Isu memendam
perasaan.
Pada saya, bila kita
sudah suka kepada seseorang, pertamanya yang kita perlu lakukan adalah
menyelidik siapakah yang kita suka itu. Bagaimana dia. Apakah menyenangkan jiwa
kita? Apakah kita senang dengan keadaan keluarganya? Saya sendiri tidak
menetapkan apa-apa level dalam hal ini. Pokoknya, kita senang dengan dia, dan
kita senang dengan keluarganya.
Keduanya, bila rasa
senang dengan itu semua, pergilah kepada Ibu Bapa kita, dan nyatakan hajat kita
itu. Berbincanglah dengan Ibu Bapa akan baik buruk tindakan kita, akan keadaan
diri dan kemampuan kita. Pandangan Ibu Bapa sangat penting bagi mengimbangi
otak dan jiwa kita yang disapa 'cinta'. Kadangkala, orang yang disapa cinta
ini, 'mereng' sikit pertimbangannya. Kadangkala.
Ketiganya, selepas
rasa yakin, pergilah usahakan merisiknya dengan jalan yang baik untuk
mengetahui sudah berpunya atau belum. Sekiranya belum, lamarlah dengan jalan
yang baik. Jika ditolak, boleh tanya kenapa. Kalau kekurangan yang boleh
diperbaiki, boleh diusahakan, maka berusahalah memperbaikinya. Kalau kerana
benda yang tidak boleh diubah seperti kerana kita terlalu tinggi, kulit terlalu
cerah dan sebagainya, tinggalkan sahaja orang sebegitu., dan carilah yang lain.
Keempatnya,
sekiranya diterima, maka berusahalah mencapai 'mampu' untuk berkahwin.
Pertunangan tidak perlu terlalu lama. Namun ini terpulang kepada situasi dan
keadaan masing-masing. Apa-apa pun, saya tegaskan di sini, dalam sesi
pertunangan itu, selain mengambil peluang berta'aruf, fokuskanlah kepada 'usaha
untuk mencapai mampu' dengan peningkatan peribadi, peningkatan ilmu,
peningkatan kekuatan untuk mencari sara hidup, dan sebagainya.
Ta'aruf itu
biasa-biasa sahaja. Rilek-rilek sahaja. Lepas kahwin boleh sambung panjang.
Tetapi 'kemampuan', itu bukan benda yang mudah. Kena mula awal, kena serius
usaha capai. Ini yang ramai remaja malas nak kisah. Kisahnya perasaan sahaja,
syok berhubungan dengan pasangan sahaja. Pada-pada la. Fikir mana yang lebih
utama!
Pada saya,
begitulah.
Ringkasnya, saya
akan cakap: "Kalau suka, beritahulah. Buat apa pendam."
Tetapi orang melayu
ni banyak songeh. Bila cakap begitu, budak-budak sekolah rendah pun rasa dia
patut bagitahu dekat kawan darjah limia yang dia suka. Orang-orang tua pun
sampai cakap pada saya: "Habis, yang budak tingkatan tiga pun kena luah
la?" Adoi...
So kenalah saya
karang status panjang ini.
Konklusinya, bila
dah suka, beritahulah. Buat apa pendam. Tetapi fikir-fikir jugalah keadaan
diri. Perkara ini, jalankanlah dalam keadaan berjaga-jagalah dan berhati-hati.
Masa dan
perancangan, adalah antara yang memainkan peranan penting di dalam hal ini.
Selain niat dan
matlamat yang jelas, dalam mencintai seseorang.
--------------------------------------
Geng-geng yang
sokong pendam,
dipersilakan menanti
'orang yang tertulis di lauh mahfudz' untuk anda.
Saya tidak kisah
pun.
Ini hanya khas untuk
yang rasa tak logik laci boleh terbuka sendiri tanpa usaha, dan tahu bahawa
Allah dan Rasulullah SAW sendiri mengisyaratkan 'usaha dan ikhtiar' dalam
pemilihan pasangan.
nukilan : Hilal Asyraf
No comments:
Post a Comment