Dari segi bahasanya Safar membawa erti kosong dan dari
segi istilahnya bulan Safar membawa erti bulan di mana orang-orang arab di
zaman Jahiliah keluar rumah untuk berperang setelah bebas dari bulan-bulan
haram yang diharamkan berperang.
Setelah kedatangan Islam, Rasullullah mengekalkan nama
bulan ini dengan nama bulan Safar sehinggalah ke hari ini.
#Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Safar
Ada berbagai peristiwa yang berlaku di dalam bulan
Safar. Diantara peristiwa penting yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w dan
wajar dikenang oleh kita ialah;
1-Persidangan Darul-Nadwah Persidangan Darul-Nadwah
adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri
dari berbagai-bagai kabilah di Mekah. Persidangan ini dianjurkan khas untuk
menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.
Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan
dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari Najad.
Keputusan dari persidangan ini ialah Rasulullah saw dijatuhi hukum bunuh dan
setiap kabilah hendaklah menghantar seorang wakil yang terdiri dari pemuda yang
paling gagah untuk sama-sama membunuh Rasulullah saw.
Oleh itu keluarga Rasullullah saw dari kabilah Bani
Abdul Manaf tidak akan mampu untuk membalas dendam terhadap semua
kabilah-kabilah yang terlibat dalam pakatan pembunuhan itu. Maka Allah ta'ala
telah memerintahkan Rasullullah saw keluar berhijrah dari Mekah ke Madinah.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa Rasulullah mula
keluar dari rumahnya pada waktu malam di akhir bulan Safar dan pendapat yang
lebih masyhur mengatakan bahawa Rasulullah mula keluar dari rumahnya pada bulan
Rabi'ul Awwal setelah 13 tahun berdakwah di Mekah.
2-Rasullullah Mula Sakit Satu lagi peristiwa penting
yang berlaku di bulan Safar ini ialah pada akhir bulan ini setelah kembalinya
Rasullullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau
mula ditimpa sakit.
Beliau wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah.
Rasullullah mula merasai sakit yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya
Saidatina Maimunah r.a.
Beliau telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang
lain untuk meminta izin agar beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah
r.a dan beliau telah wafat di rumah Saidatina Aisyah r.a.
Kredit : DRgrahpic
No comments:
Post a Comment