program yg bagi aku amat bermanfaat..


Pd mulanya rasa memang saja2 apply je jd pu,memang sangat xharapkan elaun yg usim nk bg,juz for fun but aku tersilap.Bagi aku sepanjang 6hari program (termasuk 3hari sebelum sebagai persediaan) banyak yg aku dapat manfaat dari menjadi pu ni..Antaranya kawan2 aku bertmbah,dapat merasa keletihan bekerja spenjang hari,dapat ilmu sepanjang taklimat,dpat mcm2lah sng cite..Even aku di bahagian jamuan,kenyang je sepanjang ari tp dapat merasa macam2..

Namun itulah masa,Dulu aku datang usim menghantar abgku utk mendaftar di usim,perasaan rasa cukup teruja dan rasa nk masuk u,xsabar je nk masuk u..Lps tu tahun lps aku mndaftar masuk sebagai pelajar usim dan merasai sendiri perasaan bila masuk u,rasa macam2 dan tertanya2 adakah aku dpt teruskan hidup kat u ni.sekarang aku memerhari pelajar yg baru masuk dan membantu diorang sepangjang program dan rasa puas hati krn dpt berbakti pd mereka..

Itulah masa,
Sering meninggalkan kita,
Kalau kita tak manfaatkannya,
Kita akan rugi di dunia,
Lebih2 lg di akhirat sana..

8.15.2012

Lailatul qadr (part 3)

Salam,,hmm rasanya inilah part last untuk tajuk lailatul qadr sbb xsampai 4hari lagi dah nak raya..Malam ni merupakan malam ke 27 di mana malam ganjil dan seperti yg dijanjikan dalam hadis2 malam ini adalap spot bagi lailatul qadr dari 10 malam terakhir..Namun begitu,janganlah kita cepat mengalah,malam lailatul qadr tiada siapa yg tau,masih bersisa 2hari lg untuk kita sama2 beribadah dgn berqiammullail yakni bgn pada malam hari untuk beribadat..sama2 kita bangun lg untuk 2hari seterusnya..

Malam ni malam ke-27,aku agak terlewat sikit untuk bangun iaitu jam 3.30am..Kelam kabut dibuatnya dengan mandi apa lagi nk kejar ke masjid muhammadi yg lbh kurang 3km dr rumah aku..Memang xsempat la solat full tahajud n taubat bersama imam,nak solat tahiyatul masjid lg..Terus sudah mandi,pecut 150km/jam..Hehe,,nasib baik pakai 125zr,boleh la laju2..habis torbang jubah gue merempit sorg diri nk kejar imam punya pasal..

Tapi Alhamdulilah,sampai je kat masjid,memang cukup ramai orang macam solat terawih,masjid melimpah 1/2 masjid xseperti malam2 sebelumnya selama 6hari aku pergi xde pulak macam malam ni..Bersyukur sgt ramai lg yg cakna untuk mendekatkan diri pada Allah swt..hope lg 2malam semakin ramailah orang yg datang...Percayalah janji Allah swt yg mana malam ailatul qadr adalah lbh baik dr 1000 bulan..So maknanya kalau solat tahajud 2rakaat seperti kita solat 1000x..cuba buat kalau boleh..so marilah kita sama2 manfaatkan ganjaran Allah swt yg dikurniakan hanya kpd umat nabi terakhir dan teragung kita Muhammad..

Aku xnak tulis panjang2,tp rasa memang sebak bila terbayangkan aidilfitri bakal menjelma lagi 4hari..Xpernah lagi aku rasa sedih macam tahun ini,selalunya bila nak raya selalu xsabar,tp bila aku cuba praktikkan untuk selalu dekat dgn Allah baru terasa kehilagan bulan rahmat Allah ini,semakin pendek juga umur aku,semakin dekat kepada kematian..Aku juga berdoa semoga arwah ayahku dilindungi dan bebas dari azab kubur dan neraka dalam setiap doaku..Dulu memang aku masih mentah,xtaw menghargai jasa ayah,tp sekarang sudah dewasa,sungguh cepat masa berlalu..

Dan selalulah muhasabah diri kita dengan mengingat kematian dengan menziarahi kubur2 biala aidilfitri,jangan nak enjoy je..ingatlah satu hari nanti kita sama akan ke sana..mungkin esok?mungkin eksiden?mungkin tiba2 sakit jantung dan mati,jangan ingat hari ini kita sihat kita boleh hidup selama2nya..Ingat,hidup yang kekal abadi hanya di alam selepas mati,samaada syurga atau kubur,biarkanlah sesiapa yg nk riak di dunia ini,nk kaya raya,nk sombong,nak takabur krn mereka xkan ke mana kecuali akan menerima seksa azab neraka yg amat pedih..Kita dgn style kite,eh maknya aku laa..gua rock n gua beriman..

Lepas raya ,semester baru bakal dibuka dan pengambilan pelajar2 baru..Rasa malassssnyaaaa..Tapi sentiasa aku mengingtkan diri bahwa hidup bukan untuk beribadah semata2,kita ada target,target dan amal yg boleh membawa ke syurga..Ya!jom belajar..28ogos da balik usim untuk sambung belajar dan akan jadi senior tahun 2..Hope tahun ni dapat belajar dgn lebih tekun disamping akan selalu mendoakan yg terbaik untuk umat islam..Moga umat islam akan dibekalkan dgn kemenangan..!!Aminn..

~Mey~
coretan malam qiamullail 27-

8.13.2012

Lailatul qadr (part 2)

Hidup memerlukan pengorbanan



Alhamdulillah sudah masuk hari ke 6 untuk sepuluh malam terakhir ,dan aku masih diberikan kesempatan untuk beribadah di malam2 rahmat ini untuk mendapatkan satu malam yg sangat istimewa yang mana akan diberikan ganjaran yang cukup lumayan kpd sesiapa yg menghidupkan malam tersebut..Tapi utk mendapatkan malam tu bknnyamudah,perlukan pengorbanan ,kesabaran ,ketabahan ,dan kecekalan..Yeke??Haha,dah merasa pn bgn kul 3,pergi mandi,start moto dan pergi masjid muhammadi..sejokk..Nasiblaa xda kereta cam aku ni..

Yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!Jomm hidupkan malam-malam penghabisan ini..Yela mana tahu ni adalah sisa hidup terakhir.Dapat juga banyak amalan kan..

Jika berqiam,banyak yang aku minta dari maha pencipta kita,dan semakin lama semakin aku yakin bahwa tidak perlu mengadu pada orang dah kesusahan kita,keperluan kita,jika kita rapat dengannya..Faham x aku tulis ni??Hehe..Maksudnya,aku rasa sangat hepi dan xperlu nak cerita masalah2 aku kat org lain,memang lps qiam tu ada satu semangat,iaitu semangat yakin dalam diri,semangat ingin teruskan hidup berlandaskan biah islamiah..

Ok,Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.Boleh praktik ek..

Ok aku nak kongsikan beberapa tip dari web ILuvIslam..

Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.

8.10.2012

Lailatul qadr (Part 1)

Lama tak update blog,dah usang rupanya..Semenjak habis semester 2 di usim,terus xpeduli blog,al-maklumlah buat blog untuk markah jer..Hehe...So rasa gatal tangan pulakk nk coret sikit hari ni sempena masuknya 10malam terakhir sudah..Hari ini 22ramadhan,so malam kedua untuk qiam...

Nekad aku kali ini untuk bangn 10 hari berturut2 dan nk dijadikan cerita,malam pertama (eh jgn pikir malam pertama ada satu makne jer ok) of 10malam terakhir,aku pon plan la dgn BFF aku Mavardi untuk stay of the night memandangkan malam tu juga hari Sultan Kelantan buat qiam with me at istana negeri..

Bermulalah stay at my home with mavardi,lepas berbuka jer mawardi came at home at 8pm,then goim to Masjid saadatul ikhwan,penambang untuk solat isyak dan terawih..Masjid ni agak lenggang sikit disebabkan masjid berada di dalam kampung so xde orang nk berkunjung sangat ke masjid ni mungkin sebab ramai xkenal kot,atau mungkin ramai yang malas??

Sudah solat terawih 8rakaat,terus la bergerak ke istana kat kubang kerian yg memakan masa 15minit dari masjid saadatul ikhwan..Plan2 nak solat tambah lagi 8rakaat,sebab kat sana buat jam 10pm..Sampai2 jer kat istana terus masuk,round2 n balik..Hak2,lucu amat,xsolat n trus balik sebabnya ramai sgt org sampai melimpah kat luar..Da xboley masuk daa,kena solat kat luar so aku nekad balik rumah n nk lawan Dota dgn mawardi..

Sampai jer kat rumah trus main Dota sampai jam 4am,habis dekat 6match..Wakakaka..Memang kusyuk habis main dota sampai terlupa apa benda,walaupon lawan berdua tp ia mengeratkan silaturrahim antara kami...hoho..

So masuk jam 4am,trus bergerak ke masjid muhammadi utk qiamulalil sampailah 5am n balik rumah..sampai rumah sahur n sambung dota bali then solat subuh then sambung dota balik..sampai la jam 8am mawardi balik rumah..haha..Enjoy the day..

8.07.2012

Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)



Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?Sahabat 2: Allah belum izinkan..
Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah tetapkan sejak azali lagi..
bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak nikah..
Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti.. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..
"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..
~Imam Hassan al-Banna)
Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah..
Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan', sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi, mereka tak pernah mengeluh..
Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
Sahabat 1: Bukan senang..
Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah.. tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk kembali kepada Allah..
mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah, semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan mengadu kepada-Nya..
Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang sia-sia..
Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan awak..
Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa malu dengan saya..
Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)
(¯`•.ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥
Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai, yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa, setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."
♥Allahu Allah..♥

6.25.2012

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji


Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Fathul Bari menolak demokrasi Dr yusof Qardawi.


Komen Hilal Asyraf :

Tempoh hari, saya tonton di Youtube, Ustaz Fathul Bari menjawab soalan penonton. Penonton bertanya: "Apakah Ustaz menolak fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengharuskan demonstrasi?"

Ringkasnya kepada jawapan Ustaz Fathul Bari, dia kata bahawa dia menolak fatwa itu, dan tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan Dr Yusuf dalam isu politik dan pemerintahan. Kemudian Ustaz Fathul Bari kata, Dr Yusuf ni seakan-akan khawarij, yang menentang pemerintah Islam yang sah. Ustaz Fathul Bari kata.

Kemudian Ustaz Fathul Bari kata bahawa tidak kiralah pemerintah itu naik macam mana sekalipun, baik dengan rampas kuasa, bunuh orang, demokrasi dan sebagainya, kita sebagai rakyat wajib taat dan sayanginya. Tak boleh nak jatuhkan dia.

Video tersebut boleh ditonton di sini:



http://www.youtube.com/

watch?v=8IE8n4nWvSU


Baiklah. Oleh kerana Ustaz Fathul Bari tidak kisah macam mana sekalipun seorang pemimpin itu naik, dan menyatakan betapa 'ahlu sunnah' mendidik agar kita menyemai cinta dan kasih sayang kepada pemimpin yang memerintah walau macam mana pun perangai dan sikap dia, maka saya suka Ustaz Fathul Bari dan rakan-rakan, menghormati pemerintah Mesir yang ada pada hari ini.

--------------------------
Maka tak bolehlah ILMU nak kata Ikhwaanul Muslimin sesat, Yusuf Al-Qaradhawi tak betul, revolusi tak patut dan sebagainya.

Saya harap, mereka consider banyak perkara lepas ini dalam bab nak cakap itu ini pada IM dan ahli-ahlinya.

Cukup-cukuplah kan?
^^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen Mey..Fikir2kan lah sendiri..

6.23.2012

Kenangan Setahun di usim


Video ini mey buatkan khas untuk mengingati kenangan terindah selama setahun di usim..^_^

KK1 in momories..

Assalamualaikum..

      Lama pulak rasa xupdate sal diri sendiri,malam ni fell free to update Kolej kediaman 1 yg telah menjadi penginapan mey selama setahun lamanya,selama study kat usim ni,kk1 lah menjadi tempat stay..p mai p mai,sedar xsedar mey da nak masuk untuk jadi siswa tahun 2 la plk..bakal ada junior degraa la next sem...

      Cepat masa berlalu,satu sem,dua sem..Bagaikan sehari dua pulak rasanya..Dalam keadaan diri semasa d kk1 dulu selalu mencemuh,tetapi ada satu part yang paling xdapat luput di ingatan,iaitu ukhuwah yg terbina antara housemate,bilik ke bilik,aras ke aras..
   
Tak nak tulis panjang2,just ingin mengingat kembali yang insyallah xakan luput selamanya..
~Mey~

Faiq..Roomate yg rajin study..Rajin jgk main pes

Asyraf..Seorg yg sumbak,gewe ramai..hahaha..pade muko
Firdaus..Seorg yg femes..haha



Video ini adalah kenangan terakhir yg mey buat dalam bilik..hehe

6.22.2012

Video Lagu Best Giler!!

Assalamualaikum..
Hari ni nk post entri yg saja2 suka2,yg mana xberniat untuk kita lalai beribadat kpdNYA..
Sekadar hiburan setelah lama jugakla Mey stress final exam..26/6 ni ada last paper,tinggal 6hari lagi..masih lagi banyak masa lagi kot..hehe..
Sekali lagi diingatkan supaya tidak lali beribadat kpd Allah,mengingtkanNya selalu..
Video ini sebagai hiburan sampingan semata-mata..
Pasti kamu tertanya-tanya apakah video terbebut kan?
Video ini adakah video yang Mey minat tau,recommand dari Thakif,housemate Mey..
Memang unik,kerana video lagu ini dihasilkan dengan hanya menggunakan nada suara dari anak tekak..Pelik kan?Tiada gitar,tiada drum,tiada piano,tiada bass,tapi bileh menghasilkan video lagu yang mempunyai kualiti sama taraf dengan yang biasa kita dengar..Dihasilkan seorang yang berbakat luarbiasa,namanya Mike Tompkins..Banyak video2 yang beliau hasilkan..so enjoy!!!

p/s: sekali dengar pasti dengar lagi..hehe



6.16.2012

I'm watch

Dulu mey pernah post android Watch sal sebuah jam android yang mempunyai kemmapuan sperti telefon biasa..Kini layan pulak videonya..canggih betol..Hope boleh dapat satu hari nanti..


Kalau benar awak cintakan dia..



6.14.2012

Ramadhan 1434H-Platfom untuk berubah (kisah perubahan)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, Ramadan sudah ingin memasuki tahun 1434H..
bermula hari ini, 67hari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadhan iaitu bulan yang penuh mulia.Mey doakan semua akan diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan.

Dan mudhn2 Ramadhan yg telah berlalu diisi dgn sebaiknya dan ramadhan yg dilalui akan dimanfaatkan sebaiknya... amin~~


~Jadikan Ramadhan platform perubahan.~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Rabbi,
lembutkanlah hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah redha dengan perkongsian ini~
*************
'sejak bila wei dia jadi macam tu?' ,
'tiba-tiba je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul ke tu Aisyah?macam ustazah la pulak.'
di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil mengukir senyuman,
'Assalamualaikum Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman buat sahabat kesayangannya.
dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu,
apa tidaknya, sebelum sebulan cuti yang jatuh pada bulan Ramadhan, dia seorang yang bergaya, pakai selendang, baju vogue, dengan baju ikut curve body, legging dan heals.
selepas Ramadhan? penampilannya berubah terus!
bertudung labuh, berjubah, memakai kasut, sejuk mata memandang, aurat terpelihara ditutup sempurna.
'waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? lepas bulan puasa terus berubah, asal?tak nak kawan dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke ni???'
'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila tao!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua.
doanya di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu, lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah,
moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'
*************
Penghijrahan...
Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai baju macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T.
alhamdulillah.
kemudian dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati mereka.
'famili aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ustazah'
'boleh ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'
'Allah boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim
Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan,
mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas belajar
Kini, kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85
Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.
Pabila seseorang itu mahu berubah, ia memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh, selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas jalan yang diredhai.
berputus asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?
tidak.tidak.tidak.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.
walau jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari, pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sejati.
setiap ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya? sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214
Manfaatkan Ramadhan sepenuhnya.
Jadikan Ramadhan kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat jahiliyah yang masih melekat pada diri
rebut peluang sebaiknya, jangan biar Ramadhan berlalu sepi, kerna mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)
Mari sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?
pengakhiran hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian apa yang kita perlu utamakan?
neraca hidup yang mana kita gunakan?
jika ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?
MATI itu pasti berlaku
bagaimana persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah kita untuk bertemu Yang Dicintai?
mari sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan hati tundukkan nafsu
moga kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi
insyaAllah
amin~
~niatkan segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~

Pernahkah anda jatuh berkali-kali?

Di samping paper bisnes final exam semester 2 esok,mey nak tulis sedikit perkongsian untuk direnung bersama insyallah..


Siapakah yang dirinya tidak pernah jatuh dalam dosa?
Semua di antara kita pernah jatuh di dalam dosa. Tidak ada yang maksum antara kita melainkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutus oleh Allah sahaja.
Kita semua? Semua kita pernah berdosa. Baik kita adalah seorang ulama’, seorang guru, seorang syeikh,seorang perdana menteri atau siapa saja kita ini, kita pasti pernah tersilap dan melakukan dosa. Kita tidak suci dari dosa.
Namun, walau sebesar apapun dosa yang kita lakukan, kalau kita ingin kembali dan bersihkan diri kita, maka Allah tidak pernah melihat siapa kita, alimkah kita, apa kedudukan kita, pandaikah kita, anak rajakah kita,pengemiskkah kita, atau apa jua keadaan kita dulu.
Kalau kita benar-benar ingin kembali dan bersihkan diri, maka kembalilah dan janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.
Pohonlah padanya,pintalah dengan bersungguh-sungguh dengan harapan DIA akan menyampunkan kita.Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.
Mey nak petik kata-kata  Hilal Asyraf



BERKALI-KALI TAUBAT, ADAKAH SAYA MEMPERMAINKAN ALLAH?
Kita ini manusia. Itu perlu diakui. Ada masa-masa kita kuat, ada masa-masa kita lemah. Iman kita ada pasang surutnya, ada turun naiknya. Mungkin bila kita terasa diri kita kuat, maka kita dapat melakukan kebaikan lebih banyak dari biasa. Tetapi, bila kita mula jatuh dalam kelemahan, kita terasa begitu susah sekali untuk melakukan walau satu kebaikan.
Bahkan, kita terasa lebih mudah pula terdorong untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Bukanlah itu keinginan dan kemahuan kita. Jauh di dalam hati kita, kita sebenarnya tidak mahu dan tidak rela untuk melakukan dosa dan kemaksiatan itu.
Tetapi, seringkali, iman kita tertewas dengan nafsu dan pujukan syaitan menyebabkan kita terjatuh dan terjerumus dalam dosa.
Kita tahu kita telah tersilap dan mahu berubah, maka kita bangun dan bertaubat. Kita bersihkan diri, kita istighfar dan minta keampunan dari Allah, di tengah keseorang kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan kita kerana telah menjerumuskan diri dalam dosa. Jauh di sudut hati kita berbicara, kita bukanlah sengaja mahu melakukannya. Tetapi, seringkali jiwa kita kalah dengan godaan-godaan dunia menyebabkan kita tidak mampu melawan dan akhirnya kita terjatuh sekali lagi ke dalam lubang kebinasaan.
Kita bertaubat lagi, tetapi untuk kali kedua dan kali yang seterusnya, kita terasa seperti mempermainkan Allah. Kita rasa seolah-olah kita telah mengambil kesempatan terhadap peluang kehidupan dan peluang taubat yang disediakan oleh Allah s.w.t. dengan menggunakannya untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan sekali lagi.
Kadang, rintihan kita terasa tawar rasanya kerana kita seolah-olah merasakan sudah kehilangan keikhlasan dan seperti mempermainkan Allah.
Tetapi, sebenarnya tidaklah begitu.
Fikir-fikirkan lah..Dengan kudrat yang ada..Pohonlah,pintalah..Wallahualam

6.09.2012

Kisah anak paderi memeluk Islam (WAJIB BACA)




Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:
1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...