Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

2.14.2013

Alkisah Tangan Mak…




Tersentuh hati besarku pabila membaca kisah ini kerana ia seolah-olah berlaku kepada diriku.Mempunyai seorang ibu dgn tanggungan anak 10 orang,ibu bekerja sendirian menyara 10 anak yang masih belajar dengan bekerja sebagai memotong kain selepas ayahku meninggal 7 tahun yang lepas.Kini masih berbaki 7orang lagi yg masih belajar.Semoga Allah memelihara ibuku di dunia dan akhirat.Ikuti kisah di bawah untuk kisah yg patut direnungi..


Setelah selesai mengaji di negara asing, aku telah pergi bertemu duga untuk mendapatkan pekerjaan selepas pulang ke tanahair.

Melihat pada resumeku, pengarah syarikat yang menemudugaku melihat keputusanku sangat cemerlang.

“Kamu belajar dapat biasiswa?”

“Tak,” jawab aku.

“Ayah kamu yang tanggung?” pengarah itu bertanya.

“Tak juga. Ayah meninggal masa saya masih kecil. Mak yang besarkan saya,” jawab aku lagi.

“Mak kerja apa?” tanya pengarah itu lagi.

“Mak berkerja di ladang sayur,” jawab aku secara ringkas.

“Boleh keluarkan tangan kamu?” pengarah bertanya dan aku segera mengeluarkan tangan aku.

Pengarah itu memegang tangan aku yang masih licin dan sempurna.

“Pernah bantu mak di ladang?”

“Tak pernah. Mak hanya suruh baca buku. Ada masa baca buku,” jawabku.

“Balik dulu. Sentuh tangan mak. Dan jumpa lagi besok,” kata pengarah tersebut.

Balik ke rumah, aku ke kebun mencari mak. Mak sedang mencangkul ubi.

Melihat kepulangan aku, mak terlalu gembira sehingga meninggalkan kerjanya di kebun lalu datang memelukku.

Aku mengambil kesempatan untuk cuba memegang tangan mak yang selama ini aku jarang sentuh. Aku membawa mak ke tempat basuh tangan. Tangan mak dicuci… dalam keadaan mencuci aku menangis.

Tangan mak sudah berkerut dan mempunyai banyak luka.

“Inilah tangan yang membawa aku habis belajar di luar negara tapi sendiri tak nak pernah ke luar negara,” bisik aku di hati.

Tanpa disedari, air mataku mula mengalir.

“Semua luka di tangan ini adalah tanda pengorbanan mak untuk masa depan saya. Saya sayang mak,” kata aku sambil berpeluk dengan emak tersayang.

Kemudian aku buat pertama kalinya membantu mak menyiapkan kerja di kebun. Di sebelah malamnya pula, aku memasak buat kali pertamanya untuk mak.

Malam ini, aku berbual dengan mak sepanjang malam.

Keesokan paginya, aku bertemu dengan pengarah syarikat kembali.

“Bagitahu saya apa perasaan kamu dan apa yang kamu telah dapat pelajar daripada menyentuh tangan mak kamu,” kata pengarah itu.

“Pertama, aku akhirnya faham apa itu erti pengorbanan. Tanpa mak, segalanya itu tidak akan menjadi, anakanda akan gagal mata pelajaran dan ibadah Islam. Tanpa mak, tiadalah saya,” aku menjawab seorang diri.

“Kedua, selepas membantu mak di kebun, saya terasa ibu sangat gembira kerana akhirnya dapat berehat. Akhirnya saya faham betapa susahnya pekerjaan mak untuk membesarkan anak-anaknya, “ kata aku.

“Ketiga, saya dapat melihat kepentingan keluarga dan hubungan silaturahim antara keluarga adalah jauh lebih bernilai daripada kerja saya,” tambah aku.

Selepas habis jawapanku, 5 minit terhenti sekejap sebelum pengarah tersebut berkata mengumumkan bahawa aku telah ditawarkan bekerja di syarikat mereka.

Selepas mendapat surat tawaran, aku terus pulang berjumpa mak.

Air mata mak terus mengalir tanpa sebab sejurus aku tiba di rumah dan bertanya nak lauk apa untuk makan malam ini.

“Semua yang mak masak sedap dan saya akan habiskan segalanya,” kata aku.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...