Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

6.25.2012

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji


Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh

Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :

(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Fathul Bari menolak demokrasi Dr yusof Qardawi.


Komen Hilal Asyraf :

Tempoh hari, saya tonton di Youtube, Ustaz Fathul Bari menjawab soalan penonton. Penonton bertanya: "Apakah Ustaz menolak fatwa Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengharuskan demonstrasi?"

Ringkasnya kepada jawapan Ustaz Fathul Bari, dia kata bahawa dia menolak fatwa itu, dan tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan Dr Yusuf dalam isu politik dan pemerintahan. Kemudian Ustaz Fathul Bari kata, Dr Yusuf ni seakan-akan khawarij, yang menentang pemerintah Islam yang sah. Ustaz Fathul Bari kata.

Kemudian Ustaz Fathul Bari kata bahawa tidak kiralah pemerintah itu naik macam mana sekalipun, baik dengan rampas kuasa, bunuh orang, demokrasi dan sebagainya, kita sebagai rakyat wajib taat dan sayanginya. Tak boleh nak jatuhkan dia.

Video tersebut boleh ditonton di sini:



http://www.youtube.com/

watch?v=8IE8n4nWvSU


Baiklah. Oleh kerana Ustaz Fathul Bari tidak kisah macam mana sekalipun seorang pemimpin itu naik, dan menyatakan betapa 'ahlu sunnah' mendidik agar kita menyemai cinta dan kasih sayang kepada pemimpin yang memerintah walau macam mana pun perangai dan sikap dia, maka saya suka Ustaz Fathul Bari dan rakan-rakan, menghormati pemerintah Mesir yang ada pada hari ini.

--------------------------
Maka tak bolehlah ILMU nak kata Ikhwaanul Muslimin sesat, Yusuf Al-Qaradhawi tak betul, revolusi tak patut dan sebagainya.

Saya harap, mereka consider banyak perkara lepas ini dalam bab nak cakap itu ini pada IM dan ahli-ahlinya.

Cukup-cukuplah kan?
^^

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen Mey..Fikir2kan lah sendiri..

6.23.2012

Kenangan Setahun di usim


Video ini mey buatkan khas untuk mengingati kenangan terindah selama setahun di usim..^_^

KK1 in momories..

Assalamualaikum..

      Lama pulak rasa xupdate sal diri sendiri,malam ni fell free to update Kolej kediaman 1 yg telah menjadi penginapan mey selama setahun lamanya,selama study kat usim ni,kk1 lah menjadi tempat stay..p mai p mai,sedar xsedar mey da nak masuk untuk jadi siswa tahun 2 la plk..bakal ada junior degraa la next sem...

      Cepat masa berlalu,satu sem,dua sem..Bagaikan sehari dua pulak rasanya..Dalam keadaan diri semasa d kk1 dulu selalu mencemuh,tetapi ada satu part yang paling xdapat luput di ingatan,iaitu ukhuwah yg terbina antara housemate,bilik ke bilik,aras ke aras..
   
Tak nak tulis panjang2,just ingin mengingat kembali yang insyallah xakan luput selamanya..
~Mey~

Faiq..Roomate yg rajin study..Rajin jgk main pes

Asyraf..Seorg yg sumbak,gewe ramai..hahaha..pade muko
Firdaus..Seorg yg femes..haha



Video ini adalah kenangan terakhir yg mey buat dalam bilik..hehe

6.22.2012

Video Lagu Best Giler!!

Assalamualaikum..
Hari ni nk post entri yg saja2 suka2,yg mana xberniat untuk kita lalai beribadat kpdNYA..
Sekadar hiburan setelah lama jugakla Mey stress final exam..26/6 ni ada last paper,tinggal 6hari lagi..masih lagi banyak masa lagi kot..hehe..
Sekali lagi diingatkan supaya tidak lali beribadat kpd Allah,mengingtkanNya selalu..
Video ini sebagai hiburan sampingan semata-mata..
Pasti kamu tertanya-tanya apakah video terbebut kan?
Video ini adakah video yang Mey minat tau,recommand dari Thakif,housemate Mey..
Memang unik,kerana video lagu ini dihasilkan dengan hanya menggunakan nada suara dari anak tekak..Pelik kan?Tiada gitar,tiada drum,tiada piano,tiada bass,tapi bileh menghasilkan video lagu yang mempunyai kualiti sama taraf dengan yang biasa kita dengar..Dihasilkan seorang yang berbakat luarbiasa,namanya Mike Tompkins..Banyak video2 yang beliau hasilkan..so enjoy!!!

p/s: sekali dengar pasti dengar lagi..hehe



6.16.2012

I'm watch

Dulu mey pernah post android Watch sal sebuah jam android yang mempunyai kemmapuan sperti telefon biasa..Kini layan pulak videonya..canggih betol..Hope boleh dapat satu hari nanti..


Kalau benar awak cintakan dia..



6.14.2012

Ramadhan 1434H-Platfom untuk berubah (kisah perubahan)



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, Ramadan sudah ingin memasuki tahun 1434H..
bermula hari ini, 67hari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadhan iaitu bulan yang penuh mulia.Mey doakan semua akan diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan.

Dan mudhn2 Ramadhan yg telah berlalu diisi dgn sebaiknya dan ramadhan yg dilalui akan dimanfaatkan sebaiknya... amin~~


~Jadikan Ramadhan platform perubahan.~


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Ya Rabbi,
lembutkanlah hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah redha dengan perkongsian ini~
*************
'sejak bila wei dia jadi macam tu?' ,
'tiba-tiba je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul ke tu Aisyah?macam ustazah la pulak.'
di hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil mengukir senyuman,
'Assalamualaikum Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman buat sahabat kesayangannya.
dia tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan dari kedua kawan karibnya itu,
apa tidaknya, sebelum sebulan cuti yang jatuh pada bulan Ramadhan, dia seorang yang bergaya, pakai selendang, baju vogue, dengan baju ikut curve body, legging dan heals.
selepas Ramadhan? penampilannya berubah terus!
bertudung labuh, berjubah, memakai kasut, sejuk mata memandang, aurat terpelihara ditutup sempurna.
'waalaikumussalam, kau ni kenapa Aisyah? lepas bulan puasa terus berubah, asal?tak nak kawan dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke ni???'
'Siti, Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila tao!' Aisyah terus meluru memeluk mereka berdua.
doanya di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu, lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah,
moga kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'
*************
Penghijrahan...
Barangkali peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai baju macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T.
alhamdulillah.
kemudian dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati mereka.
'famili aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ustazah'
'boleh ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi baik'
'Allah boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim
Mungkin dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada, pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan,
mungkin dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas belajar
Kini, kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85
Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.
Pabila seseorang itu mahu berubah, ia memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh, selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas jalan yang diredhai.
berputus asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?
tidak.tidak.tidak.
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.
walau jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari, pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang sejati.
setiap ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya? sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214
Manfaatkan Ramadhan sepenuhnya.
Jadikan Ramadhan kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat jahiliyah yang masih melekat pada diri
rebut peluang sebaiknya, jangan biar Ramadhan berlalu sepi, kerna mungkin ini adalah Ramadhan terakhir buat kita.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)
Mari sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari, waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut kehendak hati, begitukah?
pengakhiran hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian apa yang kita perlu utamakan?
neraca hidup yang mana kita gunakan?
jika ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah lunaskah segala hutang piutang di dunia?
MATI itu pasti berlaku
bagaimana persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah kita untuk bertemu Yang Dicintai?
mari sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan hati tundukkan nafsu
moga kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi
insyaAllah
amin~
~niatkan segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~

Pernahkah anda jatuh berkali-kali?

Di samping paper bisnes final exam semester 2 esok,mey nak tulis sedikit perkongsian untuk direnung bersama insyallah..


Siapakah yang dirinya tidak pernah jatuh dalam dosa?
Semua di antara kita pernah jatuh di dalam dosa. Tidak ada yang maksum antara kita melainkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutus oleh Allah sahaja.
Kita semua? Semua kita pernah berdosa. Baik kita adalah seorang ulama’, seorang guru, seorang syeikh,seorang perdana menteri atau siapa saja kita ini, kita pasti pernah tersilap dan melakukan dosa. Kita tidak suci dari dosa.
Namun, walau sebesar apapun dosa yang kita lakukan, kalau kita ingin kembali dan bersihkan diri kita, maka Allah tidak pernah melihat siapa kita, alimkah kita, apa kedudukan kita, pandaikah kita, anak rajakah kita,pengemiskkah kita, atau apa jua keadaan kita dulu.
Kalau kita benar-benar ingin kembali dan bersihkan diri, maka kembalilah dan janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.
Pohonlah padanya,pintalah dengan bersungguh-sungguh dengan harapan DIA akan menyampunkan kita.Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha Penyayang.
Mey nak petik kata-kata  Hilal Asyraf



BERKALI-KALI TAUBAT, ADAKAH SAYA MEMPERMAINKAN ALLAH?
Kita ini manusia. Itu perlu diakui. Ada masa-masa kita kuat, ada masa-masa kita lemah. Iman kita ada pasang surutnya, ada turun naiknya. Mungkin bila kita terasa diri kita kuat, maka kita dapat melakukan kebaikan lebih banyak dari biasa. Tetapi, bila kita mula jatuh dalam kelemahan, kita terasa begitu susah sekali untuk melakukan walau satu kebaikan.
Bahkan, kita terasa lebih mudah pula terdorong untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Bukanlah itu keinginan dan kemahuan kita. Jauh di dalam hati kita, kita sebenarnya tidak mahu dan tidak rela untuk melakukan dosa dan kemaksiatan itu.
Tetapi, seringkali, iman kita tertewas dengan nafsu dan pujukan syaitan menyebabkan kita terjatuh dan terjerumus dalam dosa.
Kita tahu kita telah tersilap dan mahu berubah, maka kita bangun dan bertaubat. Kita bersihkan diri, kita istighfar dan minta keampunan dari Allah, di tengah keseorang kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan kita kerana telah menjerumuskan diri dalam dosa. Jauh di sudut hati kita berbicara, kita bukanlah sengaja mahu melakukannya. Tetapi, seringkali jiwa kita kalah dengan godaan-godaan dunia menyebabkan kita tidak mampu melawan dan akhirnya kita terjatuh sekali lagi ke dalam lubang kebinasaan.
Kita bertaubat lagi, tetapi untuk kali kedua dan kali yang seterusnya, kita terasa seperti mempermainkan Allah. Kita rasa seolah-olah kita telah mengambil kesempatan terhadap peluang kehidupan dan peluang taubat yang disediakan oleh Allah s.w.t. dengan menggunakannya untuk melakukan kejahatan dan kemaksiatan sekali lagi.
Kadang, rintihan kita terasa tawar rasanya kerana kita seolah-olah merasakan sudah kehilangan keikhlasan dan seperti mempermainkan Allah.
Tetapi, sebenarnya tidaklah begitu.
Fikir-fikirkan lah..Dengan kudrat yang ada..Pohonlah,pintalah..Wallahualam

6.09.2012

Kisah anak paderi memeluk Islam (WAJIB BACA)




Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.


Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu). “cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja. Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:
1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)
7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk Islam (Klik Disini)

Perkongsian: Buat pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS


Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, ini untuk kita. (Eh?!)

1. Saya dah ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah An-Nur: 32)
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”.  (Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)

2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit la nak kawin.. huhuhu

“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”. (Surah An-Nur : 33)
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.

3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas la saya nanti T_T

Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-A’raf : 128)
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Al-Hajj : 40)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Surah Al Insyirah : 5-6)

Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu.. 

4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live without him/her..

“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah An-Nur : 30)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. (Surah Al-Jatsiyah : 18)
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat Bukhari)

5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon berdua2an…

“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (Surah Al-Isra : 32)
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”. (Musnad Ahmad)
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)

6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Surah Yasin : 36)
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. (Surah Az-Zukhruf : 12)
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. (Surah Ar-Rum : 21)

7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Riwayat Ibnu Majah.)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Riwayat Abu Mansur Al-Dailami)

Duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd. Kesimpulannya :

Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan.. 

Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…

setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah.

Editor : Akhi Murabbi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...