Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

3.31.2012

Apa Dreamku with QNET??

Assalamualaikum..
2tahun yang lepas,bila ditanya anpa dream kamu mey??Aku pasti akan menjawab aku nak jadi cikgu..Tapi bila ditanya sekarang aku xkan sesekali menjawab camtu lgi sebab aku tahu apa dreamku..Aku nak ke mekah,aku nak hantar mak ayah ke mekah,aku nak first car aku toyota prius atau mitsubisbi lancer,aku nak bina masjid dgn dana sendiri,sebabnya dunia ini segala2nya memerlukan duit,malah disebutkan oleh imam pe ntah iaitu jihad paling utama ialah jihad bil mal..sebabnya harta ialah perkara utam sebelum kita boleh berjimat dengan benda lain,contoh nak pergi berperang kita memerlukan ekonomi dan duit untuk membeli senjata..


QNET banyak mengajar aku bukan hanya wang semata-mata,tapi perubahan aku sekarang banyak kesannya dari Qnet sebenarnya..Jujur aku katakan yang aku menjadi lebih berani berbanding dulu,aku dapat ramai kawan di mana2,aku mula menjalin erti sahabat berbanding hanya kawan dahulunya..Aku selalu berdream untuk success dalam Qnet seterusnya mencapai pasif income dalam bisness ni..Dream aku dalam Qnet sangat tinggi,sebab tu lah aku consisten buat bizz ini sebab target aku bila dah berjaya aku nak menceburi dalam perniagaan konvensional yang mana risikonya adalah sangat tinggi,sebab tu aku perlu stabilkan bisness yang mudah dulu..


Baru2 ini aku sangatlah teruja sebab ada group FPBU usim membuat lawatan LI(latihan industri) pada group company aku,aku sangat mengalu-alukan mereka pada hari rabu malam..dan pada mana2 kumpulan yang nak buat LI pada company QI(QNET) bolehlah appoinment dengan aku terlebih dahulu tetapi haruslah dalam group 5-6 orang..untuk group besar bolehlah ke PJ8 ke company QI tower sebelah HILTON hotel..


QI TOWER DI PJ8
Baru2 ini juga aku teruja tengok income minggu lepas salah seorang partner QI yang mana beliau salah seorang bekas leftenan yang mana incomenya untuk seminggu mencecah 2700USD x3.3 =RM8910 untuk seminggu!!!aku pulak biasa2 jer..Doakan aku berjaya ye semua..aku akan manfaatkan umur 2o aku bermula dari sekarang!!


Income leftenen azri seminggu,blog yg sy attach di atas adalah blog beliau

contoh income aku mengikut week dan days
Untuk perhatian,untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau nak buat LI untuk sebjek bissness bagi pelajar tahun 1 usim bolehlah menghubungi saya di talian : 014-5078623 (rahman)


cehh promote la pulak,essignment bertimbun xbuat lg sempat ker berappoinment cik rahman..(juz cakap dgn imaginasi)..


Attach QI- QNET picture..::









3.30.2012

Pabila Dunia semakin hampir dengan kiamat..

Assalamualaikum..
Tujuan entry ini aku tulis bukan untuk mengaibkan sesiapa,tapi sebagai pengajaran dan iktibar bahwa sedar xsedar kita dunia memang hendak kiamat,pabila perangai manusia menjadi terbalik!!so siapkanlah diri masing2 untuk mati dalam iman insyallah..


Ceritanya,korang jadi xfollower syabab musafir kasih di dalam Facebook?Alaa kebanyakannya memang followe dy kan disebabkan lukisan dakwah yang beliau hasilkan cukup menarik dan menambat hati kita untuk membaca dan seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan,bagi saya ilmu2 dawah dari lukisan beliau amat kemas dan bermakna dan patut disebarkan seluruh malaysia dan dunia,..Selepas Hilal asyraf dan Ustaz.Azhar.Idrus yang meletup dalm Facebook yang berteraskan dawah,syabab musafir kasih boleh mengeluarkan fatwa melalui bentuk lukisan penyebaran dawah,iaitu method dawah berbeza dan menarik..


Kelmarin 30Mac,syabab musaffir kasih post berkenaan tentang seorang wanita islam (nampak macam bukan islam),tetapi mendapat seubcriber yang paling ramai aku pernah lihat tapi beliau bukan artis,tapi mungkin disebabkan kecantikan beliau ramai lelaki tergilakan beliau      kotttt...korang tengok la sendiri..



Ok sekarang korang dah dapt point kan?Aku sendiri pun tercari2 minah yang dikatakan mendapat likes 17k! satu gambar siapakan dia, bukan nak aibkan,tapi aku ni style ustaz azhar sikit,,hehe..So aku add la seorang laki tuu namanya muhammad safwan hanif sebab percaya beliau adalah sorang mukmin yang amat berani!walaupun aku pikir aku pun boleh komen pedas lg,tp aku tiada keberaniaan untuk buat g2..So last2 aku jumpa jugak budak minah yang dikatan hot ni,tp hotnya hanyalah dari segi likes dan komen dan org yg like akan mendapat dosa kerana likes maksiat (rujuk ustaz azhar)..Hot didunia pon!!Korang jugak patut tengok beberapa gambar minah ni yang mana setiap gambar likes nak mencecah 10k dan komennye beribu-ribu..so korang tengok la pic minah ni yang real pulak,kalau korang nak likes x?kalau ada hate aku tekan la jugak,nak jadi subcribers,sorii laa..ni pic yang mendapat 17k likes tuu..




Benda macam ni pun 5k likes,aku pun xtaw nk cakap pe,sampai rami lelaki tergilakan dy..










Dan seperti biasa,aku akan cakap,pikir2kanlah dan selamat beramal dan bufday beliau sama ngn aku tu bukan aku yang tetapkan ok!!hehe..wallualam..
~mey~

FOR QNET VIRGIN RACING FANS!!

Assalamualaikum..
Seperti diketahui ramai,F1 untuk musim 12/13 untuk litar Sepang sudah berakhir,jadi kepada fans Marussia Virgin Racing Qnet yang ketinggalan untuk memiliki baju baru2 ini atau pun yang nak pre-order baju Official untuk team Virgin racing ni boleh la menempah balik,tapi harga xsama masa promotion masa pergi F1..Originial by Kappa..Mestila mahal sikit sebab barang original kan..


Terdapat 3 pilihan untuk pembeli..






Men-Women-Kids


1.Untuk baju lelaki ataupun for Men,banyak pilihan yang dapat anda pilih..


Yang Jeket dgn Sweater tu smart giler,aku mesti beli untuk support team company aku!!



2.For women pulak..





3.bagi kids,ada jugak..hehe







Smart giler baju2 Marussia..Da lama aku nak,dahla xdapat ikut F1 kali ni,so xdpt lah baju tuu..papepon,nak sweater tu jugak..For Support QNET MARUSSIA VIRGIN RACING!!


Untuk pembelian,anda bolehlah pergi throw link ini..atau pun link yang saya dah letak kat atas..

3.28.2012

Software Qur'an Flash Tajwid~JOM BACA QURAN~

sebuah aplikasi yang memudahkan kita dalam mempelajari serta mendalami agama Islam.Aplikasi ini digunakan untuk membaca Al-Qur’an di depan komputer disertai warna huruf yang berbeza-beza yang memudahkan kita dalam membaca Al-Qur’an secara betul tajwidnya. Aplikasi ini dibuat berbentuk flash – iaitu sebuah aplikasi untuk membuat animasi.
Kelebihan aplikasi ini:
1. Tampilannya menarik karana dibuat berbentuk flash.
2. High Quality resolution (mampu sampai 1024×768 pixel)
3. Tidak perlu install karana bersifat portable.
4. Warna huruf berbeza yang membezakan antara hukum tajwidnya.

Al QuranFlash Tajweed - Aplikasi Pembaca Qur'an Plus Tajwid

Untuk mendownload aplikasi ini anda semua memerlukan kesabaran karena file ini berukuran cukup besar, iaitu sekitar 55 MB.
Jom siapkan assignment tajwid kita kawan2 QM..




just click untuk download

3.27.2012

5 Ujian Allah SWT sebagai tanda Allah Mencintai kita


تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك
1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

وما أخذ منك إلا ليعطيك
2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

وما أبكاك إلا ليضحكك
3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

وما حرمك إلا ليتفضل عليك
4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikkan daripadanya.

وما ابتلاك إلا لأنه يحبك
5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.

جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه
Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :

Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku.

FAKTA KENAPA PEREMPUAN KENA PAKAI TUDUNG DARI SEGI MEDIC






Kita biasa dengar atau baca dari sudut Islamik,contohnya pemakaian tudung dapat menyelamatkan dari api neraka n so on,sekarang tengok pula dari segi medic.


Tengkorak manusia antara lelaki dan perempuan ada 10 perbezaan (setakat yang dikaji), dan antara perbezaan yang paling ketara adalah pada MASTOID PROCESS.


apa itu MASTOID PROCESS? Mastoid process ni adalah struktur tulang yang menonjol keluar sedikit di bahagian belakang telinga (cuba rasa, 0.5-1cm dari belakang telinga)


untuk lelaki dan perempuan, saiznya sangat berbeza. untuk lelaki saiznya besar dan mudah untuk dirasa dan untuk perempuan saiznya kecil sahaja.


prof kata, Allah swt ini sangat sayangkan hambanya, kerana itulah disyariatkan pemakaian tudung. 


kerana, dalam mastoid process ini ada sekurang-kurang 4 saraf yang penting antara ialah facial nerve (C7). apa pula fungsi facial nerve ni? facial nerve ini berfungsi untuk muscle-muscle yang berada di muka kita, senyuman kita, gelak tawa kita dan riak muka kita semuanya.


saiz mastoid process ini kecil berbanding lelaki, apabila sejuk, nerve ini akan mudah mengecut dan akan membuatkan fungsinya tidak begitu effective.


untuk jangka masa yang panjang, ianya akan memberi kesan kepada tona muka. kerana itulah pemakaian tudung itu kepada wanita adalah untuk melindungi wanita, untuk diri wanita itu sendiri, dan untuk kecantikan juga. sebab itulah siapa-siapa yang menjaga auratnya, tudungnya, wanita itu tampak lebih awet muda dan berseri-seri. senyuman lebih manis, lebih menarik, lagi indah, lebih menawan..




ALHAMDULILLAH, ALLAH MEMANG TAHU APA YANG TERBAIK BUAT HAMBANYA =)











~Mey~


credit to : peribadi rasullullah

3.26.2012

Masuk universiti bukan tiket dapat kerja



ADA suara sumbang kedengaran tatkala segelintir masyarakat memperkatakan isu mengenai kadar pengangguran graduan yang masih tiada kesudahan.
Antara puncanya ialah graduan tidak berhati-hati  memilih program pengajian yang mampu menawarkan peluang kerjaya cerah usai pengajian.
   
  • FotoUSAHA... semua bidang kerja memerlukan pengetahuan yang tinggi.
  • FotoCABARAN... tugas sebagai terapi kanak-kanak kurang upaya memerlukan kesabaran.
  • FotoSENI... kepakaran diperlukan dalam apa juga bidang termasuk muzik.
  • FotoMINAT... memiliki segulung ijazah tidak menghalang seseorang untuk bekerja sendiri.
Kebanyakan mereka hanya mahu status sebagai mahasiswa menara gading dan tidak kisah program ditawarkan.

Dan, ada beranggapan, program tidak popular itu seharusnya dihentikan kerana tidak mampu membantu graduan merangka kerjaya cemerlang berbanding program kritikal.

Click Here


Persoalannya, benarkah program kurang popular tidak boleh menyumbang terhadap pembangunan negara? Apa pula nasib dan masa depan program terbabit?


Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Zaid Ahmad, berkata penilaian positif serta adil harus diberikan kepada program tidak popular ini dan mengetepikan tanggapan skeptikal serta prejudis.

Beliau berkata, biarpun dikatakan banyak menyumbang kepada peningkatan jumlah pengangguran graduan, ia lebih bersifat berat sebelah.

“Program tidak popular tiada kaitan dengan isu pengangguran di kalangan graduan. Itu tohmahan semata mata yang bukan saja boleh menggugat masa depan malah menyekat kelangsungan perjalanan ilmu.

“Mengaitkan program ini juga sebagai tiada pasaran kerja berbanding program kritikal turut tidak benar. Setiap program ditawarkan ada peranan tersendiri.

“Semuanya disatukan bagi menjana pembangunan masa depan yang saling memerlukan antara satu sama lain, jadi jangan anak tirikan program ini dengan pelbagai persepsi buruk,” katanya.

Menurutnya, setiap program yang diwujudkan mempunyai asasnya sendiri dan berpaksi kepada permintaan serta kejayaan yang hanya boleh dinilai dalam jangka panjang.

Apatah lagi katanya, program ini menjadi antara asas utama mewujudkan pemantapan ekonomi dan pembangunan sosio budaya.

“Setiap program ada sumbangannya tersendiri. Biarpun keadaan masa kini lebih berpihak kepada program kritikal dan berdaya saing, program sedia ada masih relevan.

“Ia masih menyokong dan memperkukuhkan kepentingan pelbagai sektor dalam industri. Justeru, jangan sesekali menafikan kepentingan program ini,” katanya.

Dikaitkan juga sebagai program tidak laku, ia se�olah-olah dipandang sinis segelintir masyarakat yang beranggapan program ini tidak mempunyai masa depan
di peringkat global.

Apatah lagi bilangan graduan yang memasuki pekerjaan tidak selari program diikuti di menara gading ibarat memperkukuhkan tanggapan ia patut ditamatkan.

Beliau berkata, fenomena industri global yang lebih memberi fokus terhadap graduan aliran berprestij tidak boleh dijadikan alasan untuk mengetepikan graduan program sedia ada.

Malah katanya, pemilihan kerjaya yang berlainan program aliran tidak boleh dijadikan kayu ukuran sebaliknya membawa banyak kelebihan.

“Apa salahnya jika graduan berkenaan ‘lari’ dari pengkhususan diambil di universiti?

Ia bukan satu pembaziran tapi cabaran.

“Perlu difahami, universiti bukanlah tempat yang memberi jaminan seseorang itu mampu memperoleh pekerjaan sebaliknya ia pusat penimbaan dan perkembangan ilmu.

“Masuk universiti, perlu kena belajar dan sebaik saja tamat, gunakan ilmu itu menjadi manusia berguna. Tiada jaminan graduan akan memperoleh pekerjaan seperti mana diingini,” katanya menambah walaupun tidak popular masih ramai yang memohon program itu.

“Ini membuktikan program ini masih mendapat kepercayaan ramai dan mampu menawarkan peluang pekerjaan.

“Kita perlu akur,bukan semua pelajar pandai dan mampu mengikuti pengajian program prestij.

“Malah lebih baik memilih program yang boleh memberi kelebihan seperti kemampuan memperoleh keputusan cemerlang daripada cukup makan atau gagal,” katanya.

Pada masa sama, program berkenaan juga diselarikan dengan pelbagai aktiviti dan kemahiran bagi memenuhi kehendak majikan.

Menurutnya, setiap institusi sudah menyediakan modul tertentu bagi membantu melonjakkan lagi kemampuan graduan tanpa mengira sama ada ia program berkepentingan atau tidak.

“Universiti juga proaktif dan peka, sebab itu banyak aktiviti dan pemantapan kemahiran disediakan. Ia terbuka pada semua tanpa mengira jurusan program.

“Semua berpeluang mengikutinya demi meningkatkan lagi piawaian diri ke tahap yang boleh diterima industri.

“Saya percaya, industri juga masih lagi menyediakan peluang besar kepada setiap graduan pelbagai program. Justeru tidak perlu ‘bertikam lidah’ dengan isu program yang dikatakan tidak popular ini,” katanya.

Beliau percaya graduan yang gagal memperoleh pekerjaan kerana mereka tidak optimis, sentiasa memilih kerja juga tidak berkemahairan.

“Program hanya asas yang berperanan menentukan pilihan kerjaya namun majikan masa kini juga mahukan calon berkemahiran tinggi.

“Andai kata calon itu menepati kriteria dan keinginan majikan, dia pasti diterima.

“Untuk itu, lengkapkan diri dengan kemahiran sejajar kehendak industri dan jangan jadikan alasan program tidak popular sebagai penyebab musnahnya masa depan,” katanya.

Bagi penolong pengurus sumber manusia dan pentadbiran di sebuah agensi swasta, Mohd Redza A Hamid, percaya kecekapan seseorang itu tidak boleh dinilai melalui program diikutinya.

“Berdasarkan pengalaman, saya percaya faktor utama dicari majikan ialah keyakinan diri, bakat dan sikap.

“Justeru bersikap terbuka dan jangan bergantung pada segulung ijazah semata - tama. Kita juga perlu bergerak seiring dunia semasa.

“Dan program bukan penentu kejayaan. Yang penting manfaat diperoleh darinya mampu membawa kebaikan dan keberkatan dalam hidup,” katanya.



creedit : HMetro

3.25.2012

Bahaya Nafsu Lelaki(18sx)





Zaman ini kita dikejutkan dengan pelbagai dugaan yane melanda.Ada kisah bunuh,rogol,buang anak,zina,buang ayah ibu,dll..Tetapi sedarkah kita bahwa semua perkara yang boleh membawa kpd neraka (Nauzubillah) ni adalah dari satu punca yang semua orang faham akannya,iaitu syaitan..Syaitan yang menngoda nafsu,nafsu yang mendorong kita dan akhirnya bodohla manusia itu jika ia tiada iman dan menurut ajaran nafsu..Berbalik kepada tajuk iaitu BAHAYA NAFSU LELAKI 18SX bukan bermakna lelaki je yang bernafsu bahaya,tapi selanjutnya saya akan link kan pembaca kepada satu blog yang amat terkena,seorang tokoh agama yang tersohor di tanah air kita,iaitu Dr Zaharuddin Abd Rahman..Cuba baca fahami dan amalkan..Sinopsis dari link yang akan saya letak di bawah:


18-SX, entry ini mengandungi unsur-unsur yang keterlaluan dan mungkin menyinggung sesetengah pihak, ada unsur kelucahan yang melampau, korang di nasihati tidak membaca seorang diri kerana di kuatiri akan terlanjur dengan tangan kiri, juga tidak boleh membaca bersama bukan muhrim kerana akan menggalakkan kepada penghampiran zina(janganlah korang menghampiri zina), juga hanya mereka yang berfikiran terbuka sahaja layak membaca-harap maklum!)
18-SX, serius, entry ini betul-betul lucah. Tidak di galakkan membaca kepada mereka yang cepat terangsang!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk pengetahuan korang wahai orang perempuan sekalian, orang lelaki boleh naik nafsu untuk seks adalah pada bila bila masa dan mampu stim dengan alasan yang simple sahaja, so korang kena jaga betul betul bila berurusan dengan orang lelaki, mereka orang lelaki ni, dengar suara orang perempuan dah naik stim, belum lagi bab tengok, tak tengok, just imagine pun boleh stim, kalau korang bagi peluang pada lelaki untuk pegang korang, bersedialah untuk masuk neraka dunia dan neraka jahanam!!
Dan ada orang lelaki yang boleh inzal just dengar suara perempuan dalam telepon.., so korang orang perempuan bila dah bergayut lama lama dengan lelaki apa akan jadi? Huh bila masuk cerita bab dalam kain, jadi senjata setanlah korang-naduzubillah..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
REMAJA -REMAJA YANG SEDANG BELAJAR DI IPT SEKARANG SEDANG BERGERAK DENGAN KEINGINAN SEKS YANG DAHSYAT..Banyak mana kes zina telah di tangkap di ITP, bakal ustaz dan ustazahpun ada! Naduzubillah..
Jagalah pendidikan iman anak kita, jika anak kita tersilap dapat pakwe, kena rogollah dia di rumah sewa pakwenya beramai-ramai,
Dan ada juga yang kena ‘rogol' secara terhormat, tak nak sebenarnya, tapi bila di belai dengan kasih sayang, mulalah ketagih untuk inzal.., akhirnya masuk neraka..
Mula mula pegang tangan.., dapat pegang tangan nak peluk-peluk, dapat peluk peluk, nak cium pipi, dahi, lepas ( DELETED)......., lepas tu hari hari berzina, kemudian boring, sedar sedar dah mengandung, cari awek lain dan cerita kat member yang kau tu sudah jadi bekas orang, beranak buang anak, bunuh diri, masuk neraka!!!
Nota: aku bukan doa korang yang dah terlanjur untuk masuk neraka, aku Cuma cakap amalan dosa itu yang boleh buat korang masuk neraka, aku sayang korang, sebelum korang jadi mayat, korang bertaubatlah, dan zahirkanlah taubat korang melalui kahwin!!!!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nasihat seorang alim:BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUATLAH USAHA ATAS IMAN (BERAMAL IBADAT-bersolat, berpuasa, berzikir, berdakwah)
SAMPAI KAMU PENAT DAN LETIH SEHINGGA KAMU TIDAK BERUPAYA LAGI UNTUK BUAT MAKSIAT..
Dan kalau tak mampu juga..
Jalan Penyelasaian yang terbaik untuk masalah SEKS kerana dapat sempurnakan separuh ugama dan juga sunnah Nabi SAW..
Jawapannya adalah:
KAHWIN...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...