Salam,,hmm rasanya inilah part last untuk tajuk lailatul qadr sbb xsampai 4hari lagi dah nak raya..Malam ni merupakan malam ke 27 di mana malam ganjil dan seperti yg dijanjikan dalam hadis2 malam ini adalap spot bagi lailatul qadr dari 10 malam terakhir..Namun begitu,janganlah kita cepat mengalah,malam lailatul qadr tiada siapa yg tau,masih bersisa 2hari lg untuk kita sama2 beribadah dgn berqiammullail yakni bgn pada malam hari untuk beribadat..sama2 kita bangun lg untuk 2hari seterusnya..
Malam ni malam ke-27,aku agak terlewat sikit untuk bangun iaitu jam 3.30am..Kelam kabut dibuatnya dengan mandi apa lagi nk kejar ke masjid muhammadi yg lbh kurang 3km dr rumah aku..Memang xsempat la solat full tahajud n taubat bersama imam,nak solat tahiyatul masjid lg..Terus sudah mandi,pecut 150km/jam..Hehe,,nasib baik pakai 125zr,boleh la laju2..habis torbang jubah gue merempit sorg diri nk kejar imam punya pasal..
Tapi Alhamdulilah,sampai je kat masjid,memang cukup ramai orang macam solat terawih,masjid melimpah 1/2 masjid xseperti malam2 sebelumnya selama 6hari aku pergi xde pulak macam malam ni..Bersyukur sgt ramai lg yg cakna untuk mendekatkan diri pada Allah swt..hope lg 2malam semakin ramailah orang yg datang...Percayalah janji Allah swt yg mana malam ailatul qadr adalah lbh baik dr 1000 bulan..So maknanya kalau solat tahajud 2rakaat seperti kita solat 1000x..cuba buat kalau boleh..so marilah kita sama2 manfaatkan ganjaran Allah swt yg dikurniakan hanya kpd umat nabi terakhir dan teragung kita Muhammad..
Aku xnak tulis panjang2,tp rasa memang sebak bila terbayangkan aidilfitri bakal menjelma lagi 4hari..Xpernah lagi aku rasa sedih macam tahun ini,selalunya bila nak raya selalu xsabar,tp bila aku cuba praktikkan untuk selalu dekat dgn Allah baru terasa kehilagan bulan rahmat Allah ini,semakin pendek juga umur aku,semakin dekat kepada kematian..Aku juga berdoa semoga arwah ayahku dilindungi dan bebas dari azab kubur dan neraka dalam setiap doaku..Dulu memang aku masih mentah,xtaw menghargai jasa ayah,tp sekarang sudah dewasa,sungguh cepat masa berlalu..
Dan selalulah muhasabah diri kita dengan mengingat kematian dengan menziarahi kubur2 biala aidilfitri,jangan nak enjoy je..ingatlah satu hari nanti kita sama akan ke sana..mungkin esok?mungkin eksiden?mungkin tiba2 sakit jantung dan mati,jangan ingat hari ini kita sihat kita boleh hidup selama2nya..Ingat,hidup yang kekal abadi hanya di alam selepas mati,samaada syurga atau kubur,biarkanlah sesiapa yg nk riak di dunia ini,nk kaya raya,nk sombong,nak takabur krn mereka xkan ke mana kecuali akan menerima seksa azab neraka yg amat pedih..Kita dgn style kite,eh maknya aku laa..gua rock n gua beriman..
Lepas raya ,semester baru bakal dibuka dan pengambilan pelajar2 baru..Rasa malassssnyaaaa..Tapi sentiasa aku mengingtkan diri bahwa hidup bukan untuk beribadah semata2,kita ada target,target dan amal yg boleh membawa ke syurga..Ya!jom belajar..28ogos da balik usim untuk sambung belajar dan akan jadi senior tahun 2..Hope tahun ni dapat belajar dgn lebih tekun disamping akan selalu mendoakan yg terbaik untuk umat islam..Moga umat islam akan dibekalkan dgn kemenangan..!!Aminn..
~Mey~
coretan malam qiamullail 27-
Aku bukan USTAZ..
Aku bukan DA'IE..
Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..
Semoga Allah MeRedhaI..
Mutiara Kata
8.15.2012
8.13.2012
Lailatul qadr (part 2)
| Hidup memerlukan pengorbanan |
Alhamdulillah sudah masuk hari ke 6 untuk sepuluh malam
terakhir ,dan aku masih diberikan kesempatan untuk beribadah di malam2 rahmat
ini untuk mendapatkan satu malam yg sangat istimewa yang mana akan diberikan
ganjaran yang cukup lumayan kpd sesiapa yg menghidupkan malam tersebut..Tapi
utk mendapatkan malam tu bknnyamudah,perlukan pengorbanan ,kesabaran ,ketabahan
,dan kecekalan..Yeke??Haha,dah merasa pn bgn kul 3,pergi mandi,start moto dan
pergi masjid muhammadi..sejokk..Nasiblaa xda kereta cam aku ni..
Yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan!Jomm hidupkan malam-malam penghabisan ini..Yela mana tahu ni adalah sisa hidup terakhir.Dapat juga banyak amalan kan..
Jika berqiam,banyak yang aku minta dari maha pencipta kita,dan semakin lama semakin aku yakin bahwa tidak perlu mengadu pada orang dah kesusahan kita,keperluan kita,jika kita rapat dengannya..Faham x aku tulis ni??Hehe..Maksudnya,aku rasa sangat hepi dan xperlu nak cerita masalah2 aku kat org lain,memang lps qiam tu ada satu semangat,iaitu semangat yakin dalam diri,semangat ingin teruskan hidup berlandaskan biah islamiah..
Ok,Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.Boleh praktik ek..
Ok aku nak kongsikan beberapa tip dari web ILuvIslam..
Tips
Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul
Qadar :
1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi
keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender
harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu
semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan
kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada
Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada
gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan
hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan
untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan
AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir
agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah
tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari
yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika
anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid
sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja
rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10
malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak
disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak
disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih,
menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku
pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam
terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada
seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri
masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh
turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah
menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh
rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
8.10.2012
Lailatul qadr (Part 1)
Lama tak update blog,dah usang rupanya..Semenjak habis semester 2 di usim,terus xpeduli blog,al-maklumlah buat blog untuk markah jer..Hehe...So rasa gatal tangan pulakk nk coret sikit hari ni sempena masuknya 10malam terakhir sudah..Hari ini 22ramadhan,so malam kedua untuk qiam...
Nekad aku kali ini untuk bangn 10 hari berturut2 dan nk dijadikan cerita,malam pertama (eh jgn pikir malam pertama ada satu makne jer ok) of 10malam terakhir,aku pon plan la dgn BFF aku Mavardi untuk stay of the night memandangkan malam tu juga hari Sultan Kelantan buat qiam with me at istana negeri..
Bermulalah stay at my home with mavardi,lepas berbuka jer mawardi came at home at 8pm,then goim to Masjid saadatul ikhwan,penambang untuk solat isyak dan terawih..Masjid ni agak lenggang sikit disebabkan masjid berada di dalam kampung so xde orang nk berkunjung sangat ke masjid ni mungkin sebab ramai xkenal kot,atau mungkin ramai yang malas??
Sudah solat terawih 8rakaat,terus la bergerak ke istana kat kubang kerian yg memakan masa 15minit dari masjid saadatul ikhwan..Plan2 nak solat tambah lagi 8rakaat,sebab kat sana buat jam 10pm..Sampai2 jer kat istana terus masuk,round2 n balik..Hak2,lucu amat,xsolat n trus balik sebabnya ramai sgt org sampai melimpah kat luar..Da xboley masuk daa,kena solat kat luar so aku nekad balik rumah n nk lawan Dota dgn mawardi..
Sampai jer kat rumah trus main Dota sampai jam 4am,habis dekat 6match..Wakakaka..Memang kusyuk habis main dota sampai terlupa apa benda,walaupon lawan berdua tp ia mengeratkan silaturrahim antara kami...hoho..
So masuk jam 4am,trus bergerak ke masjid muhammadi utk qiamulalil sampailah 5am n balik rumah..sampai rumah sahur n sambung dota bali then solat subuh then sambung dota balik..sampai la jam 8am mawardi balik rumah..haha..Enjoy the day..
Nekad aku kali ini untuk bangn 10 hari berturut2 dan nk dijadikan cerita,malam pertama (eh jgn pikir malam pertama ada satu makne jer ok) of 10malam terakhir,aku pon plan la dgn BFF aku Mavardi untuk stay of the night memandangkan malam tu juga hari Sultan Kelantan buat qiam with me at istana negeri..
Bermulalah stay at my home with mavardi,lepas berbuka jer mawardi came at home at 8pm,then goim to Masjid saadatul ikhwan,penambang untuk solat isyak dan terawih..Masjid ni agak lenggang sikit disebabkan masjid berada di dalam kampung so xde orang nk berkunjung sangat ke masjid ni mungkin sebab ramai xkenal kot,atau mungkin ramai yang malas??
Sudah solat terawih 8rakaat,terus la bergerak ke istana kat kubang kerian yg memakan masa 15minit dari masjid saadatul ikhwan..Plan2 nak solat tambah lagi 8rakaat,sebab kat sana buat jam 10pm..Sampai2 jer kat istana terus masuk,round2 n balik..Hak2,lucu amat,xsolat n trus balik sebabnya ramai sgt org sampai melimpah kat luar..Da xboley masuk daa,kena solat kat luar so aku nekad balik rumah n nk lawan Dota dgn mawardi..
Sampai jer kat rumah trus main Dota sampai jam 4am,habis dekat 6match..Wakakaka..Memang kusyuk habis main dota sampai terlupa apa benda,walaupon lawan berdua tp ia mengeratkan silaturrahim antara kami...hoho..
So masuk jam 4am,trus bergerak ke masjid muhammadi utk qiamulalil sampailah 5am n balik rumah..sampai rumah sahur n sambung dota bali then solat subuh then sambung dota balik..sampai la jam 8am mawardi balik rumah..haha..Enjoy the day..
8.07.2012
Kisah 2 orang sahabat..(◕‿◕)
Sahabat 1: Bila awak nak kahwin? Dah ada calon?Sahabat 2: Wallahua'lam.. Alhamdulillah, saya dah ada calon cuma belum bertemu lagi..Sahabat 1: Kenapa tak bertemu lagi?Sahabat 2: Allah belum izinkan..
Sahabat 1: Apa maksud awak sebenarnya? (keliru)
Sahabat 2: Alhamdulillah, saya memang dah ada calon cuma
Allah belum izinkan untuk saya bertemu dengannya.. jodoh saya Allah telah
tetapkan sejak azali lagi..
bila masanya telah tiba, dia akan datang ke rumah saya
menyunting saya saebagai isterinya yang halal..
Sahabat 1: Awak tak risau ke, tak kenal, tiba-tiba saja nak
nikah..
Sahabat 2: Tak perlu risau.. janji Allah itu kan pasti..
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya.. jika kita
nakkan sebuah rumah tangga yang diberkati, peliharalah ia dari awal lagi..
"Jika kamu bercouple 20 tahun sekalipun, kamu tidak
akan mengenal dia (pasangan kamu), yang kamu kenal hanyalah lakonannya..
~Imam Hassan al-Banna)
Alhamdulillah, ibu ayah saya dulu pun tak pernah bercinta
dan tak pernah kenal antara satu sama lain..
Alhamdulillah, rumah tangga mereka bahagia dan dikurniakan
anak-anak yang soleh dan solehah..
Sahabat 1: Tapi, bukan senang nak jaga hati.. yela, orang
perempuan ni kan mudah cair dengan kata-kata manis lelaki...
Sahabat 2: Pesan seorang murabbi saya, kita yang hidup di
zaman moden ini hanya diuji dengan ujian yang sedikit, ujian 'perasaan',
sedangkan zaman nabi dahulu, srikandi-srikandi islam mereka diuji dengan ujian
yang begitu berat.. seperti, Sumayyah dan isteri nabi Ismail, Hajar.. tapi,
mereka tak pernah mengeluh..
Sahabat 1: Diorang lain, kita lain..
Sahabat 2: Kita semua sama sahaja.. yang membezakan kita
adalah sejauh mana tahap ketaqwaan kita kepada Allah..
Sahabat 1: Bukan senang..
Sahabat 2: Saya pun pernah terjatuh dulu tapi saya tak
pernah menyerah kalah.. bangkitlah semula.. kembalilah kepada Allah..
tanamkanlah dalam hati ini rasa cinta dan takut pada Allah.. dengan mengingati
Allah, hati akan menjadi tenang.. jadilah seperti srikandi islam, Rabi'atul
Adawiyah, agung cintanya pada Allah..
Sahabat 1: Jauhnya saya tersasar..
Sahabat 2: Jangan risau.. awak masih ada masa lagi untuk
kembali kepada Allah..
mengadulah padanya.. semakin jauh kita meninggalkan Allah,
semakin dekat Allah dengan kita sebenarnya, malah Dia mahu kita kembali dan
mengadu kepada-Nya..
Carilah teman-teman solehah yang boleh membantu mendekatkan
diri awak kepada-Nya.. jangan disiakan usia muda kita dengan perkara yang
sia-sia..
Sahabat 1: Mulianya hati awak.. sebenarnya, saya malu dengan
awak..
Sahabat 2: Kita kan dah lama bersahabat.. Tak perlu rasa
malu dengan saya..
Saya insan biasa juga macam awak, selalu melakukan kesilapan
tetapi saya cuba bangkit dari kesilapan yang pernah dilakukan..(◕‿◕)
(¯`•.ღ Aku MENASIHATIMU sahabat bukanlah bermakna aku telah menjadi
HAMBA Allah YANG TERBAIK tetapi sememangnya dalam kehidupan ini, kita perlu
saling BERPESAN ke arah KEBENARAN DAN KEBAIKAN.. bukankah kita sama-sama ingin
BERPIMPIN TANGAN ke syurga Allah? Mari sahabat, izinkan aku MEMEGANG ERAT
TANGANMU, sama-sama kita menuju mencari REDHA ILAHI.. ♥♥
Saidatina Aisyah r.a berpesan: "sebaik-baik wanita
adalah yg tidak memandang & tidak dipandang". Jangan kau berasa bangga
dengan kecantikan mu sehingga kau dikejar jutaan lelaki, itu bukan kemuliaan
bagimu. Jika kau berasa bangga, kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,
yang boleh dipijak & dimiliki sesiapa saja. Muliakanlah dirimu dngn taqwa,
setanding mutiara zabarjad, yang mampu dimiliki penghuni syurga.."
♥Allahu Allah..♥
8.02.2012
6.25.2012
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji
Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)
Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-
Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.
Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN. Firman Allah :
(وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)
Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)
Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.
Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.
Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.
Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :
وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)
Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.
Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman
Fathul Bari menolak demokrasi Dr yusof Qardawi.
Komen Hilal Asyraf :
Tempoh hari, saya tonton di Youtube, Ustaz Fathul Bari
menjawab soalan penonton. Penonton bertanya: "Apakah Ustaz menolak fatwa
Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengharuskan demonstrasi?"
Ringkasnya kepada jawapan Ustaz Fathul Bari, dia kata bahawa
dia menolak fatwa itu, dan tidak bersetuju dengan pandangan-pandangan Dr Yusuf
dalam isu politik dan pemerintahan. Kemudian Ustaz Fathul Bari kata, Dr
Yusuf ni seakan-akan khawarij, yang menentang pemerintah Islam yang sah.
Ustaz Fathul Bari kata.
Kemudian Ustaz Fathul Bari kata bahawa tidak kiralah pemerintah itu naik macam mana sekalipun, baik dengan rampas kuasa, bunuh orang, demokrasi dan sebagainya, kita sebagai rakyat wajib taat dan sayanginya. Tak boleh nak jatuhkan dia.
Video tersebut boleh ditonton di sini:
Kemudian Ustaz Fathul Bari kata bahawa tidak kiralah pemerintah itu naik macam mana sekalipun, baik dengan rampas kuasa, bunuh orang, demokrasi dan sebagainya, kita sebagai rakyat wajib taat dan sayanginya. Tak boleh nak jatuhkan dia.
Video tersebut boleh ditonton di sini:
http://www.youtube.com/
watch?v=8IE8n4nWvSU
Baiklah. Oleh kerana Ustaz Fathul Bari tidak kisah macam
mana sekalipun seorang pemimpin itu naik, dan menyatakan betapa 'ahlu sunnah'
mendidik agar kita menyemai cinta dan kasih sayang kepada pemimpin yang
memerintah walau macam mana pun perangai dan sikap dia, maka saya suka Ustaz
Fathul Bari dan rakan-rakan, menghormati pemerintah Mesir yang ada pada hari
ini.
--------------------------
Maka tak bolehlah ILMU nak kata Ikhwaanul Muslimin sesat,
Yusuf Al-Qaradhawi tak betul, revolusi tak patut dan sebagainya.
Saya harap, mereka consider banyak perkara lepas ini dalam
bab nak cakap itu ini pada IM dan ahli-ahlinya.
Cukup-cukuplah kan?
^^
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Komen Mey..Fikir2kan lah sendiri..
6.23.2012
Kenangan Setahun di usim
Video ini mey buatkan khas untuk mengingati kenangan terindah selama setahun di usim..^_^
KK1 in momories..
Assalamualaikum..
Lama pulak rasa xupdate sal diri sendiri,malam ni fell free to update Kolej kediaman 1 yg telah menjadi penginapan mey selama setahun lamanya,selama study kat usim ni,kk1 lah menjadi tempat stay..p mai p mai,sedar xsedar mey da nak masuk untuk jadi siswa tahun 2 la plk..bakal ada junior degraa la next sem...
Cepat masa berlalu,satu sem,dua sem..Bagaikan sehari dua pulak rasanya..Dalam keadaan diri semasa d kk1 dulu selalu mencemuh,tetapi ada satu part yang paling xdapat luput di ingatan,iaitu ukhuwah yg terbina antara housemate,bilik ke bilik,aras ke aras..
Tak nak tulis panjang2,just ingin mengingat kembali yang insyallah xakan luput selamanya..
~Mey~
Lama pulak rasa xupdate sal diri sendiri,malam ni fell free to update Kolej kediaman 1 yg telah menjadi penginapan mey selama setahun lamanya,selama study kat usim ni,kk1 lah menjadi tempat stay..p mai p mai,sedar xsedar mey da nak masuk untuk jadi siswa tahun 2 la plk..bakal ada junior degraa la next sem...
Cepat masa berlalu,satu sem,dua sem..Bagaikan sehari dua pulak rasanya..Dalam keadaan diri semasa d kk1 dulu selalu mencemuh,tetapi ada satu part yang paling xdapat luput di ingatan,iaitu ukhuwah yg terbina antara housemate,bilik ke bilik,aras ke aras..
Tak nak tulis panjang2,just ingin mengingat kembali yang insyallah xakan luput selamanya..
~Mey~
| Faiq..Roomate yg rajin study..Rajin jgk main pes |
| Asyraf..Seorg yg sumbak,gewe ramai..hahaha..pade muko |
![]() |
| Firdaus..Seorg yg femes..haha |
Video ini adalah kenangan terakhir yg mey buat dalam bilik..hehe
6.22.2012
Video Lagu Best Giler!!
Assalamualaikum..
Hari ni nk post entri yg saja2 suka2,yg mana xberniat untuk kita lalai beribadat kpdNYA..
Sekadar hiburan setelah lama jugakla Mey stress final exam..26/6 ni ada last paper,tinggal 6hari lagi..masih lagi banyak masa lagi kot..hehe..
Sekali lagi diingatkan supaya tidak lali beribadat kpd Allah,mengingtkanNya selalu..
Video ini sebagai hiburan sampingan semata-mata..
Pasti kamu tertanya-tanya apakah video terbebut kan?
Video ini adakah video yang Mey minat tau,recommand dari Thakif,housemate Mey..
Memang unik,kerana video lagu ini dihasilkan dengan hanya menggunakan nada suara dari anak tekak..Pelik kan?Tiada gitar,tiada drum,tiada piano,tiada bass,tapi bileh menghasilkan video lagu yang mempunyai kualiti sama taraf dengan yang biasa kita dengar..Dihasilkan seorang yang berbakat luarbiasa,namanya Mike Tompkins..Banyak video2 yang beliau hasilkan..so enjoy!!!
p/s: sekali dengar pasti dengar lagi..hehe
Hari ni nk post entri yg saja2 suka2,yg mana xberniat untuk kita lalai beribadat kpdNYA..
Sekadar hiburan setelah lama jugakla Mey stress final exam..26/6 ni ada last paper,tinggal 6hari lagi..masih lagi banyak masa lagi kot..hehe..
Sekali lagi diingatkan supaya tidak lali beribadat kpd Allah,mengingtkanNya selalu..
Video ini sebagai hiburan sampingan semata-mata..
Pasti kamu tertanya-tanya apakah video terbebut kan?
Video ini adakah video yang Mey minat tau,recommand dari Thakif,housemate Mey..
Memang unik,kerana video lagu ini dihasilkan dengan hanya menggunakan nada suara dari anak tekak..Pelik kan?Tiada gitar,tiada drum,tiada piano,tiada bass,tapi bileh menghasilkan video lagu yang mempunyai kualiti sama taraf dengan yang biasa kita dengar..Dihasilkan seorang yang berbakat luarbiasa,namanya Mike Tompkins..Banyak video2 yang beliau hasilkan..so enjoy!!!
p/s: sekali dengar pasti dengar lagi..hehe
6.16.2012
I'm watch
Dulu mey pernah post android Watch sal sebuah jam android yang mempunyai kemmapuan sperti telefon biasa..Kini layan pulak videonya..canggih betol..Hope boleh dapat satu hari nanti..
6.14.2012
Ramadhan 1434H-Platfom untuk berubah (kisah perubahan)
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, Ramadan sudah ingin memasuki tahun 1434H..
bermula hari ini, 67hari lagi kita akan memasuki gerbang Ramadhan iaitu bulan yang penuh mulia.Mey doakan semua akan diberi peluang untuk berjumpa Ramadhan.
Dan mudhn2 Ramadhan yg
telah berlalu diisi dgn sebaiknya dan ramadhan yg dilalui akan dimanfaatkan
sebaiknya... amin~~
~Jadikan Ramadhan
platform perubahan.~
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang
Ya Rabbi,
lembutkanlah
hati-hati hambaMu yang membacanya
amin~
moga Allah
redha dengan perkongsian ini~
*************
'sejak
bila wei dia jadi macam tu?' ,
'tiba-tiba
je ni, ke mata aku yang rabun sekarang ni'
'betul
ke tu Aisyah?macam ustazah la pulak.'
di
hadapan mereka, Aisyah sedang melangkah ke arah mereka sambil mengukir
senyuman,
'Assalamualaikum
Siti, Mia' Aisyah masih mengukir senyuman buat sahabat kesayangannya.
dia
tahu penampilannya tika itu pasti mengundang rasa pelik dan penuh persoalan
dari kedua kawan karibnya itu,
apa
tidaknya, sebelum sebulan cuti yang jatuh pada bulan Ramadhan, dia seorang yang
bergaya, pakai selendang, baju vogue, dengan baju ikut curve body, legging dan
heals.
selepas
Ramadhan? penampilannya berubah terus!
bertudung
labuh, berjubah, memakai kasut, sejuk mata memandang, aurat terpelihara ditutup
sempurna.
'waalaikumussalam,
kau ni kenapa Aisyah? lepas bulan puasa terus berubah, asal?tak nak kawan
dengan kitorang lagi ke?'
'yelaa
kami ni sape la kan, tak adalah macam kau sekarang ni, ko ada join apa2 ke
ni???'
'Siti,
Mia, aku tetap kawan korang sampai bila-bila tao!' Aisyah terus meluru memeluk
mereka berdua.
doanya
di hati, 'Ya Allah, telah Engkau kurniakan diri ini taufiq dan hidayahMu,
lembutkanlah hati-hati insan yang aku kasihi ini ya Allah,
moga
kami kan kekal bahagia hingga ke syurgaMu, amin~'
*************
Penghijrahan...
Barangkali
peristiwa di atas berlaku bagi sesiapa yang mahu berhijrah dari kegelapan
kepada cahaya yang sarat dengan keimanan, mungkin ada yang mencerca, ada yang
pelik, ada yang takjub 'macam mana la dia boleh ada kekuatan nak pakai baju
macam tu'. mungkin biasa juga dengar, perkataan 'kolot' 'old fashion', 'tak
sesuai pakai zaman ini dan pelbagai lagi tomahan yang dikenakan bagi
insan-insan terpilih yang diberi hidayah dari Allah S.W.T.
alhamdulillah.
kemudian
dari sisi yang satu lagi, bagi insan-insan yang sudah mempunyai kesedaran untuk
berubah, ada sesuatu yang membuatkan mereka takut untuk berubah. Ada sesuatu
yang menghalang mereka untuk mempraktikkan pula kesedaran yang timbul di hati
mereka.
'famili
aku boleh terima ke perubahan aku ni?'
'mesti
kawan-kawan aku pelik nanti aku tiba-tiba berubah pakai macam ustazah'
'boleh
ke aku kekal baik macam ni, macam-macam dah aku buat dulu, boleh ke aku jadi
baik'
'Allah
boleh terima aku ke?macam-macam dah aku buat dulu,'
alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
bukan
semua insan dianugerahkan rasa kesedaran dan keinsafan yang membuatkan
insan-insan ini mahu berubah dari kepekatan arus jahiliyah kepada golongan
minoriti yang memperjuangkan Islam berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Mereka akan
dianggap asing, pelik dan tak kurang juga, ada yang mengatakan pemakaian yang
menutup aurat dengan sempurna itu tidak relevan untuk dipakai di zaman serba
moden ini. bagi yang dikurniakan kesedaran dan kefahaman untuk berubah
memperbaiki diri menjadi lebih baik, jangan tangguh-tangguhkan pelaksanaan dan
mempraktikkan keindahan Islam itu dalam kehidupan seharian.
Rasulullah SAW bersabda:
“Islam telah bermula dengan dagang dan
ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia
dagang.”
- Hadith Riwayat Muslim
Mungkin
dulu, aurat tidak dijaga dengan sempurna, pakai tudung pendek tak tutup dada,
pakai tudung bawal yang jarang nampak leher, memakai baju yang singkat tidak
menutupi punggung, pakai jeans ketat, pakai legging, tak menutup kaki yang juga
merupakan sebahagian bagi aurat seorang perempuan,
mungkin
dulu suka mencaci maki, suka marah-marah, suka menghentam orang lain, malas
belajar
Kini,
kesedaran itu hadir, rasa yang hadir untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik.
memperbaiki diri untuk menjadi seorang hamba Allah.
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian
al-Kitab dan ingkar dengan sebahagian yang lain? Tiadalah balasan orang yang
berbuat demikian daripada kamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan
di Hari Akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak
lengah daripada apa yang kamu perbuat.” - Surah al-Baqarah: ayat 85
Ujian mengiringi perjalanan kehidupan.
Pabila
seseorang itu mahu berubah, ia memerlukan keazaman dan kesungguhan yang utuh,
selepas berubah perlu menghadapi kecaman orang-orang disekeliling pula. Ada
yang mencerca, ada yang menghina, ada yang menjauhkan diri, dipulaukan dan
terasa hidup amat amat kosong. Tiada tempat mengadu, tiada teman berkongsi
sedih, tiada sesiapa yang memahami. tetapi ketahuilah ,bahawa Allah sentiasa
memerhati, tiap masa dan ketika, sentiasa bersama kita, tidak pernah
meninggalkan kita walau sesaat sekalipun, ketahuilah segala ujian dan dugaan
itu adalah tarbiyah dari Ilahi yang ingin memandu diri agar terus kekal di atas
jalan yang diredhai.
berputus
asa?kembali ke masa lalu?pekat dengan jahiliyah, diri berbangga dengan dosa,
pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan?
tidak.tidak.tidak.
"Wahai orang-orang yang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikuti
jalan-jalan syaitan.”
- Surah al-Baqarah: ayat 208.
walau
jalan yang dipilih ini penuh duri, mengalir mutiara-mutiara kaca saban hari,
pedih ditindas dan di hina, terasing, dipulaukan atau kehilangan, jangan
sesekali berpatah balik ke masa lalu. ketahuilah Allah bersama kita saban hari
tiap waktu untuk membantu kita membina jati diri sebagai seorang mukmin yang
sejati.
setiap
ujian dan dugaan yang melanda kita, adalah tarbiyah dari Ilahi untuk kita
memperbaiki diri sebagai seorang hamba kepada Allah S.W.T. bukannya hamba
kepada nafsu diri, bukan juga hamba kepada syaitan segala ajakannya kita
turuti, segala kehendak nafsu kita penuhi, bagaimana pula dengan kehendak Allah
S.W.T? adakah kita telah memenuhi dan mensyukuri segala nikmat pemberianNya?
sentiasa bertaubat kepadaNya?dimana kita letak DIA di hati kita?adakah dengan
meletakkan nafsu dan ajakan syaitan di depan, Allah kita abaikan? nauzubillah.
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu
akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti
yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka
telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta
digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan
orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan
Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu
bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). Surah Al-Baqarah: 214
Manfaatkan Ramadhan sepenuhnya.
Jadikan
Ramadhan kali ini satu platform untuk merubah diri, membuang segala karat
jahiliyah yang masih melekat pada diri
rebut
peluang sebaiknya, jangan biar Ramadhan berlalu sepi, kerna mungkin ini adalah
Ramadhan terakhir buat kita.
Ertinya: "Hai orang-orang yang beriman!
Diwajibkan atas kamu mengerjakan puasa, sebagaimana telah diwajibkan kepada
orang-orang yang terdahulu dari kamu, supaya kamu bertaqwa (terpelihara dari
kejahatan). " (Al-Baqarah: 183)
Mari
sama-sama kita renungkan, fikir-fikirkan, atas sebab apa Allah jadikan kita di
muka bumi, atas sebab apa kita berjalan di bumiNya, menghirup nafas tiap hari,
waktu siang kita bekerja, malam kita berehat, adakah ini semua satu kitaran
hidup atau satu keterbetulan hidup?
adakah
kita ini dijadikan secara kebetulan?terjadi dengan sendiri dan hiduplah ikut
kehendak hati, begitukah?
pengakhiran
hidup yang bagaimana kita mahukan?
penilaian
apa yang kita perlu utamakan?
neraca
hidup yang mana kita gunakan?
jika
ditakdirkan esok kita mati,
bersediakah
kita mempersembahkan amalan kita kepada Ilahi?
sudah
cukupkah kebaikan yang dilakukan untuk menutupi dosa-dosa lalu?
sudah
lunaskah segala hutang piutang di dunia?
MATI
itu pasti berlaku
bagaimana
persediaan kita untuk menghadapi kematian?
bersediakah
kita untuk bertemu Yang Dicintai?
mari
sama-sama kita muhasabah diri kembali
tundukkan
hati tundukkan nafsu
moga
kita kan mampu merasa kerdil diri sebagai seorang hamba Ilahi
insyaAllah
amin~
~niatkan
segala perubahan yang ingin dilakukan hanya keranaNya dan bukan kerana manusia
kerna manusia pasti kan mati jug diakhirnya meninggalkan kita~
Pernahkah anda jatuh berkali-kali?
Di samping paper bisnes final exam semester 2 esok,mey nak
tulis sedikit perkongsian untuk direnung bersama insyallah..
Siapakah yang dirinya tidak pernah jatuh dalam dosa?
Semua di antara kita pernah jatuh di dalam dosa. Tidak ada
yang maksum antara kita melainkan Nabi-nabi dan Rasul-rasul yang diutus oleh
Allah sahaja.
Kita semua? Semua kita pernah berdosa. Baik kita adalah
seorang ulama’, seorang guru, seorang syeikh,seorang perdana menteri atau siapa
saja kita ini, kita pasti pernah tersilap dan melakukan dosa. Kita tidak suci
dari dosa.
Namun, walau sebesar apapun dosa yang kita lakukan, kalau
kita ingin kembali dan bersihkan diri kita, maka Allah tidak pernah melihat siapa
kita, alimkah kita, apa kedudukan kita, pandaikah kita, anak rajakah
kita,pengemiskkah kita, atau apa jua keadaan kita dulu.
Kalau kita benar-benar ingin kembali dan bersihkan diri,
maka kembalilah dan janganlah ditangguh-tangguhkan lagi.
Pohonlah padanya,pintalah dengan bersungguh-sungguh dengan
harapan DIA akan menyampunkan kita.Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha
Penyayang.
Mey nak petik kata-kata Hilal Asyraf
BERKALI-KALI TAUBAT, ADAKAH SAYA MEMPERMAINKAN ALLAH?
Kita ini manusia. Itu perlu diakui. Ada masa-masa kita kuat,
ada masa-masa kita lemah. Iman kita ada pasang surutnya, ada turun naiknya.
Mungkin bila kita terasa diri kita kuat, maka kita dapat melakukan kebaikan
lebih banyak dari biasa. Tetapi, bila kita mula jatuh dalam kelemahan, kita
terasa begitu susah sekali untuk melakukan walau satu kebaikan.
Bahkan, kita terasa lebih mudah pula terdorong untuk
melakukan kejahatan dan kemaksiatan. Bukanlah itu keinginan dan kemahuan kita.
Jauh di dalam hati kita, kita sebenarnya tidak mahu dan tidak rela untuk
melakukan dosa dan kemaksiatan itu.
Tetapi, seringkali, iman kita tertewas dengan nafsu dan
pujukan syaitan menyebabkan kita terjatuh dan terjerumus dalam dosa.
Kita tahu kita telah tersilap dan mahu berubah, maka kita
bangun dan bertaubat. Kita bersihkan diri, kita istighfar dan minta keampunan
dari Allah, di tengah keseorang kita mengalirkan air mata menangisi kesilapan
kita kerana telah menjerumuskan diri dalam dosa. Jauh di sudut hati kita
berbicara, kita bukanlah sengaja mahu melakukannya. Tetapi, seringkali jiwa
kita kalah dengan godaan-godaan dunia menyebabkan kita tidak mampu melawan dan
akhirnya kita terjatuh sekali lagi ke dalam lubang kebinasaan.
Kita bertaubat lagi, tetapi untuk kali kedua dan kali yang
seterusnya, kita terasa seperti mempermainkan Allah. Kita rasa seolah-olah kita
telah mengambil kesempatan terhadap peluang kehidupan dan peluang taubat yang
disediakan oleh Allah s.w.t. dengan menggunakannya untuk melakukan kejahatan
dan kemaksiatan sekali lagi.
Kadang, rintihan kita terasa tawar rasanya kerana kita
seolah-olah merasakan sudah kehilangan keikhlasan dan seperti mempermainkan
Allah.
Tetapi, sebenarnya tidaklah begitu.
Fikir-fikirkan lah..Dengan kudrat yang
ada..Pohonlah,pintalah..Wallahualam
6.09.2012
Kisah anak paderi memeluk Islam (WAJIB BACA)
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri.
Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program.
Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang
tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang
kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka.
berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami
hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.
Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan
beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan
intelek.Hasilnya kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan.
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.Sewaktu Tingkatan 3
saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih
dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat
A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil
pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak
mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam
bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya (saya panggil cikgu).
“cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh
ke saya kerumah cikgu…” Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan
kerumah ustaz itu.
Saya katakan “cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan
atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya”. saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;
- Mengapa orang Islam sembah ka’abah
- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi,
Kristian dan Islam adalah agama langit.
- Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman
Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam
suka peperangan.
- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang
asalnya.
Yang menghairankan,Ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya
dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara tepat.
- Apakah boleh manusia (paderi) mengampunkan dosa manusia
lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.
Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang
paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya
juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz
itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa ‘orang malaya’ datang ke rumah.
Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu.
Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya
memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.
Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah.
Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan.Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka.
Saya meronta-ronta.Disamping itu saya dapati yang berjubah
hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya
meronta-ronta, saya terjaga. Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada
ditepi saya dan berkata,” mengapa Johanis….awak mengigau….”
Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,”Cikgu Islamkan
saya………”.Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu.
Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.
Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di
rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu.Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu
senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup
keatas.
Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang.
Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak
mengajar di Sabah .
Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara
kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah
saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..6
tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat
sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama
Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak
sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak
berdakwah pun merungut duit over time.Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya
jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai
memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin
dengan kualiti bukan kuantiti saja.
Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan
belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah.saya sayang emak.saya sayang
adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.
Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan
adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita…….. Ayah saya menganut Agama Islam.
Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis
dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah….saya terus menangis…saya pejamkan mata…saya bayangkan ayah
dihadapan…saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama……..Ya Allah
betapa agungnya kekuasaanMu….
Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut
dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.
Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah.Kita
berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian
dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa
kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya
dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan
beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas.Dia boleh
sergah saya,”You apa tahu… Islam pun baru setahun jagung…..”
Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap
pendakwah Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa
itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam.Saya kumpulkan semula
kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan
derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh
puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam.
Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit
polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri
menyulitkan saya.
Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak
ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak
belajar Islam….jatuh cinta…lalu dimurtadkan…ada yang pura-pura masuk Islam….dan
dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di
Universiti Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja.
Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan
kalau ada saudara kita terminum ‘Holly Water’.
Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City . Dijampi oleh
paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. Kalau
terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x,
dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.InsyaAllah
mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
Wallahu’alam….
Kiriman: HambaAllah
Untuk lebih tepat lagi mengenai kisah ini, saksikan ceramah
beliau. Dibawah ini video ceramahnya – Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz
Bahagian:
1 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
2 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
3 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
4 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
5 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
6 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
7 – Kisah Ustaz Mohd Farhan Abdullah Al-Hafiz Memeluk
Islam (Klik Disini)
Perkongsian: Buat pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS
Bagi yang sedang bercinta / jatuh hati pada seseorang tapi xmampu nak berkahwin, ini untuk kita. (Eh?!)
1. Saya dah ter`jatuh’ hati kat die laa… camno ni?
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu”. (Surah An-Nur: 32)
"Nikah adalah sunnahku (jalan agamaku), maka barangsiapa yang cintakan agamaku hendaklah dia menjalankan sunahku itu”. (Riwayat Abu Ya’la dari Ibnu Abbas)
“Berkahwinlah supaya kamu menjadi ramai, bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan segala umat pada hari kiamat hingga dengan anak yang gugur dari perut ibunya”. (Riwayat Abu Bakar bin Mardawiyah dari Ibnu Umar)
2. Aiyaak, tapikan saya x cukup duit la nak kawin.. huhuhu
“Dan orang-orang yang tidak mampu kahwin hendaklah menjaga kesucian (diri)nya, sehingga Allah memampukan mereka dengan karunia-Nya”. (Surah An-Nur : 33)
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud: “Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekelian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, kerana sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu”.
3. Memang saya xcukup duit / xmampu nak kahwin, tapi kalau saya diam je, nanti kena “kebas” lak ngn
org lain.…melepas la saya nanti T_T
Musa berkata kepada kaumnya: "Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa." (Surah Al-A’raf : 128)
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa” (Surah Al-Hajj : 40)
“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Surah Al Insyirah : 5-6)
Dikisahkan ketika tiba musim untuk memetik buah tamar, para sahabat r.a tidak sempat untuk memetik buah tamar kerana panggilan jihad daripada Rasulullah S.A.W. Lantaran itu, mereka meninggalkan kebun tamar mereka tanpa dipetik. Setelah berbulan mereka pergi berjihad, alangkah gembiranya hati mereka kerana Allah S.W.T masih lagi memelihara buah tamar mereka seolah-olah mereka meninggalkan kebun mereka semalaman.
Jika tentang kisah tamar Allah mampu memelihara, bagaimana pula tentang orang yang kita minat? Bertaqwa kepada-Nya, nescaya Allah juga mampu pelihara dia untuk dijadikan dia sbg jodoh kamu..
4. Tapi saya daa syok abes kat dia.. I can’t live without him/her..
“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Surah An-Nur : 30)
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama itu), maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. (Surah Al-Jatsiyah : 18)
“Orang yang berjihad itu ialah mereka yang berjihad menentang nafsunya”. (Riwayat Bukhari)
5. Ala.. saya bercinta bukan selalu pon dapat jumpa dia.. dia duduk jauh.. kite orang xpernah pon berdua2an…
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk”. (Surah Al-Isra : 32)
“Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis. Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik karena Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”. (Musnad Ahmad)
“Mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia”. (Riwayat Bukhari Muslim)
6. Tapi saya bukan hensem/ lawa mana pun, saya pun risau saya xde jodoh.. saya rasa cuma dia seorang je yang boleh terima saya..
“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Surah Yasin : 36)
“Dan Yang menciptakan semua yang berpasang-pasangan dan menjadikan untukmu kapal dan binatang ternak yang kamu tunggangi”. (Surah Az-Zukhruf : 12)
“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang”. (Surah Ar-Rum : 21)
7. Rasa macam susah jek nak cari jodoh.. give up lah saya camni!
Abdullah Ibnu Mas’ud pernah berkata : “Seandainya umurku hanya tinggal 10 hari sahaja untuk aku hidup, nescaya yang ku sukai ialah berkahwin supaya aku tidak menemui Allah s.w.t. (mati) dalam keadaan aku bujang”.
Dari Aisyah r.a. dari Rasulullah s.a.w., baginda telah bersabda : “Barangsiapa yang mempunyai keluasan rezeki hendaklah berkahwin”. (Riwayat Ibnu Majah.)
Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Barangsiapa yang tidak beristeri kerana takutkan kepapaan maka dia bukan dari golongan kami”. (Riwayat Abu Mansur Al-Dailami)
Duhai pemuda pemudi siswa siswi IPTA IPTS sijil diploma ijazah master PHd. Kesimpulannya :
Cinta itu fitrah manusia, tapi jangan dijadikan ianya alasan untuk kita bercinta tanpa batasan. Kalau mampu, segera lah berkahwin… lepas kahwin nak layan sangat perasaan cintan tuh tiada siapa nak halang..Kalau x mampu, tiada cara lain, didiklah diri agar nafsu tidak mempengaruhi diri ini.. berdoalah kepadaNya dan pintalah, kerana sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat meminta pertolongan..
Tidak dinafikan, memang sedih tidak dapat bersama orang yang kita cintai / cinta tak berbalas, tapi lagi malang jika Allah tidak menyintai kita sebagaimana Allah menyintai para hamba-Nya yang bertaqwa. Silap2 kita masuk Neraka-Nya dek kerana cinta nafsu kita!
Jika kita menjaga hubungan dan menolong agama Allah, PASTI dan PASTI Allah jadikan dunia tunduk pada kita..ingatlah, ’bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor’…
setakat ini sahaja..semoga kita memperoleh sesuatu hari ini, dan mampu membentuk benteng kesedaran dalam diri kita semua agar menjadi dapat mendidik diri ke arah mendapat keredhaan dariNya..InsyaAllah.
Editor : Akhi Murabbi
Subscribe to:
Posts (Atom)




