Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang
tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang
kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka.
berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat
A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam
bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).
“cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh
ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan
kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan
atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,
Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam
suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia
lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang
paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz
itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.
Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada
ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.
Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di
rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak
mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara
kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah
saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6
tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat
sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak
sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya
jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan
belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang
adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan
adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis
dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah
dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah
betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut
dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian
dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa
kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh
sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa
itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula
kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan
derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit
polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak
ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan
dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di
Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan
kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh
paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau
terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x,
dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah
beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:
1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
No comments:
Post a Comment