Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

4.13.2012

Semakin Jelas untuk BERUSAHA!




Assalamualaikum..
Hari ini hari terakhir aku di kelantan untuk cuti pertengahan sem2 ni..Malam ni aku akan berangkat tolak ke Usim lagi unruk meneruskan perjuangan aku sebagai umat islam iaitu menuntut ilmu.Kalau aku nak difikirkan dalam kepala otak aku tentu aku terus bekerja kalau aku tidak lagi beajar,namun belajar itu adalah sesuatu yg dituntut..Harap2 habis degree adalah masa depan aku yg lebih cerah untuk aku menggapai dream2 di dunia seterusnya mencapai kejayaan di akhirat insyallah..So ada apa dengan tajuk entry ni semakin jelas?Ok sekarang ni aku ceritakan kisah aku lalui sebentar tadi..
Aku pergi rumah kawan aku namanya izzul yang mana dia merupakan sahabat lama aku..mula kenal sejak di sekolah rendah lagi iaitu sekolah kebangsaan penambang dan mengenali dia sebagai pelajar pintar sejak sekolah rendah lagi..Seterusnya dijodohkan dengan sekolah menengah yang sama iaitu Maahad muhammadi lelaki yg mana dia mengekalkan kecemerlangan beliau sebagai pelajar pintar dan menghabiskan pengajian dengan SPM 13A..Aku memang banyak berbeza dari beliau dari segi kepandaian,tapi aku xmengadakan ia sebagai penghalang untuk berkawan..Kadang2 org yg pandai belum ada ilmu yg org xpandai ada..faham kan maksud aku?ok selepas tu terpisahlah kami dan beliau yg menyambung pengajian ke unikl setahu setengah untuk persediaan kursus menyambung pelajaran ke france..Sembang punyer sembang tadi aku pun tanya brapa MARA tanggung kau kat sana,dia cakap 900euro sebulan..Oh satu jumlah yang agak besar sebab jika 900euro X RM5 akan jadi =RM4500 sebulan MARA tanggung.Tapi disebabkan mungkin kos hidup kat sana tinggi dan duit euro mungkin besar kat tempat kita,jadi nampak besarlah kan dan menyamai gaji seorang pensyarah di Malaysia..memandangkan dia pun nak Fly ke KL malam ni,sama macam aku tapi aku naik bus ke usim..hehe..so mungkin takdir ALLAH nak bagi aku sahabat macam dia yang mana xsombong dalam berkawan dgn orang lain yg xsama taraf dgnnya..Banyak gak topik yg aku bincang dan salah satu topik yg minat aku kongsikan dengan pembaca blog Cer cuba langsat ni ialah aku tanya izzul,apa rancangan kau bila dah gred,gaji engineer tinggi ker?Dia pun jawab bab gaji aku xberkira mana sebab aku plan nak ada bisnes sendiri bila dah gred..Masyallah satu jawapan yg cukup menyentuh hati aku yang mana selama ni aku nampak para siswa dan siswi di usim khususnya dan pensyarah sering berbicara tentang kerjaya masa depan dan tidak membincangkan tentang kewajiban dan keikhlasan menuntut ilmu.Tidak hairanlah sebab mahasiswa sekarang semakin melencong mencari dunia berbanding akhirat..Ini sekadar pandangan aku jer..Sebab rasulullah pernah bersabda 9/10 rezki adalah punca nya dari perniagaan,kenapa kita tidak ikut sunnah nabi kita dan lebih memfokuskan bekerja kerajaan..Dan kerana memfokuskan untuk mendapatkan kerja kerajaan itulah menyebabkan pelajar belajar hingga melupakan tujuan asal belajar yg mana untuk mencari keredhaan ALLAH dan menuntut fardhu ain yg dituntut kpd kita..
Sekarang aku jelas dengan impian aku yang mana aku belajar adalah kerana ALLAH dan insyallah akan gred degree aku dan seterusnya membuka perniagaan sendiri dan meneruskan perniagaan sedia ada..
Doakan aku berjaya akan segala bentuk perancangan aku dan seterusnya berjaya hakiki iaitu di akhirat nun sana kekal abadi..ingatlah kita ini hanya pinjaman sementara dari ALLAH Taala dan kepada ALLAH jua kita akan kembali..
Aku ingin memetik beberapa kisah yang mungkin boleh dijadikan pedoman dan sebagai semangat kepada kita yg mana aku kutip dari rakan2 FB yg terdekat mahupun sedang belajar di jepun :

1) Cikgu xsuruh kamu msuk universti ataupun mst dpt kptsn bgus dlm akdmik.. cikgu nk kamu knali potensi dri sndri & jdikn i2 platform utk bjy.. Tp pkok pgkalnya, smua 2 perlukn ilmu..

2) Semalam ada seorang senior nasihat kami,jadikan budaya tanya diri sendiri sebagai habit. Selalukan tanya,"adakah saya akan berjaya dengan cara ini", "apakah saya betul", "kejayaan yang macamana saya nak", dan lain-lain. Alhamdulillah, budaya tanya diri ini saya mula amalkan di akhir tingkatan 1 selepas mendengar hadis niat-hijrah-umar. Alhamdulillah, dari nombor tercorot dalam kelas tercorot,saya mendapat result SPM yang cemerlang. Bila kita selalu tanya diri sendiri, sebenarnya kita sedang muhasabah dan mencari jalan yang terbaik untuk diri kita.

Jom amalkan budaya yang bagus ini. Selalukan bermonolog dan jangan lupa tanya diri sendiri,"untuk apa aku hidup," dan "kerana Siapa." Tanya diri kita semua benda,walaupun kadang-kadang tak mampu terjawab tapi percayalah, tak semua soalan ada jawapannya, jadi bertenang dan apa yang penting?

Ya,senyum dan berusaha! 

3) Setiap kemenangan ada sebabnya,itulah kepercayaan orang Jepun dan sunnatullah. Tahukah anda,pada World Cup 2 tahun yang lepas,Jepun mendapat tempat pertama dalam 'Shot On Target' 57%,Slovania 52%,Holland dan England 50%.

Persoalannya,bagaimana mereka dapat mendahului dunia dalam 'Shot On Target'? Jawapannya,beberapa tahun sebelum World Cup berlansung,mereka telahpun mereka bola yang bakal digunakan dalam World Cup dan menggunakannya dalam J-League menyebabkan semua pemain mereka sudah biasa dengan bola tersebut,jadi tidak hairan semua pemain mereka mampu melakukan Shot On Target.

Ayuh bangun dari tidur,usah biarkan 'nasib' menjadi penyebab kemenangan kita. Berhenti ucap 'Good Luck',ubahnya kepada 'Selamat Berusaha!' 
Setiap kejayaan ada sebabnya,jom berusaha!

4) Ueda Sensei terpilih untuk belajar di University Disney. Dia tiada asas bahasa Inggeris dan dia mendapat kedudukan ketiga terakhir dalam peperiksaan pertama sebab masalah bahasa. Kawan sebilik dia asal dari Morocco dan pelajar paling pintar. Dalam masa setengah tahun,bukan sahaja dia mampu berbahasa Arab,Inggeris,bahkan Italy dan Jepun. Ueda sensei tanya kunci kejayaan dia,dia kata kepintaran ini hadiah dari Allah. Ueda sensei,manusia yang tidak pernah percaya pada tuhan masakan mampu merima alasan itu,"mana adil, tuhan bagi hadiah pada kamu tapi tak pada saya!" Jawab si Morocco,"Ueda,memang kamu masalah dalam bahasa Inggeris, tapi kamu kunci kegembiraan dalam group kita. Walaupun kamu tak mampu bercakap dengan betul, kehadiran kamu buat orang gembira,itulah hadiah dari tuhan kepada kamu,kamu sahaja tak perasan. Semua orang menyayangi kamu." Ueda sensei pun menangis dan dia sedar, halangan dia dalam belajar bahasa Inggeris bukanlah kerana tiada asas atau tidak pandai tapi sebab dia tidak sedar potensi dirinya yang senenar dengan membuat 'sarang' dalam dirinya. 

Semua orang mempunyai pengalaman,pemikiran dan kejayaan yang berbeza, bersyukurlah kerana kita insan istimewa dan pecahkan sarang kita,jika kita fikir kita gagal,kita akan gagal. Jika kita fikir susah nak menang,kita akan kalah. Jika kita fikir kita berjaya, kita akan berjaya!

Awak,ya,awak yang sedang baca status ini, awak tahu tak awaklah manusia yang berjaya cume awak tak sedar awak berjaya!

5) Pemikiran kawan-kawan sekerja saya sangat hebat. Dari mula mencari kerja, mereka telah tetapkan matlamat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dalam bidang yang mereka gemari, jadi mereka lansung tidak kisah tentang gaji asal dapat menyumbang. Saya harap saya pun dapat berada di atas jalan yang sama dengan mereka dengan cara Islam. Moga Allah beri kekuatan untuk saya berkerja untuk menyumbang bukan untuk menerima. ^^

6) Semalam kami ditanya berapa banyak syarikat yang kami telah pergi untuk dapat kerja,ada kawan yang pergi lebih 50 syarikat dan ada kawan yang pergi ke 100 syarikat dan mendapat tawaran daripada banyak syarikat,dia tolak dan masuk syarikat sekarang. Begitulah semangat dan usaha orang Jepun,cuba bandingkan dengan kita. Baru ditolak 5 syarikat sudah mengaku kalah. Memalukan andai kita kalah dengan orang Jepun sebab kita Islam dan dia tidak.
Jom berusaha !! Yosh!

OK,kebanyakannya aku nak terapkan tentang kata2 semangat agar terus berusaha dan jangan cepat mengalah,sesungguhnya ujian ALLAH adalah sebagai tanda ALLAH sangat menyayangi hamba2nya..kita pula sebagai hamba harus meletakkan asas sayang kita kepada ALLAH barulah yg lain kemudian..Cinta ALLAH adalah cinta yang kekal abadi...Hubbullah..

~Mey~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...