Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

5.09.2012

JIKA DIRIMU TELAH BERZINA..


Di zaman serba canggih ini, manusia takkan terlepas dari melakukan kesilapan. Baik yang kecik, mahupun yang besar. Malah, mana-mana agama di dunia tidak mahu penganutnya melakukan sesuatu yang terlarang dan berdosa.

Dan pada saya, di waktu akhir zaman ini, antara perilaku yang haru biru yang telah banyak berlaku ialah zina.

Walaupun kita, anak-anak kita, teman-teman kita, jiran tetangga mahupun orang yang hanya bersalaman ketika sholat jumaat telah diingatkan mengenai peri pentingnya diri menjauhi perkara yang boleh mendekatkan zina, namun masalah sosial ini semakin menjadi-jadi.

Anak-anak muda remaja yang sering jadi mangsa dalam situasi ini, andai dikenakan hukum hudud yang telah ditetapkan, tentu akan ramai yang berbirat di belakang badan dek kerana terkena 100 sebatan. 100 sebatan yang banyak memberikan pengajaran, dan ditakuti andai dilaksanakan.

Namun, ia tidak berlaku di akhir zaman ini. Perbuatan zina seolah mendapat lampu hijau masyarakat untuk diperlakukan. Apa yang boleh diharapkan kini adalah kesedaran sendiri akan perbuatan terkutuk ini.

Persoalan. Andai anda telah melakukan zina. Apa yang perlu anda lakukan? 

Bertaubatlah. Kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka. Carilah jalan penyelesaian terbaik, agar keturunan anda terlindung dari segala bencana dan keji. 

Namun, saya tertarik dengan tulisan seorang ustaz ini. Katanya; jika perbuatan zina yang anda lakukan tidak diketahui orang atau tidak ada empat orang saksi yang dapat membuktikan perbuatan anda itu bererti Allah telah menutup aib yang anda lakukan. Dengan demikian Allah memberikan peluang untuk anda bertaubat dengan taubat nasuha atau taubat yang sebenarnya. 

Berusahalah meminta maaf dengan orang yang pernah kita berbuat aniaya kepadanya, kemudian berserah dirilah kepada Allah dengan sepenuh jiwa dan raga, dan jangan sekali-kali mengulangi perbuatan yang terkutuk itu agar tidak mati dengan membawa dosa besar tersebut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...