Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

6.09.2012

Plat WWW 1 dipasang pada Proton Satria Neo

SALAH seorang sahabat pembaca mengirimkan gambar nombor plat yang menjadi kontroversi baru-baru ini iaitu WWW1. Nombor plat ini dimiliki oleh Sultan Johor yang dibida pada harga RM520,000.

Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai kereta kenderaan apakah yang akan menggunakan nombor plat paling mahal ini. Ini berikutan Sultan Johor memiliki banyak koleksi kereta-kereta mewah termasuk supercar paling mahal di dunia.

Teka-teki mengenai kereta manakah yang bakal menggunakan nombor plat termahal itu akhirnya terjawab apabila ia dilihat terpasang pada sebuah kereta buatan Malaysia, Proton Satria Neo.


"Harga No plat boleh beli sepuluh biji Satria Neo... "

source:milosuam

6.08.2012

Hari Belia Negara: Pembahasan oleh Hilal Asyraf





Hari Belia Negara (HBN) yang dilabelkan sebagai "liar" oleh Hilal Asyraf. 


****************************************************************
Rupanya ada orang masih tidak memahami bahawa percampuran halal+haram, akhir equationnya adalah = Haram.

Saya amat hairan mengapa kita menggunakan alasan 'untuk memuaskan hati bangsa lain' untuk meletakkan perkara haram di dalam program kita. Saya amat yakin banyak perkara halal yang bangsa lain dan agama lain boleh enjoy bersama kita.

Mengapa mesti masukkan perkara yang haram, dan meletakkan risiko untuk orang Muslim, terutama pemuda dan remaja yang hakikatnya masih perlu dibentuk, menyertai keharaman yang disediakan? Terkeliru dengan konsep Islam yang dipersembahkan?

Saya amat yakin,
program berintergriti, bermaruah, menghidupkan akal dan jiwa, kita boleh laksanakan dalam keadaan bangsa Melayu, India, Cina, enjoy bersama, tanpa kita masukkan perkara-perkara yang haram di sisi agama Islam di dalamnya.

-------------------------------------------
Pada saya, kalau nak jemput benda yang haram,
biar orang dari agama lain yang anjurkan, biar mereka yang promosikan, biar mereka yang keluarkan duit untuk hal itu.

Bukan orang Islam yang anjurkan, bukan orang Islam yang turut promosikan, bukan orang Islam yang keluarkan wang untuk hal yang sedemikian.

Benda ini, dari masa ke semasa, akan saya perjelaskan lagi. Kerana saya punya idea dan pandangan di dalam hal ini.

Hendak menghiburkan hati bangsa dan agama lain, pada saya tidak perlu pun kita anjurkan perkara yang haram. Ada cara lain.

Dan perkara haram, tidak akan sesekali kita sebut sebagai 'harus'.
Sesungguhnya yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas.
Yang berada di antara kedua-duanya, barulah di namakan sebagai syubhat.



************************************************************************


Orang nak tunjuk spender K-Pop pada kita ke,
orang nak tonggeng punggung ke,
orang nak buat apa pun yang tidak senonoh ke,

jangan kita jadi serupa seperti mereka.

Tunjukkan bahawa kita ini lebih tinggi!



#########################################################







Dari Saudara  Helmi Effendy : 

Muhammad Hilal Asyraf bin Abdul Razak, seorang anak muda yang pada pengamatan saya ialah hasil produk negara yang hebat. Lahir pada 16 Januari 1989, anak kelahiran negeri kuat UMNO, Johor ini untuk pengetahuan semua sedang belajar di Universiti Yarmouk, di Jordan.

Saya secara jujurnya mengaku bahawa antara peminat karya penulisan beliau seperti Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam. Sebuah karya Epik Islami yang cukup mendebarkan, membawa pembaca menyelami pelbagai mesej yang ingin disampaikan. Namun, kita sebagai manusia yang tidak sempurna ini, kadang kala melakukan khilaf tanpa disedari.

Sebelum memulakan penulisan ini, kepada Abang Hilal, saya mahu menyusun sepuluh jari sekiranya artikel ini mengguris perasaan abang Hilal, sesungguhnya saya hanya mahu menegur. Saya yang tidak mempunyai ilmu setinggi abang, dengan rendah diri pada awal artikel ini memohon ribuan maaf.

Sejujurnya, saya cukup kecewa apabila melihat tulisan abang yang berbunyi seperti di bawah:

"Tiada pembinaan belia pun di dalam program ini. Tiada apa-apa slot yang mematangkan belia, mahupun membina jati diri belia, di dalam program ini. Bahkan, program ini boleh dikatakan sebagai sesuatu yang 'liar', dan kalaulah dikatakan benar mahu menghimpunan 'jutaan' belia, maka bagaimanakah lautan belia itu akan diuruskan di dalam program sebegini?"  Hilal Ashraf.

Abang menambah:"Kita mahu pembinaan belia yang mapan, agar mampu memandu negara ke arah kemajuan dan lebih berintergriti. Bukan 'melunyai'kan belia dengan program sebegini!"

Saya bersetuju dengan teguran abang mengenai Konsert K-Pop yang menghimpunkan artis K-Pop dan juga artis-artis lain yang dihimpunkan. Itu ialah aktiviti hendonisme yang agak melampau dan sesuatu seperti ini harus dipandang oleh Kerajaan pada masa depan. TETAPI... gaya penyampaian abang yang menggambarkan bahawa program Hari Belia Negara ini seolah-olah langsung tidak membawa apa-apa kepada belia bahkan menghancurkan mereka. Abang mengatakan bahawa tiada langsung apa-apa slot yang mematangkan belia mahupun membina jati diri. Bahkan abang mendakwa Hari Belia Negara ini sebagai "liar". Benarkah Hari Belia Negara bersifat 'LIAR' atau abang yang 'LIAR?'  Maaf kalau abang terasa...

Saya merasakan itu sama sekali tidak benar. Abang menghukum Hari Belia Negara dengan hanya berpandukan sumber fakta yang saya rasa agak tidak adil. Jadi, biar saya menampilkan fakta-fakta bahawa Hari Belia Negara ini mampu membina jati diri belia. Mari, saya bawa semua semua pembaca mengembara dalam tulisan saya, mari saya bawa semua pembaca mengenali apa itu Hari Belia Negara.

Terdapat 36 Segmen di dalam Hari Belia Negara ini. Untuk pengetahuan Abang Hilal, saya senaraikan di bawah segmen-segmen tersebut:-

- Modal Insan
- Uniform
- Y A-Venue
- Volunteers
- My Hobbies
- FIT and ACTIVE
- Fast And Furious
- Sport Pavilion
- Gerbang Kerjaya
- Warna Warni Belia Malaysia
- Karnival Titian Cinta
- Young Entrepreneur
- Amusement Recreation
- Food Valley
- Dot Invest
- Garden Valley
- Senorita Square
- Chinese Youth Culture Village
- International
- Youth Tourism
- Perkhemahan dan Jambori
- Ondraii Invaiom
- Lorong Seni
- Youth Heart Beat
- Belia Bandar
- International Youth

Penat saya menaip segmen-segmen yang ada pada Hari Belia Negara. Antara 32 Segmen itu, hanya Segmen Himpunan Sejuta Belia dengan World Youth Jazz sahaja yang kelihatan dengan suntikan Hendonisme. Itu pun diselitkan dengan Konsert Nasyid dan Ketuhanan.

Mari kita selami pula segmen Modal Insan. Apa yang Abang Hilal boleh dapat kalau memilih segmen ini. :-

1. Konsert Nasyid
2. Program Amal Islami
3. Kolokium Tokoh Islam
4. Taddarus dan Khatam Quran
5. Majlis Tilawah Al-Quran
6. Khutbah Jumaat HBN
7. Forum Kecemerlangan Diri
 8. Klinik Bimbingan dan Nasihat Belia
9. Pertunjukan Layar Bestari
10. Pogram Subuh
11. Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat
12. Himpunan Pendakwah Muda
13. Himpunan Guru Muda
14. Jom Berchenta?
15. Pesta buku ilmiah

Apa yang menarik mengenai lebih kurang 15 program di bawah segmen di atas ialah Amal Islami yang sebenarnya merupakan pertandingan membaca Al-Quran, pertandingan menghafaz Al-Quran dan pertandingan nasyid. Kemudian, kita hayati apa pula Himpunan Pendakwah Muda itu. Ialah, abang Hilal dah boleh dianggap sebagai pendakwah muda dan saya rasa tentu abang Hilal berminat dengannya.

Untuk pengatahuan abang Hilal, melalui Himpunan Pendakwah Muda, abang boleh bertemu antara satu sama lain dan bersama-sama dengan pendakwah muda yang lain di seluruh Malaysia lalu berkongsi idea untuk memantapkan lagi proses dakwah di Malaysia dan dalam masa yang sama, ada program kecil lain yang diselitkan.

Kalau abang tertanya-tanya apakah itu Program Subuh, biar saya terangkan kepada abang. Program Ini Dilaksanakan Di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Yang Melibatkan Penyertaan Belia-Belia Dengan Pengisian Seperti Qiamulai, Solat Subuh Berjemaah Dan Kuliah Subuh.Apa dengan program-program sebegini abang masih boleh berbicara bahawa HBN tidak ada satu slot pun yang membina jati diri belia?

Mari, saya bawa abang mengembara lagi. Apa kata abang melawat kolokium kepimpinan belia islam? Untuk pengetahuan abang, kolokium itu ialah persidangan tidak rasmi dan persidangan itu akan membincangkan bagaimana kepimpinan belia Islam itu harus berjalan. Abang bolehlah mengasah bakat kepimpinan abang di sini. Hehehee...

Program lain? Takapa, saya masih belum letih untuk mencelikkan mata abang mengenai HBN ini. Ada banyak lagi program yang bermanfaat. Tapi... saya nak tunjukkan apa pada abang ya? Sekejap... apa kata kalau kita pilih Segmen My Volunteer ?

Melalui segmen ini, HBN berharap dapat menarik ramai lagi sukarelawan-sukarelawan di Malaysia. Apabila jumlah ini bertambah, maka negara akan mempunyai banyak lagi golongan yang sudi mengerah keringat mereka tanpa di bayar dan tidakkah program sebegini membawa kepada kebaikan?

Kita melangkah lagi. Saya tertarik untuk bercakap mengenai Segmen Y - AVENUE yang mengumpulkan anak muda yang mempunyai kegilaan tertentu. Kalau abang berminat bermain game, apa kata abang memilih Pertandingan Cyber Game. Bolehlah saya batlle dengan abang nanti dalam permainan DOTA. :)

Oh ya abang Hilal tentu mempunyai hobi bukan? Kalau macam tu, saya sarankan abang pergi ke Segmen My Hobby. Daripada sini ada banyak himpunan untuk orang yang mempunyai hobi yang sama. Kalau abang pencinta kucing macam Rasulullah, apa kata abang Hilal memilih program Pet Lovers? Kalau abang nak uji minda abang, sertailah pertandingan 3D Jigsaw Puzzle Competition atau 1000 pcs Jigsaw Comp atau Jigsaw Puzzle Competition. 

Kalau anak muda diluar sana, anda tentu teruja kalau mendengarkan ada program yang melibatkan basikal Fixie dan acara skateboard .

Tak ke abang Hilal menganggap HBN sangat menyeronokkan?

Untuk graduan universiti yang belum mendapat pekerjaan, bolehlah berkunjun ke Gerbang Kerjaya. Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.

Oh, sebenarnya terlalu banyak program-program yang bermanfaat sehingga tidak terdaya saya untuk menulis. Nasihat saya kepada Abang Hilal, janganlah cepat menghukum ya? Kita asyik mencari keburukan orang sehingga kebaikannya tidak langsung dipandang. Malah, tidak disedari.

Sikap abang menegur itu saya hormati. Tetapi sikap abang menabur persepsi negatif, mungkin dipandu ketaksuban kepada idealogi politik masing-masing, itu saya kesali.

P.S: Apa pendapat Hilal Asyraf mengenai Konsert MTV World di ICT Shah Alam dan tindakan Kerajaan Selangor mengenainya ?

“Kita menerima dan menghayati memorandum tersebut. Kita merasakan mereka (PAS) khuatir tentang kesan pengaruh budaya barat dalam kehidupan belia di sini, tetapi kita perlu menerima keadaan keterbukaan dan perbezaan ini,” Menteri Besar Selangor.

###########################################################################

Hilal Asyraf membalas :

Oleh kerana ada orang bangkitkan semula 'Teguran Kepada Hilal Asyraf' berkenaan kenyataan saya fasal Hari Belia Negara, maka di sini saya suka nak buat penyataan semula.

1 - Saya sudah kata bahawa, saya secara teksnya mungkin memang silap apabila menyatakan 'langsung tidak bermanfaat'. Katalah ada 100 acara, 50 bermanfaat dan 50 sia-sia. Jadi, secara teksnya, ya, saya silap bila saya kata 'langsung tidak bermanfaat', sebab ada 50 acara bermanfaat.

2 - Tetapi saya amat bertegas menyatakan bahawa secara konteksnya saya tidak silap. Hal ini kerana, saya melihat bahawa Perhimpunan Belia tersebut adalah satu program percampuran antara pembangunan dan peruntuhan belia. Yang mana, apabila kita campur adukkan semuanya di dalam satu program mega, ia menimbulkan kekeliruan yang besar dan seterusnya lebih menarik jiwa pemuda kepada apa yang buruk.

3 - Bagaimana kita wujudkan program 'hobi bermanfaat', kemudian kita pula anjurkan persembahan-persembahan yang sia-sia lagi melalaikan? Bagaimana kita anjurkan konsert Nasyid pemangkin rohani, tetapi esok-esoknya kita lambakkan konsert-konsert yang menggelapkan jiwa? Bagaimana kita buat program Subuh berjemaah, tetapi semalamnya kita bergadang dengan pelbagai perkara yang menyimpang dari sikap manusia yang bangun menghadap kepada Allah SWT?

Ini adalah kekeliruan. Ini adalah kecelaruan. Dianjurkan pula oleh pihak berkuasa, akan menyebabkan masyarakat merasakan - Oh, begitulah Islam - Oh, tidak mengapa rupanya begini - dan sebagainya. Ini satu bahana sebenarnya,

4 - Ada orang memberikan alasan bahawa orang boleh pilih nak pergi K-Pop, atau nak pergi yang bermanfaat. Tak wajib ada di sana sepanjang hari. Ya, saya tahu. Tetapi bila kita letakkan sesuatu yang 'kena dengan nafsu' dan sesuatu yang 'perlu melawan nafsu', secara naturalnya manusia akan meluru untuk mendapatkan yang kena dengan nafsunya.

Sekiranya Hari Belia Negara bertemakan "Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam", dengan memahami keadaan remaja dan belia kita yang banyak masalah gejala sosial, maka sepatutnya program itu diaturkan dengan baik ke arah matlamat yang dihajatkan.

Ini, ada program yang membangun. Tetapi pada masa yang sama, dilambakkan program-program yang meruntuhkan, yang selama ini mereka sangat suka, yang kita nak suruh mereka tinggalkan, tetapi kita pula suakan. Yang mana mereka akan lebih mudah pilih?

5 - Saya sudah nyatakan, saya memahami jika nak sangat ada hiburan. Ya, dalam program yang serius pun, kita perlukan hiburan untuk menenangkan suasana, merehatkan minda. Tetapi Hari Belia Negara yang bertemakan Hari ini lebih baik dari semalam, mengapa melambakkan hiburan yang banyak, dari malam ke malam? Seterusnya yang memberikan persembahan itu pula adalah yang berpakaian tidak sopan, hingga menayangkan seluar dalam pun ada.

5 hari 4 malam program contohnya, kenapa tidak letakkan satu malam sahaja hiburan? Kenapa mesti dalam program mega itu, setiap malamnya adalah hiburan?Itu belum dicampur dengan drag racing dan sebagainya lagi.

6 - Jadi, saya menegaskan di sini bahawa saya memandang perkara ini secara big picture. Penegur, bebas menegur dan saya ucapkan syabas kerana menegur. Tetapi saya kekal dengan pendapat saya, stand saya. Ya, secara teksnya, secara literalnya, mungkin saya akan nampak silap bila menyatakan dari 100(sekadar menyebut bilangan) program yang ada, saya kata semuanya tidak bermanfaat.

Tetapi secara konteksnya, saya nak tanya, apa manfaatnya program hobi bermanfaat, kerjaya, jati diri, intergriti belia dan sebagainya, jika kita sendiri kemudian menyuakan perkara-perkara yang menghancurkannya?

7 - Penulis mahu menyatakan saya dipengaruhi ideologi Politik dengan cuba menyatakan mengapa saya tidak komen apa yang PR buat. Saya sekadar mahu tanya - SIAPA KERAJAAN SAYA SEKARANG? Yang patut memimpin saya, yang patut mendidik saya, yang patut saya pandang sebagai contoh, yang patut saya percaya?

Siapa?

Jadi adalah normal untuk saya menegur satu pihak yang lebih berautoriti, yang sepatutnya menunjukkan lebih contoh. Dan pihak itu juga, buat program LEBIH MEGA dari pihak yang satu lagi?

8 - Akhir kata, sila pandang ini secara big picture. Kita bukan kanak-kanak untuk main kira-kira dari 100, ada 50 perkara bermanfaat. Bukan. Kita pandang big picture, pro dan kontra, persepsi dan interprestasi, mentaliti belia dari pelbagai latar, duit kerajaan yang dikeluarkan, impaknya kepada fikiran masyarakat dan sebagainya.

Sekian daripada saya.
Apa-apa hal pun, syabas kepada yang menulis teguran terbuka itu.
Sesiapa yang beradab, saya hormat dan saya muliakan.
Semoga Allah SWT redha dengan kita.

-----------------------------------------------------
Sesiapa yang boleh sampaikan perkara ini pada nota itu, sila sampaikan.
Kalau orang tak perasan apa saya tulis ni, paste banyak kali pada nota itu sampai orang perasan.

Kematangan itu perlu,
agar kita tidak terus diperbodohkan.


Kenalkah anda Hilal Asyraf?



[TIDAK KENAL? MAKA KITA BERTA'ARUF! (^^)V]

Nama penuh: Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak.
Tarikh lahir: 16hb Januari 1989.
Asal: Johor. Keluarga masih menetap di sana.

Pengajian: 
Sekolah Rendah - Sekolah Rendah Islam Hidayah(SRIH), Johor.
Sekolah Menengah - Ma'had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI), Perlis.
Universiti - Graduan University of Yarmouk, Jordan. Bidang Usuluddin. 

Status: Bujang. Sudah Bertunang. InsyaAllah kahwin tahun ini pada 070712.

Karier: Penulis sambil belajar. Sudah menghasilkan 4 buah buku motivasi, 8 buah Novel, 2 buah Kumpulan Cerpen, dan sebuah Kumpulan Puisi. Semua hasil karya saya boleh dilihat di - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.148097505256828.31728.116637538402825&type=3

Saya juga merupakan pengasas kepada http://langitilahi.com/, dan pengerusi kepada Syarikat LangitIman Resources.

Ada Page untuk perkara yang lebih formal: http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643

Akaun ni banyak hal peribadi dan catatan harian sahaja. So, ada masa bengang juga baca. So, feel free to unsuscribe kalau rasa tidak senang. (ramai terlepas baca yang ini. Sebab itu bising fasal akaun saya) ^^

Lagipun, akaun ini akan ditutup pada 1hb Ramadhan tahun ini, insyaAllah.


Seorang yang:
Sensitif,
jiwang,
tajam,
tak peduli.
(empat benda ni boleh interpret sendiri. Saya malas terang).

Suka bacaan Al-Quran Sheikh Solah Al-Budair, suka musik(sekarang minat Kareem Dennis a.k.a Lowkey dan minat music Explosions In The Sky), suka lauk ayam masak sambal digandingkan dengan lauk lemak, suka berfikir, suka lepak, suka reasonable, suka memerhati dan suka buat kerja sendiri.

----------------------------------------
Luang-luangkan masa cari buku-buku dan novel-novel saya. Mudah dicari di MPH, Kedai Buku Popular. Dan kalau susah sangat, boleh terus beli di kedai online LangitIlahi, LangitIlahi Store(ada di website). Sebab saya banyak cakap relate dengan apa yang saya tulis dalam buku-buku saya tersebut.

Dan kepada yang memang telah kenal saya,
telah lama menyokong dan mendoakan saya,
kita adalah saudara.
Thanks okkeh?
Terima kasih sebab sudi subscribe akaun ini.
^^

Sekian.

6.06.2012

UNIVERSITI PERCUMA


Assalamualaikum wbt..berita khas..UNIVERSITI PERCUMA untuk warga PERAK sahaja..warganegara lain turut layak.

- kepada lepasan Diploma yang ingin melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah, tetapi mahu menjimat kos, QIU Universiti merupakan pilihan terbaik keranan ia menawarkan pendidikan tahap Ijazah secara percuma kepada anda.

Subjek ditawarkan:
1) FOUNDATION IN BUSINESS
2)FOUNDATION IN SCIENCE
3)BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION
4)BACHELOR OF CUMPUTER SCIENCE
5)BACHELOR OF MEDICINE & BACHELOR OF SURGERY (MBBS).

Syarat kelayakan belajar:
1) mempunyai minima diploma/stpm/ A level/setaraf
dengannya.
2) anak jati Perak.
3) terbuka juga kepada semua warganegara.


kepada yang berminat, sila klik di link dan daftar segera, pengambilan Julai kini bermula..
http://www.piup.edu.my/

6.02.2012

Exam Fever

Salam..
Sedar xsedar kita dah masuk bukan jun yakni bulan pertengahan bulan rejab..Tinggal sebulan lebih lagi untuk umat islam menyambut bulan mulia dan ditunggu2 oleh orang2 beriman.Insyallah doakan mey tergolong sama walaupun mey tahu hati mey ni sangat rapuh,iman xcukup kuat,tapi mey selalu motivasikan diri supaya cintakan islam sebagai ad-din kita yang utama,insyallah..
Back to topic,exam fever bermaksud minggu ini adalah minggu study week bagi student yg ambik degree di ipta seluruh malaysia.Termasuk jugak usim yg akan mana mey akan memulakan peperangan sebagai pelajar semester 2 pada 11/6..So sebelum itu mey ada beberapa pesanan dan luahan untuk kawan2 mey semua :



  Buat sahabat-sahabat yang mengambil final exam dalam masa terdekat ini, mey mengucapkan semoga menjawab dengan jaya dan semoga sukses ya. Diharapkan kalian akan memperolehi keputusan yang terbaik dan membanggakan..Ikhlaskan hati kita dalam mencari ilmu insyallah dapat pahala.
  Berusahalah menjawab sebaik mungkin kerana inilah masanya kita membuktikan dan menguji kebolehan  sejauh manakah kita memahami apa yang telah diajar.
  Pada yang mengambil final exam diharapkan supaya tidak melupakan perkara yang asas seperti membawa kad pengenalan, slip peperiksaan, kad matrik yang boleh menghalang untuk kita masuk dewan peperiksaan. Seterusnya, menganggu konsentrasi kita untuk menjawab exam. Hanya sekadar mengingatkan saja.
  Ingatlah,result xmenunjukkan kehebatan kita sebagai pelajar,result xmembawa kita ke syurga Allah,result rendah juga xbeerti kita gagal di dunia ini,result rendah juga xbeerti kita ni bodoh, namun berusalah dgn gigih,belajarlah kerana cintakan ilmu,ikhlaskan diri dalam merantau men cari ilmu,tabahkan hati dalam belajar,insyallah result yg gempak itu pasti datang!!Yeahh..Go!go!go!..




Pesan yang seorang guru ” Tiada yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri. Kerana kuncinya ada pada kita”..
Miss BQB 3..Teruskan berjuang pada semua BQB 3 QM..kalau nak tau mey ni memang jenis last minit..huhu..wallaualam..

6.01.2012

Kesombongan Iblis Lebih Kuat Dalam Diri Manusia Kini


“Ana khairun minhu”, saya lebih baik dari dia. Itulah kata-kata iblis ketika Tuhan menanyakan alasan mengapa ia tidak mahu melaksanakan perintah sujud kepada Adam AS. Iblis menambah, “khalaqtani min nar wa khalaqtahu min tin”, Engkau menciptakan aku dari api dan menciptakan dia (hanya) dari tanah. (Surah al-A’raf 12). Itulah kesombongan iblis, merasa diri lebih mulia kerana asal kejadian.
Kesombongan iblis rupanya adalah sebuah penyakit yang juga boleh menular kepada manusia. Bahkan, iblis secara aktif menularkannya kepada anak cucu Adam. Pernyataan dan sikap ana khairun minhu sekarang bahkan lebih banyak digunakan oleh manusia.
Jika iblis merasa diri lebih baik kerana asal penciptaannya, manusia juga dijangkiti kesombongan kerana keturunan seperti itu. Itu sebabnya Nabi Muhammad SAW mengingatkan kita dengan sabda beliau, “Semua kalian berasal dari Adam dan Adam (diciptakan) dari tanah. Tidak ada kelebihan orang Arab dari yang bukan Arab, kecuali kerana takwa, “.
Sabda Nabi tersebut hendak menyedarkan kita agar tidak menjadi angkuh kerana keturunan. Kemuliaan hanya boleh dicapai dengan takwa. “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa,” (QS al-Hujurat: 13).
Lebih mencengangkan lagi, ternyata manusia mengembangkan prinsip ana khairun minhu hampir dalam semua lapangan kehidupan. Dengan prinsip itu, manusia kemudian saling bersaing tidak sihat, saling membenci, saling bermusuhan, saling menjatuhkan, bahkan ada yang sampai saling membunuh.
Ketika manusia memperebutkan sebuah jabatan, misalnya, masing-masing menggunakan jurus ana khairun minhu itu. Pelbagai teknik digunakan untuk mempengaruhi pendapat orang bahawa dialah yang lebih baik. Oleh kerana itu, dia lebih layak untuk dipilih. Sepanduk, pelekat, iklan dan pelbagai macam teknik komunikasi massa digunakan untuk menyatakan ana khairun minhu, saya lebih baik dari dia.
Sebenarnya, untuk meraih prestasi, manusia boleh saja, bahkan dianjurkan untuk menjadi yang terbaik, menjadi the best. Manusia perlu menunjukkan prestasi yang terbaik atau produk kerja terbaik. Tapi, berusaha menjadi yang terbaik tidak sama dengan merasa yang paling baik. Yang pertama adalah sebuah usaha positif, yang kedua adalah sebuah kesombongan.
Lebih berbahaya lagi ketika kesombongan ana khairun minhu itu digunakan oleh seorang penguasa. Ia tidak akan suka dikritik. Ia selalu ingin dipuja-puja. Ia memudahkan hidupnya dengan pelbagai kemewahan. Ia tidak mahu melihat ada orang lain yang lebih unggul yang boleh menggantikan kedudukannya. Ia lalu menggunakan pelbagai cara dan muslihat untuk mempertahankan dirinya.
Demikian sedikit gambaran betapa kesombongan Iblis telah merasuki manusia sehingga menggerus nilai-nilai kemanusiaan. Kesan negatifnya semakin meluas dan merosakkan jika tidak segera disedari. Kerana itu, kita harus sedar dan menyelamatkan diri dari proses dehumanisasi akibat penyakit iblis tersebut. Wallahu a’lam
Sumber: Republika Online – Oleh: Dr Ir Fuad Rumi MS

Kisah Jutawan, Pengasas Bank Yang Memilih Untuk ‘Miskin’


KISAH KEINSAFAN: Jutawan Arab, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.


Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – 
kredit:mynewshub
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...