Boleh tak nak couple mak??ni haa jawapannya :
Apa Itu Ber
‘couple’?
Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah
dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling
berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus
senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula
‘masuk line’. Ade yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi
SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling
suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan
kemudian ber‘couple’.
Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka
serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion.
Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan
dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan
dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada
saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.
Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik
dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak
kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti
‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian
ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia
yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup
berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat.
Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya.
Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang
ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin
dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan
masing-masing.
Mengapa
Ber’couple’ Haram?
Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di
sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah
tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin
dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.
Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita
perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah
S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada
kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi
pegangan hidup kita.
Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya
berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber
‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti
dalam Surah Yasin(36) ayat 36:
“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan
semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun
dari apa yang tidak mereka ketahui.”
Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari
seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di
antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang
demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
apa yang mereka perbuat.".
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya
kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang,
termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu.
Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang
seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah
kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya,...”.
Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam
sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para
pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini
jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling
berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan
hawa nafsu.
Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini
terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu
adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang
apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual
je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan
lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang
kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan
hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini
menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin
ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh,
jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah
dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan
menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah
menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.
Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula
dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah
telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi
S.A.W. bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam
mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah
memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan
syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti”
Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W.
sabdanya:
“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak
mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga,
zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki,
zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan)
hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan
bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi
wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk
mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia,
membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar
serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan
tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina.
Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia,
memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat
penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun
tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu
hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran
dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan
ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
Apa
Yang Patut Dilakukan?
Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan
sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan
suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap
boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah
terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah.
Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai
Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan
terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya
satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.
Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan,
semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas
menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan
rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan
yang diimpikan remaja-remaja kini.
Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik.
Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk
perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman
hidupnya.
Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,
dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan
wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang
baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.
Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:
“Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.
Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tdak
dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya.
Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri
lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan
dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan
perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau
perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau
bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk
saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk
dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.
Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak
salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang
perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan
difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada
zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita
hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:
“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka
berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.”
Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah
diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan
Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan
Rasul. Na’uzubillah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:
“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan
Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar
(perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai
orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka
tidak mendengarkan.(21)Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling
buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar
dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).
Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka
yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong
dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti
firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:
“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak
berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak
mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan
apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat
itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di
hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun
apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan
sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang
besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir
kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”
Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil
Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain
yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4)
ayat 150-151 :
“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan
rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan
rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang
sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta
bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang
demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir
sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu
siksaan yang menghinakan. (151).
Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah
perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah
sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat
oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah
Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:
“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan
hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan
ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan
tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk
sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil
pelajaran?”
Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini
amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman
dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik
bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk
bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan
ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam
Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.
credit : Nak
'Couple' Boleh Tak??www.iLuvislam.com
x jelas r tulisan kuning...huhu
ReplyDeletesori laa,post lama,dulu background lain..sbb tu warna kuning
ReplyDelete