Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

2.18.2012

QM(Barchelor of Quran with Multimedia course)

K..Aku nak bagi penerangan sikit tentang cos yang aku ambil kat Usim,,bagi sesiapa yg minat bolehlah apply lps ni..

Latarbelakang
Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
ditawarkan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

1. Al-Quran merupakan sumber utama pengetahuan dalam Islam. Ia meliputi
pelbagai aspek pengetahuan dan cabang ilmu yang merangkumi pelbagai
bidang seperti teologi, perundangan, sejarah, sains dan sebagainya. Namun,
didapati bahawa bidang utama yang sering ditekankan dalam pengajaran ialah
yang berkaitan ilmu-ilmu Quran yang bersifat klasikal dan tertumpu ke arah
mengeluarkan hukum-hukum berkaitan pengamalan dan pemahaman Islam
sahaja. Oleh demikian, kebanyakan graduan dalam bidang ini tidak mampu
untuk berinteraksi dengan teknologi dan perkembangan sains semasa. Ini
menyebabkan kemunduran dan kebekuan idea-idea baru yang amat diperlukan
dalam pemahaman dan pengamalan Islam berasaskan pengetahuan terkini.
Justeru program ini telah dibentuk khusus untuk menumpukan terhadap bidang
pengajian Quran yang jarang ditawarkan dalam bentuk profesional seperti
Qiraat dan Tarannum dan mengaplikasikannya dengan perkembangan teknologi
dan sains semasa di samping cabang-cabang ilmu pengetahuan tradisi
berasaskan Quran untuk menghasilkan satu program yang dinamik dan
bermanfaat kepada masyarakat. Untuk tujuan ini, cabang pengajian Multimedia
telah dipilih berdasarkan hubungannya yang rapat dengan bidang Qiraat dan
Tarannum yang menggunakan asas bunyi sebagai media utamanya. Dengan
gabungan antara kedua-dua bidang ini, satu anjakan paradigma dalam
pengajian Quran diharap dapat diberikan ke arah memartabatkan Quran dalam
aspek penghayatan dan pengamalan dalam bentuk ilmiah dan profesional.

2. Dewasa ini, terdapat kecenderungan daripada masyarakat dalam mempelajari
Quran dan memahaminya sebagai asas pengamalan Islam yang sebenar.
Namun, pengajaran dalam bidang ini agak terhad dan tidak dinamik dengan
perkembangan pesat dunia moden semasa terutamanya dari sudut metodologi
pengajarannya. Oleh itu, dengan penawaran pengajian ini yang
menggabungkan kedua-dua aspek Quran dan Multimedia membolehkan pelajar
berinteraksi dengan Quran menggunakan teknologi terkini dan meluaskan skop
dan manfaat daripadanya dalam bidang-bidang seperti pengajaran bacaan,
pemahaman kandungan, pembangunan kandungan dan perisian (Content
Development) dan sebagainya dalam bentuk-bentuk yang lebih interaktif dan
berkesan. Secara tidak langsung, ini dapat membantu merealisasikan hasrat
Kerajaan dalam mencapai sifar buta Quran dan meningkatkan pemahaman dan
ajaran Islam berasaskan sumbernya yang betul di kalangan masyarakat.

3. Melalui program ini juga, graduan berpeluang meluaskan skop kerjaya mereka
untuk bersaing dalam pasaran kerja tempatan. Ini dapat dilihat menerusi
gabungan antara asas pengetahuan Quran yang kukuh dan bidang aplikasi
Multimedia yang merupakan antara cabang utama Teknologi Maklumat.
108
Gabungan unik kursus-kursusnya juga menggalakkan para graduan untuk
berdikari dan berkecimpung dalam bidang keusahawanan dan perniagaan
berasaskan teknologi dan Quran.

4. Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS) kini hanya menawarkan satu
program sahaja dan keperluan amat dirasakan untuk menawarkan program
yang lebih berbentuk gunaan yang dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dan
negara. Ini bersesuaian dengan falsafah penubuhan USIM yang bertujuan
memartabatkan pengajian Islam menerusi paduan antara ilmu nakli dan akli.
Oleh demikian, program ini merupakan salah satu usaha yang dilakukan bagi
merealisasikan hasrat tersebut di samping menjadikan Fakulti Pengajian Quran
dan Sunnah (FPQS), USIM sebagai sebuah fakulti yang dinamik dan selari
dengan pembangunan dan hasrat negara untuk menjadi pusat kecemerlangan
akademik di rantau ini.

5. Berdasarkan penelitian, program seumpama ini belum pernah lagi ditawarkan di
mana-mana Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Malaysia. Oleh demikian,
program ini merupakan program pertama yang seumpamanya ditawarkan di
Malaysia.

Objektif

1. Menghasilkan graduan yang mempunyai kemahiran dalam kedua-dua bidang
Quran dan Multimedia secara bersepadu untuk melahirkan modal insan yang
profesional dan beretika.
2. Memberi nilai tambah kepada graduan bidang pengajian Islam menerusi
integrasi yang mantap antara pengajian Quran dengan multimedia.
3. Menyediakan graduan yang berdaya saing dalam bidang pengajian Quran bagi
memenuhi keperluan industri.
4. Merealisasikan misi USIM untuk menjadi sebuah universiti yang terkehadapan
dalam menyelesaikan isu-isu masyarakat dan Islam.

Syarat Kemasukan
Calon-calon yang memohon mengikuti program ini hendaklah memenuhi syarat
berikut:

1. Lulus SPM/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam sekurang-kurangnya
enam (6) mata pelajaran termasuklah mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia;
- Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab Komunikasi;
- Matematik;
109
- Sains;
-Mana-mana dua (2) daripada mata pelajaran berikut:-
- Pendidikan Islam;
- Tasawwur Islam;
- Pendidikan Syariah Islamiyyah;
- Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah; dan
- Lulus Bahasa Inggeris pada peringkat tersebut.

2. Memiliki mana-mana kelayakan berikut:

2..1 Lulus STAM dengan sekurang-kurangnya pangkat Jayyid;

atau

2..2 Lulus STPM dengan sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am dan sekurangkurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran berikut:

- Bahasa Arab; dan
- Syariah/Usuluddin; atau

2..3 Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan
diluluskan oleh Senat Universiti.

3. Telah memenuhi keperluan MUET

4. Selain daripada kelayakan akademik, sikap positif, aktif, cemerlang dalam
kepimpinan dan pengetahuan am adalah diberi keutamaan.

KOMPONEN PROGRAM

1. Untuk layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dengan
Multimedia (Dengan Kepujian) pelajar memerlukan sekurang-kurangnya 141
unit/jam kredit atau 4 tahun (8 semester) pengajian sepenuh masa. Pelajar juga
dikehendaki mengikuti kursus mengikut keperluan, peraturan dan ketetapan
yang dibuat oleh USIM dan Fakulti.

2. Struktur program ini umumnya, terbahagi kepada empat bahagian, iaitu
komponen kursus Wajib Universiti (WU), komponen kursus Wajib Fakulti (WF),
110 komponen kursus Wajib Program (WP) dan komponen kursus Elektif Program
(EP). Perincian kepada komponen program ini akan bergantung kepada jenis
program masing-masing.

3. Justifikasi komponen program: Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran
dengan Multimedia (Dengan Kepujian) merupakan satu program yang mana
ianya merangkumi semua aspek pengajian Quran dan bidang yang berkait rapat
dengan bidang pengajian Islam, teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan asas
kaedah penyelidikan. Komponen program ini disusun dengan rapi dan teliti
untuk
memenuhi permintaan industri dan sektor awam yang amat mengharapkan
graduan yang dilahirkan dari bidang ini dapat melaksanakan nilai–nilai Islam.
Setiap program yang ditawarkan akan berteraskan kepada ajaran Islam
sepenuhnya agar ianya dapat diterima oleh masyarakat selari dengan kehendak
masyarakat Islam moden dan progresif. Diharapkan dengan cara itu setiap
program yang ditawarkan akan dapat memberi sumbangan yang terbaik kepada
masyarakat.

Untuk maklumat lanjut leh conteks aku kat Fb...sekarang baru habis sem1,boleh dikatakan ok la course ni sebab aku sendiri yg pilih..he3..nK akhirat+dunia,I suggest ambik la cos ni..walluhualam

3 comments:

  1. Assalamualaikum..
    nak tanyer skit larh ye..saya pun baru je dapat kos ni.. skunk ni saye tgh blajar kat u swasta her.. tetiba saya dapat plak tawaran ke usin utk tawaran yg same yg mcm saudara belaja.. tapi..msalah saya skrang ni larh.. saya xsure adakah saya bleh survive ngan pe yg saya blajar. bkn sbb Al-quran..tapi mcm mane ea nak gtau.. saya ni lemah skit bahasa arab . exam dulu pun cukup2 makan larh katakan.. ntah larh.. jadi pening plak.. nak amek kos ni or tak..hm..takut bahasa arab jadi down plak.. yg tu larh jadi takut nak amek kos nih nihh.. hm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya kos yg awak ambil dkt uni swasta tu .. uni apa ye ?

      Delete
  2. Assalam, boleh tak bgtau senarai subjek yg dipelajari utk course ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...