Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

6.08.2012

Hari Belia Negara: Pembahasan oleh Hilal Asyraf





Hari Belia Negara (HBN) yang dilabelkan sebagai "liar" oleh Hilal Asyraf. 


****************************************************************
Rupanya ada orang masih tidak memahami bahawa percampuran halal+haram, akhir equationnya adalah = Haram.

Saya amat hairan mengapa kita menggunakan alasan 'untuk memuaskan hati bangsa lain' untuk meletakkan perkara haram di dalam program kita. Saya amat yakin banyak perkara halal yang bangsa lain dan agama lain boleh enjoy bersama kita.

Mengapa mesti masukkan perkara yang haram, dan meletakkan risiko untuk orang Muslim, terutama pemuda dan remaja yang hakikatnya masih perlu dibentuk, menyertai keharaman yang disediakan? Terkeliru dengan konsep Islam yang dipersembahkan?

Saya amat yakin,
program berintergriti, bermaruah, menghidupkan akal dan jiwa, kita boleh laksanakan dalam keadaan bangsa Melayu, India, Cina, enjoy bersama, tanpa kita masukkan perkara-perkara yang haram di sisi agama Islam di dalamnya.

-------------------------------------------
Pada saya, kalau nak jemput benda yang haram,
biar orang dari agama lain yang anjurkan, biar mereka yang promosikan, biar mereka yang keluarkan duit untuk hal itu.

Bukan orang Islam yang anjurkan, bukan orang Islam yang turut promosikan, bukan orang Islam yang keluarkan wang untuk hal yang sedemikian.

Benda ini, dari masa ke semasa, akan saya perjelaskan lagi. Kerana saya punya idea dan pandangan di dalam hal ini.

Hendak menghiburkan hati bangsa dan agama lain, pada saya tidak perlu pun kita anjurkan perkara yang haram. Ada cara lain.

Dan perkara haram, tidak akan sesekali kita sebut sebagai 'harus'.
Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas.
Yang berada di antara kedua-duanya, barulah di namakan sebagai syubhat.



************************************************************************


Orang nak tunjuk spender K-Pop pada kita ke,
orang nak tonggeng punggung ke,
orang nak buat apa pun yang tidak senonoh ke,

jangan kita jadi serupa seperti mereka.

Tunjukkan bahawa kita ini lebih tinggi!



#########################################################







Dari Saudara  Helmi Effendy : 

Muhammad Hilal Asyraf bin Abdul Razak, seorang anak muda yang pada pengamatan saya ialah hasil produk negara yang hebat. Lahir pada 16 Januari 1989, anak kelahiran negeri kuat UMNO, Johor ini untuk pengetahuan semua sedang belajar di Universiti Yarmouk, di Jordan.

Saya secara jujurnya mengaku bahawa antara peminat karya penulisan beliau seperti Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam. Sebuah karya Epik Islami yang cukup mendebarkan, membawa pembaca menyelami pelbagai mesej yang ingin disampaikan. Namun, kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini, kadang kala melakukan khilaf tanpa disedari.

Sebelum memulakan penulisan ini, kepada Abang Hilal, saya mahu menyusun sepuluh jari sekiranya artikel ini mengguris perasaan abang Hilal, sesungguhnya saya hanya mahu menegur. Saya yang tidak mempunyai ilmu setinggi abang, dengan rendah diri pada awal artikel ini memohon ribuan maaf.

Sejujurnya, saya cukup kecewa apabila melihat tulisan abang yang berbunyi seperti di bawah:

"Tiada pembinaan belia pun di dalam program ini. Tiada apa-apa slot yang mematangkan belia, mahupun membina jati diri belia, di dalam program ini. Bahkan, program ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang 'liar', dan kalaulah dikatakan benar mahu menghimpunan 'jutaan' belia, maka bagaimanakah lautan belia itu akan diuruskan di dalam program sebegini?"  Hilal Ashraf.

Abang menambah:"Kita mahu pembinaan belia yang mapan, agar mampu memandu negara ke arah kemajuan dan lebih berintergriti. Bukan 'melunyai'kan belia dengan program sebegini!"

Saya bersetuju dengan teguran abang mengenai Konsert K-Pop yang menghimpunkan artis K-Pop dan juga artis-artis lain yang dihimpunkan. Itu ialah aktiviti hendonisme yang agak melampau dan sesuatu seperti ini harus dipandang oleh Kerajaan pada masa depan. TETAPI... gaya penyampaian abang yang menggambarkan bahawa program Hari Belia Negara ini seolah-olah langsung tidak membawa apa-apa kepada belia bahkan menghancurkan mereka. Abang mengatakan bahawa tiada langsung apa-apa slot yang mematangkan belia mahupun membina jati diri. Bahkan abang mendakwa Hari Belia Negara ini sebagai "liar". Benarkah Hari Belia Negara bersifat 'LIAR' atau abang yang 'LIAR?'  Maaf kalau abang terasa...

Saya merasakan itu sama sekali tidak benar. Abang menghukum Hari Belia Negara dengan hanya berpandukan sumber fakta yang saya rasa agak tidak adil. Jadi, biar saya menampilkan fakta-fakta bahawa Hari Belia Negara ini mampu membina jati diri belia. Mari, saya bawa semua semua pembaca mengembara dalam tulisan saya, mari saya bawa semua pembaca mengenali apa itu Hari Belia Negara.

Terdapat 36 Segmen di dalam Hari Belia Negara ini. Untuk pengetahuan Abang Hilal, saya senaraikan di bawah segmen-segmen tersebut:-

- Modal Insan
- Uniform
- Y A-Venue
- Volunteers
- My Hobbies
- FIT and ACTIVE
- Fast And Furious
- Sport Pavilion
- Gerbang Kerjaya
- Warna Warni Belia Malaysia
- Karnival Titian Cinta
- Young Entrepreneur
- Amusement Recreation
- Food Valley
- Dot Invest
- Garden Valley
- Senorita Square
- Chinese Youth Culture Village
- International
- Youth Tourism
- Perkhemahan dan Jambori
- Ondraii Invaiom
- Lorong Seni
- Youth Heart Beat
- Belia Bandar
- International Youth

Penat saya menaip segmen-segmen yang ada pada Hari Belia Negara. Antara 32 Segmen itu, hanya Segmen Himpunan Sejuta Belia dengan World Youth Jazz sahaja yang kelihatan dengan suntikan Hendonisme. Itu pun diselitkan dengan Konsert Nasyid dan Ketuhanan.

Mari kita selami pula segmen Modal Insan. Apa yang Abang Hilal boleh dapat kalau memilih segmen ini. :-

1. Konsert Nasyid
2. Program Amal Islami
3. Kolokium Tokoh Islam
4. Taddarus dan Khatam Quran
5. Majlis Tilawah Al-Quran
6. Khutbah Jumaat HBN
7. Forum Kecemerlangan Diri
 8. Klinik Bimbingan dan Nasihat Belia
9. Pertunjukan Layar Bestari
10. Pogram Subuh
11. Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat
12. Himpunan Pendakwah Muda
13. Himpunan Guru Muda
14. Jom Berchenta?
15. Pesta buku ilmiah

Apa yang menarik mengenai lebih kurang 15 program di bawah segmen di atas ialah Amal Islami yang sebenarnya merupakan pertandingan membaca Al-Quran, pertandingan menghafaz Al-Quran dan pertandingan nasyid. Kemudian, kita hayati apa pula Himpunan Pendakwah Muda itu. Ialah, abang Hilal dah boleh dianggap sebagai pendakwah muda dan saya rasa tentu abang Hilal berminat dengannya.

Untuk pengatahuan abang Hilal, melalui Himpunan Pendakwah Muda, abang boleh bertemu antara satu sama lain dan bersama-sama dengan pendakwah muda yang lain di seluruh Malaysia lalu berkongsi idea untuk memantapkan lagi proses dakwah di Malaysia dan dalam masa yang sama, ada program kecil lain yang diselitkan.

Kalau abang tertanya-tanya apakah itu Program Subuh, biar saya terangkan kepada abang. Program Ini Dilaksanakan Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Melibatkan Penyertaan Belia-Belia Dengan Pengisian Seperti Qiamulai, Solat Subuh Berjemaah Dan Kuliah Subuh.Apa dengan program-program sebegini abang masih boleh berbicara bahawa HBN tidak ada satu slot pun yang membina jati diri belia?

Mari, saya bawa abang mengembara lagi. Apa kata abang melawat kolokium kepimpinan belia islam? Untuk pengetahuan abang, kolokium itu ialah persidangan tidak rasmi dan persidangan itu akan membincangkan bagaimana kepimpinan belia Islam itu harus berjalan. Abang bolehlah mengasah bakat kepimpinan abang di sini. Hehehee...

Program lain? Takapa, saya masih belum letih untuk mencelikkan mata abang mengenai HBN ini. Ada banyak lagi program yang bermanfaat. Tapi... saya nak tunjukkan apa pada abang ya? Sekejap... apa kata kalau kita pilih Segmen My Volunteer ?

Melalui segmen ini, HBN berharap dapat menarik ramai lagi sukarelawan-sukarelawan di Malaysia. Apabila jumlah ini bertambah, maka negara akan mempunyai banyak lagi golongan yang sudi mengerah keringat mereka tanpa di bayar dan tidakkah program sebegini membawa kepada kebaikan?

Kita melangkah lagi. Saya tertarik untuk bercakap mengenai Segmen Y - AVENUE yang mengumpulkan anak muda yang mempunyai kegilaan tertentu. Kalau abang berminat bermain game, apa kata abang memilih Pertandingan Cyber Game. Bolehlah saya batlle dengan abang nanti dalam permainan DOTA. :)

Oh ya abang Hilal tentu mempunyai hobi bukan? Kalau macam tu, saya sarankan abang pergi ke Segmen My Hobby. Daripada sini ada banyak himpunan untuk orang yang mempunyai hobi yang sama. Kalau abang pencinta kucing macam Rasulullah, apa kata abang Hilal memilih program Pet Lovers? Kalau abang nak uji minda abang, sertailah pertandingan 3D Jigsaw Puzzle Competition atau 1000 pcs Jigsaw Comp atau Jigsaw Puzzle Competition. 

Kalau anak muda diluar sana, anda tentu teruja kalau mendengarkan ada program yang melibatkan basikal Fixie dan acara skateboard .

Tak ke abang Hilal menganggap HBN sangat menyeronokkan?

Untuk graduan universiti yang belum mendapat pekerjaan, bolehlah berkunjun ke Gerbang Kerjaya. Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Oh, sebenarnya terlalu banyak program-program yang bermanfaat sehingga tidak terdaya saya untuk menulis. Nasihat saya kepada Abang Hilal, janganlah cepat menghukum ya? Kita asyik mencari keburukan orang sehingga kebaikannya tidak langsung dipandang. Malah, tidak disedari.

Sikap abang menegur itu saya hormati. Tetapi sikap abang menabur persepsi negatif, mungkin dipandu ketaksuban kepada idealogi politik masing-masing, itu saya kesali.

P.S: Apa pendapat Hilal Asyraf mengenai Konsert MTV World di ICT Shah Alam dan tindakan Kerajaan Selangor mengenainya ?

“Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut. Kita merasakan mereka (PAS) khuatir tentang kesan pengaruh budaya barat dalam kehidupan belia di sini, tetapi kita perlu menerima keadaan keterbukaan dan perbezaan ini,” Menteri Besar Selangor.

###########################################################################

Hilal Asyraf membalas :

Oleh kerana ada orang bangkitkan semula 'Teguran Kepada Hilal Asyraf' berkenaan kenyataan saya fasal Hari Belia Negara, maka di sini saya suka nak buat penyataan semula.

1 - Saya sudah kata bahawa, saya secara teksnya mungkin memang silap apabila menyatakan 'langsung tidak bermanfaat'. Katalah ada 100 acara, 50 bermanfaat dan 50 sia-sia. Jadi, secara teksnya, ya, saya silap bila saya kata 'langsung tidak bermanfaat', sebab ada 50 acara bermanfaat.

2 - Tetapi saya amat bertegas menyatakan bahawa secara konteksnya saya tidak silap. Hal ini kerana, saya melihat bahawa Perhimpunan Belia tersebut adalah satu program percampuran antara pembangunan dan peruntuhan belia. Yang mana, apabila kita campur adukkan semuanya di dalam satu program mega, ia menimbulkan kekeliruan yang besar dan seterusnya lebih menarik jiwa pemuda kepada apa yang buruk.

3 - Bagaimana kita wujudkan program 'hobi bermanfaat', kemudian kita pula anjurkan persembahan-persembahan yang sia-sia lagi melalaikan? Bagaimana kita anjurkan konsert Nasyid pemangkin rohani, tetapi esok-esoknya kita lambakkan konsert-konsert yang menggelapkan jiwa? Bagaimana kita buat program Subuh berjemaah, tetapi semalamnya kita bergadang dengan pelbagai perkara yang menyimpang dari sikap manusia yang bangun menghadap kepada Allah SWT?

Ini adalah kekeliruan. Ini adalah kecelaruan. Dianjurkan pula oleh pihak berkuasa, akan menyebabkan masyarakat merasakan - Oh, begitulah Islam - Oh, tidak mengapa rupanya begini - dan sebagainya. Ini satu bahana sebenarnya,

4 - Ada orang memberikan alasan bahawa orang boleh pilih nak pergi K-Pop, atau nak pergi yang bermanfaat. Tak wajib ada di sana sepanjang hari. Ya, saya tahu. Tetapi bila kita letakkan sesuatu yang 'kena dengan nafsu' dan sesuatu yang 'perlu melawan nafsu', secara naturalnya manusia akan meluru untuk mendapatkan yang kena dengan nafsunya.

Sekiranya Hari Belia Negara bertemakan "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam", dengan memahami keadaan remaja dan belia kita yang banyak masalah gejala sosial, maka sepatutnya program itu diaturkan dengan baik ke arah matlamat yang dihajatkan.

Ini, ada program yang membangun. Tetapi pada masa yang sama, dilambakkan program-program yang meruntuhkan, yang selama ini mereka sangat suka, yang kita nak suruh mereka tinggalkan, tetapi kita pula suakan. Yang mana mereka akan lebih mudah pilih?

5 - Saya sudah nyatakan, saya memahami jika nak sangat ada hiburan. Ya, dalam program yang serius pun, kita perlukan hiburan untuk menenangkan suasana, merehatkan minda. Tetapi Hari Belia Negara yang bertemakan Hari ini lebih baik dari semalam, mengapa melambakkan hiburan yang banyak, dari malam ke malam? Seterusnya yang memberikan persembahan itu pula adalah yang berpakaian tidak sopan, hingga menayangkan seluar dalam pun ada.

5 hari 4 malam program contohnya, kenapa tidak letakkan satu malam sahaja hiburan? Kenapa mesti dalam program mega itu, setiap malamnya adalah hiburan?Itu belum dicampur dengan drag racing dan sebagainya lagi.

6 - Jadi, saya menegaskan di sini bahawa saya memandang perkara ini secara big picture. Penegur, bebas menegur dan saya ucapkan syabas kerana menegur. Tetapi saya kekal dengan pendapat saya, stand saya. Ya, secara teksnya, secara literalnya, mungkin saya akan nampak silap bila menyatakan dari 100(sekadar menyebut bilangan) program yang ada, saya kata semuanya tidak bermanfaat.

Tetapi secara konteksnya, saya nak tanya, apa manfaatnya program hobi bermanfaat, kerjaya, jati diri, intergriti belia dan sebagainya, jika kita sendiri kemudian menyuakan perkara-perkara yang menghancurkannya?

7 - Penulis mahu menyatakan saya dipengaruhi ideologi Politik dengan cuba menyatakan mengapa saya tidak komen apa yang PR buat. Saya sekadar mahu tanya - SIAPA KERAJAAN SAYA SEKARANG? Yang patut memimpin saya, yang patut mendidik saya, yang patut saya pandang sebagai contoh, yang patut saya percaya?

Siapa?

Jadi adalah normal untuk saya menegur satu pihak yang lebih berautoriti, yang sepatutnya menunjukkan lebih contoh. Dan pihak itu juga, buat program LEBIH MEGA dari pihak yang satu lagi?

8 - Akhir kata, sila pandang ini secara big picture. Kita bukan kanak-kanak untuk main kira-kira dari 100, ada 50 perkara bermanfaat. Bukan. Kita pandang big picture, pro dan kontra, persepsi dan interprestasi, mentaliti belia dari pelbagai latar, duit kerajaan yang dikeluarkan, impaknya kepada fikiran masyarakat dan sebagainya.

Sekian daripada saya.
Apa-apa hal pun, syabas kepada yang menulis teguran terbuka itu.
Sesiapa yang beradab, saya hormat dan saya muliakan.
Semoga Allah SWT redha dengan kita.

-----------------------------------------------------
Sesiapa yang boleh sampaikan perkara ini pada nota itu, sila sampaikan.
Kalau orang tak perasan apa saya tulis ni, paste banyak kali pada nota itu sampai orang perasan.

Kematangan itu perlu,
agar kita tidak terus diperbodohkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...