Aku bukan USTAZ..

Aku bukan DA'IE..

Cuma ingin berkongsi ilmu yang bermanfaat di dunia dan kekal di akhirat..

Semoga Allah MeRedhaI..

Followers

Mutiara Kata

1.30.2012

Laptopku ditemui kembali..

Alhamdulillah,syukur sangat2 pada ALLAH sebab diberi sekali lg peluang padaku dapat temui balik laptopku yg hilang kena curi..
Hari ni selasa 31/1/12 jam 11pm,laptop samsungku ditemui kembali kat blakang tangga blok E..
Tarikh hilang jumaat 27/1/12 jam 6.30am..xsangka budak universiti sains ISLAM malaysia ni macam2 perangai,panjang tangan pun ada..Dont judge the book by its cover..aku rasa tu lah perumpamaan paling sesuai diberikan pada budak2 usim ni..pakai serban setebal gunung pun,tapi iman yg pura2,buat apa??neraka la makannya!!
Alhamdullillah dengan berkat doa orang ramai dapat juga rezki kepunyaanku kembali..
Ganjaran yg aku buat..
Jumaat pagi hilang tu aku memang xboleh nk syak siapa2,sbb bilik aku aras paling atas,xkanla org luar dtg masuk bilik aku curi laptop aku?pergi la buat repot kat unit keselamatan usim,tp diorang xbuat apa2 tindakan pn selama 2hari..Aku dah cukup putus asa,buat2 perkiraan untuk jual Galaxy s2 aku untuk beli laptop baru,tp yela duit xcukup kan,laptop pulak benda paling penting..nak buat assignment lagi,semuanya memerlukan bantuan laptop..hari ahad seperti biasa pergi la solat magrib kat surau kk1 kat,selepas solat,terlintas 1benda ALLAH bagi,iaitu nk ngaku kat pengetua KK1 Dr.Rodhi..so lepas solat baadiah pergi la adu,Dr cakap insyallah dy akan ikhtiar,malam tu jugak lebih kurang jam 2am Dr,Felo,unit keselamatan buat la spotchek blok E,habis locker siswa diorang selongkar,lepas tu Dr dtg bilik aku..berkira-kira balik,knapa la aku terlupa roomate aku yg xhadir ALSP,terus suspek dy..xtuduh,tp suspek..ternyata nk dipendekkan crita,dy yg tau tmpat laptop aku dimana,ckapnya dy hanya teka..Aku malas nk cite pnjang2,tp mulai hari ini aku xkan percaya walau sepatah pn dy cakap..Cukup pahit utk aku telan,kawan makan kawan??Adakah aku xcukup baik kat dy?Apa yg aku buat slama ni kat dy sampai  buat aku camni??Ingat aku bodoh??
Last thing,aku nk brsyukur sgt pada ALLAH taala krn diberikan aku jumpa balik laptop aku,dan jumpa perangai sebenar kwn yg berselindung d sebalik kebaikan..aku rsa xpatut dipanggil kawan kot..Harap2 lps ni slepas dibuktikan bersalah dy akan dibuang usim dan diblaklist namanya...
Bukan berdoa buruk pada org,tp sebagai pengajaran untuk dy menginsafi dosa2 yg tlh dilakukan..bawa lah bertaubat awal seblum menemui ajal wahai kwan2ku...
Wallaualam...

1.26.2012

Era Gajetku..

Tengok tajuk macam nak cerita hal gajet kan..
Sebenarnya nak cerita minat aku terhadap gajet2 terkini..Aku sendiri pun xtahu sejak bile aku start minat gajet ni,dan semestinya brand gajet pilihan utama aku ialah brand yang tgh naik giler2 skarang..
Cuba teka??

Semestinya SAMSUNG,yang kini sudah menjadi brand no1 dunia untuk memiliki pilihan gajet canggih dunia masakini,pencabar terdekatnya yg xhabis2 nak saman SAMSUNG iaitu APPLE kini berada di rangking dunia no2 kini..
Hah,antara gajet SAMSUNG yang aku miliki sekarang,mula2 aku beli ialah notebook SAMSUNG R440,aku beli di KB MALL pada bulan 4 tahun 2011,masa tu aku tengah tunggu result masuk U..
 


Harga yang ni RM2200,puas hati la core i5

seterusnya aku jejakkan kaki ke Usim,dan aku beli SAMSUNG Galaxy s2 pulak..kelajuan s2 cukup puas hati,dengan cip processor duo core,xperbah aku rasa kelajuan henfon macam ni,dreamlist kedua dapat aku capai,dan dibekalkan dengan Super Amoled plus,cukup Vivid,dan kapasiti 16GB internal..anda patut rasa s2 ni macam mana..Fuhh,untuk yang gila gajet patut memilikinya,xrugi beli..Harga S2 tyme ni RM1800 aku beli..
s2 purple kesygngnku dibandingkan dgn iphone4,cukup jauh perbezaan skrinnya..

S2 dgn 8.0MP manakala iphone4 dgn 3.2 xcilap..Cover set yg cute..hehe

Earphone MONSTER BEATS salah satu accessories yg ku syg,mahal beb..
Selepas sebulan lebih aku pakai S2,aku beli pulak SAMSUNG Galaxy Tab Plus 7.0,masa tu baru masuk market Malaysia lebih kurang 1minggu,trus ku kebas..hehe..harga Tab pulak RM1600..Tab plus ni adalah hasil pengeluaran SAMSUNG kedua selepas Galaxy Tab edisi pertamanya..Tab plus design dengan lebih nipis,dengan kelajuan core duo macam S2,dan 1.4GHZ,maka xdinafikan kenapa aku suka Tab ni..kelebihan calling dengan silent call yg telah di upgrade kan dan SMS yg lebih efision,namun yg aku xpuas hati skrinnya..Dah biasa dgn S2 plk yg pakai super amoled plus,Tab ni skrin biasa je,tp dah ok..Bateri boleh bertahan selama 2hari kalau pakai untuk biasa2 je..Tp untuk aku presentation bizz ku lebih mudah,aku beli jugak Tab ni,tapi aku xterpikat dgn ipad2..sory APPLE..hehe..

camera 3.2 behind and 2.0 front..beshh..
Pastu aku ada la Nokia C3 yg dah aku xpakai sbb ada gajet2 lebih canggih,so aku hadiahkan pada adik aku jela..Antara Gajet yang pernah aku survey pulak:

Kedua-dua gajet ni aku pernah nak beli,tp xjadi..Galaxy Note,dy punyer pic perghh,,Super amoled HD,paling lawa pernah aku lihat..Ipad2,test je,tp last2 beli Galaxy Tab..

Seterusnya ni berita terbaru aku dapat pasal rancangan SAMSUNG untuk mengeluarkan Galaxy SIII..Ish,terliurnya..
Design yang cukup lawa,nipis dan terang..bajet dalam RM 2700 kot aku rasa..

Galaxy S III to hit shelves in April with 12 MP camera and HD screen


The MWC is fast approaching and one of the main reasons for us to expect it so eagerly is the announcement of the next Samsung flagship. The Galaxy S III has some huge shoes to fill, but if those latest rumors are to be believed, it might just have what it takes.
The rumors come from Eldar Murtazin, who hasn't had the most accurate series of predictions lately, but who we are willing to believe now as he claims he has played with the smartphone already. So, according to the Russian, the Samsung Galaxy S III will indeed be unveiled at the MWC and will go on sale in April, exactly a year after its predecessor.
The Samsung Galaxy S III will, reportedly, come with an HD resolution screen (of larger size, we assume), a 12 megapixel camera and a quad-core CPU, running at 1.5-1.6 GHz. The beast will be running on Android 4.0 Ice Cream Sandwich and, according to Mr. Murtazin its two extra cores will be more than just PR materials - the smartphone feels really fast.



P/S:semua gajet yang aku beli bukan pakai duwit mak ayah okey,duwit kerja sendiri..huhu

1.24.2012

Back to USIM

Alhamdulillah,syukur pada ALLAH sebab bagi lagi aku peluang untuk hidup didunia sampai saat ini..
Syukur xterhingga sentiasa diberikan peluang oleh ALLAH untuk beri masa kita untuk bertaubat padanya,buat ibadah,dan buat amalan2 yg sentiasa untuk mencapai kehidupan yang kekal abadi iaitu di akhirat..
Hari ini selasa 24Januari,tepat jam 6pm aku selamat sampai ke USIM yg tercinta untuk ku meneruskan pengajian yang insyallah aku dapat keredaan dari ALLAH..bertolak dari bumi serambi mekah pada jam lebih kuarng 9am...
Hampir 2minggu xlihat USIM,nampaknya did not change at all..Esok bermulanya perjuanganku untuk program pengukuhan bahasa arab dan Inggeris selama 10hari..tengok kawan2 yg kat U lain tgh cuti ada la sedikit jelez,tp xpelah,perjuangan manusia xsama d atas muka bumi ni..Terasa berat pulak esok da nak masuk kelas,yela sebab banyak kerja xsettle kat rumah lagi,tp terpaksa bergegas ke sini..
Berikut adalah jadual bermula dari esok hingga 4Feb::

ATURCARA PROGRAM
PROGRAM PENGUKUHAN BAHASA ARAB 2 (ALSP2) sesi 2011/2012

Hari Pertama (Rabu – 25 Januari 2012)

8.00 pg : Pendaftaran
8.30pg - 10.30pg : LDK - 1 ( Ta’aruf & Perbincangan tugasan )
11 pg – 1 tghari : LDK - 2
3 ptg – 5 ptg : LDK - 3

* Tugasan

Hari Kedua (Khamis – 26 Januari 2012)

08.30 pg – 10.30 pg : LDK - 4
11.00 pg – 1.00 tghri : LDK - 5
02.30 ptg – 4.30 ptg : LDK – 6 ( Persembahan )

* Tugasan

Hari Ketiga (Jumaat – 27 Januari 2012)

08.00 pg – 10.00 pg : Perbincangan Persembahan
10.00 pg – 5.00 ptg : Aplikasi myGoals ( 2 jam x 3 aktiviti )

Hari Keempat (Sabtu – 28 Januari 2012)

08.30 pg – 10.30 pg : LDK - 7
11.00 pg – 1.00 tghri : LDK - 8
02.30 ptg – 4.30 ptg : LDK - 9

* Tugasan

Hari Kelima (Ahad – 29 Januari 2012)

08.30 pg – 10.30 pg : LDK – 10
11.00 pg – 1.00 tghri : LDK - 11
02.30 ptg – 4.30 ptg : LDK - 12

Hari Keenam (Isnin – 30 Januari 2012)

08.30 pg – 10.30 pg : Persembahan dan Penutup
Papepon,pejuanganku masih panjang,habis ELSP2 n ALSP2 ni,aku akan memasuki semester2..4tahun masa yang cukup lama,namun aku xkan alpa pada pengajian akhirat,biar dapat seimbang kedua2nya..redha ALLAH adalah tujuan utama aku hidup didunia ni d samping kejar dream2 ku..
Kenangan kelmarin di bachok bersama family tetap di hati:
My Loving Family


My love mom

Cantik kan?

1.20.2012

Wanita yg tidak disukai lelaki..

Assalamualaikum..wah3,tajuk sensitiv nie,papepon apa ilmu yg aku dpt ni hasil aku baca dari sebuah buku bercorak islamic..iaitu tentang dalam pemilihan memilih calon isteri..Bg kaum Adam Islam menganjurkan kita jangan memilih calon2 isteri macam ini yea..

1.Bermulut lancang dan suka memerintah..
::sound like queen lebih tinggi darjatnya dr king kan..tp bagi kaum Adam,jauhilah wanita seperti ini ye sbb setiap lelakimengharapkan seorang pendamping hidup yg solehah,taat beragama dan tunduk kepada ALLAH dan RASUL dan bersedia mengikut bimbingan suami.Jika kita tanya setiap kaum Adam pun,mesti mereka akan menjawab:mereka bencikan terhadap wanita yang suka berkuasa,suka memerintah dan mengatur suami dan mahu menang akan dirinya shj,walaupun aku belom kawin,tp feeling aku tetap sama macam aku nyatakan di atas.Bahkan kadang2 si wanita melakukan segla usrusan tanpa meminta pendapat dan pertimbangan suami,sehingga suami ibarat patung,tidak mempunyai peranan langsung dalam membuat keputusan rumah tangga..ALLAH TAALA TELAH BERFIRMAN:

"kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita,oleh krn ALLAH tlh melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yg lain(wanita) dan mereka (lelaki) tlh menafkahkan sebahagian dari harta mereka"..(surah an-nisa'<4>:34)

2.Pandai berbelit kata dan suka bercakap
::perghh,ni part aku xsuka la jugak,kita cakap macam ni,dia putar crita.,wanita yg banyak bercakap,pandai berbelit kata,dan suka berbicara.Dia suka menunjuk2 kebolehannya dan kehebatannya,bahkan suka menonjolkan pendapatnya dan juga pendapatnya tidak boleh dibantah,tidak mahu kalah dalam perbincangn,tidak mahu mengalah,bahkan dia menobatkan dirinya sbgai wanita plg sempurna..Imam Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata:


"seorang lelaki hendaklah tidak mengahwini wanita celupar dan suka bercakap,suka mencabar orang lain"

3.Ego dan angkuh
::kalau part ni memang semua org benci,terutamanya aku sendiri.Ciri2nya ialah wanita yang xmau melayani orang lain namun selalu minta dilayani.Dia selalu sibuk dgn urusan dan kepentingannya sendiri,bahkan sering menyendiri,tidak mahu digangu oleh siapapun.Kewujudnnya seperti tiada,Kalau berkahwin,dia anggap dirinya betul segala-galanya dan tiada perhatian kepada keluarga.


4.Pendusta
::Banyak wanita yang biasa berdusta,bahkan di zaman serba moden ini boleh dikatakan amat susah untuk mempercayai seseorang wanita krn sudah lali dgn wanita pendusta yg kita temui.Kita boleh temui wanita yg asyik dgn gaya idup palsu,bahkan bila becakap dgn sesiapun xkan terlepas dariunsur dusta,hinggakan tidak memberikan kebenaran kepada dirinya.Padahal setiap kaum Adam sgt membenci wanita pendusta.Lelaki lebih menyukai kejujuran dan wanita yg jujur,krana pendustaan membawa kehancuran dan kejujuran membuahkan ketenangn dan kebahagiaan hidup di dunia dan semestinya hidup yang kekal abadi di akhirat.FIRMAN ALLAH yg bermaksud:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan pembohongn,hanyalah org2 yg tidak beriman kepada ayat2 Allah,dan mereka itu org2 pendusta"
(surah an-nahl<16>:105)

5.Kaki gosip
::membawa erti wanita yang suka bercakap-cakap tanpa ada tujuan dan faedah.Suka berbual-bual sehingga menyebarkan fitnah tanpa memikirkan bahaya dan dosa.Biasanya wanita yg suka bergosip adalah wanita yang paling tidak memahami akan tugas rumah tangga.Tugasnya setiap hari berpndah-randah dari satu jiran kpd rakan untuk bergosip padahal indahnya penampilan seseorg adalah pendiam dan tidak berbicara kecuali untuk tujuan kebaikan.Sabda nabi dari Abu Hurairah berkata bhw Rasullullah tlh bersabda maksudnya:

"sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat,maka hendaklah dia berkata baik atau hendaklah dia diam"

p/s:banyak lagi point,tp malas nk tulis,papepon aku nk bagi fakta tentang wanita yang diidamkan oleh kaum Adam..Dari tahun 2005::

-91% lelaki mencari wanita yang memiliki ketulusan hati
-86% memilih wanita yang memiliki sifat lemah lembut
-79% memilih wanita yang memiliki akhlak yang baik
-51% memilih wanita yang memiliki sifat keibuan
-71% memilih wanita yang memiliki rupa paras dan badan yg cantik

::Rasullullah pernah ditanya tentang wanita yang baik,lalu baginda menjawab:
"Wanita yang menyenangkan apabila dipandang suaminya,taat jika diperintah,dan tidak menyalahi terhadap apa yang dia benci pada dirinya dan pada hartanya"

1.17.2012

Assalamualaikum semester break..

Assalamualaikum semester break??Soo freak..Sound like I haven't holiday...Actually this is my first semester break..Habislaa suda semester 1(First year) kat USIM tercinta...untuk itu the last paper at Friday 13//1//12 jam 12pm,bertolaklah aku dengan Van vennete zaimmi..
<Aq duduk depan,bcoz 5org muslimah d blakang>
7 org cukup satu van,maka bertolaklah kami ke kelantan,walaupon pd mulanya sesat di KL,last2 dpt jgak cari jalan keluar..Nak hidup pandai2 lar kan..Rasa rindu la jugak kat rumah sbb last balik Raya Haji arituu.lama xbalik kan,tp xlah rindu sgt,cuma rindu kat mak n adik2 je kat rumah sbnarnya..OTW balik kelantan,aq rasa pelik kenapa on the road always wet..rupanya musim tenkujuh pantau timur..Alamak!!dats mean?? 
This??

THis???


Jangkaan aku betol,balik2 je rgk air dah naik padang..Tp air naik slow..Pastu trus la angkat brg..Walaupon xrela tp terpaksa,but Im being heppy because can help my mom..Lama dah xtolong mom sejak aku pergi Usim...16/1/12,uncle min came visit malaysia from US..soo hepi cause lama xjumpa,byk ilmu aq dpt dr dy,terutamanya ilmu sal bisness,..masuk molep dgn aku..n he promise to sponsor me go to US one day..dpt gift dr dy..


Gatsby spray style..
worth than RM960,original tau,in my dreamlist..
Burger prosperity..(never eat before..hehe)
new SGP case for my Galaxy S2 ^_^






 And the best thing uncle min said to me he want to sponsor I go to washington..I hope that too..
 Wow,tgk gambar pon dah cukup untuk membayangkan betapa gahnya washington city..aku cukup kagum..hope that Malaysia could be the same one day..Day past day,aku xtau aku dah present pasal QI kat uncle min,he saud great!..He will introduce to his friend when his friend arrived here..I dont know sempat x aku jumpa dgn frennya,bcause aku masuk Usim back in 24/1..Hopefully sempat,adalah dream aku untuk kembangkan bissness aku ke US..
P/S:Jangan gelak because this is my first story i write in my blog..so ameteur..Wallahu'alam..Hanya Allah yg maha mengetahui..

11.24.2011

IBLIS DAN MATLAMATNYA...

TUJUAN IBLIS : 
Untuk MENYESATKAN umat manusia dan MEMBELAKANGKAN ALLAH s.w.t dalam kehidupan supaya sama-sama menyertai Iblis..

Untuk itu marilah kita kenali Iblis melalui Dialog antara Rasulullah s.a.w dengan Iblis untuk kita semua lebih peka akan tindak-tanduk Iblis dalam kehidupan kita. Semoga kita semua diberi Rahmat dan Pentujuk untuk menjadi hamba yang benar-benar Ikhlas kepada Allah s.w.t.

Dialog Iblis Dan Rasulullah s.a.w – Iblis Musuh Yang Nyata

Dari Muadz bin Jabal, dari Ibu Abbas: Ketika kami sedang bersama Rasulullah saw di kediaman seorang sahabat Anshar, terdengar panggilan seseorang dari luar rumah, “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku.” Rasulullah saw bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Rasulullah melanjutkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Lalu Saidina Umar bin Khattab berkata:“Izinkan aku membunuhnya wahai Rasullulah.” Rasulullah menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas ra berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang kakek yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi.

Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin”

Rasulullah saw lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah swt, sebagai makhluk terlaknat, apa keperluanmu?”

Iblis menjawab: “ Wahai Muhammad, aku datang kesini bukan atas kemauanku, namun karena terpaksa”.

“Siapa yang memaksamu?”

“Seorang malaikat utusan Allah mendatanganiku dan berkata: Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”

“Oleh karena itu aku sekarang mendatanganimu. Tanyalah apa yang hendak Kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Orang yang dibenci Iblis

Rasulullah saw lalu bertannya kepada iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”

“Siapa selanjutnya?” tanya Rasulullah saw.
“Pemuda yang bertaqwa memberikan dirinya mengabdi kepada Allah swt.”

“Lalu Siapa lagi?”
“Orang alim dan wara’ (loyal)”

“Lalu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci (juga merujuk kepada orang yang tetap wudu’nya).”

“Siapa lagi?”
“Seorang yang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain?”

“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang – orang yang sabar.”

“Selanjutnya apa?”
“Orang yang bersyukur”

“Apa tanda kesukurannya ?”
“Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya”.

“Pandanganmu mengenai orang seperti Abu Bakar?”
“Ia tidak menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

“Umar Bin Khattab ?”
“Demi Allah, setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur (ketakutan).”

“Usman Bin Affan?”
“Aku Malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”

“Ali Bin Abi Thalib?”
“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mau melakukan itu.” (Ali Bin Abi Thalib selalu berdzikir terhadap Allah swt)

Amalan yang Dapat Menyakiti Iblis

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak shalat?”
“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”

“Kenapa?”
“Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud 1 kali kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 derajat hamba terebut.”

“Jika seorang umatku berpuasa ?”
“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”

“Jika ia berhaji?”
“Aku seperti orang gila.”

“Jika ia membaca Al-Qur’an?”
“Aku merasakan diriku meleleh laksana timah di atas api”

“Jika ia bersedekah?”
“ Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”

“Mengapa boleh jadi begitu ?”
“ Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”

“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”
“Suara kuda perang dijalan Allah.”

“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”
“Taubat orang bertaubat (orang yang benar-benar taubatnya).”

“Apa yang dapat membakar hatimu?”
“Istighfar diwaktu siang dan malam.”

“Apa yang dapat mencoreng (melukakan) wajahmu?”
“Sedekah yang diam-diam (contoh mudah ialah tangan kanan bersedekah walhal tangan kiri tidak mengetahui akan sedekah tangan kanan tersebut).”

“Apa yang dapat merosak wajahmu?”
“Solat fajar.”

“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Solat berjamaah.”

“Apa yang paling mengganggumu?”
“Majlis para ulama.”

“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”

“Dimanakah kau menaungi anak-anak mu dimusim panas?”
“Dibawah kuku manusia (perintah supaya memendekkan kuku).”

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Lalu Baginda Rasulullah bertanya lagi: “Siapa temanmu wahai Iblis?”
“Pemakan riba”

“Siapa sahabatmu?”
“Penzina”

“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk”

“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir (juga merujuk kepada orang yang menyesatkan)”

“Apa yang membuatmu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai”

“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan Solat Jumaat”

“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”
“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja”

Iblis Tidak Berdaya Dihadapan Orang yang Ikhlas

Rasullullah SAW lalu bersabda lagi: “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan ummatku dan menyengsarakanmu.”

“Iblis segera menjawab: “Tidak. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga Hari Akhir. Bagaimana Kau mampu berbahagia dengan ummatmu, sementara aku mampu masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak mampu melihatku? Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang mampu membaca dan tidak mampu membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang Ikhlas (Mukhlisin).”

“Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?”

“Tidaklah Kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat orang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku mampu pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan serta hatinya masih selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku.”

Iblis dibantu oleh 70 000 anak – anaknya

Iblis berkata lagi: “Tahukah kamu wahai Muhammad, bahwa aku mempunyai 70 000 anak dan setiap anak memilki 70 000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama’. Sebahagian untuk mengganggu anak-anak muda, sebahagian untuk mengganggu orang tua, sebahagian untuk menggunggu wanita tua, sebagian anakku juga aku tugaskan kepada para zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.”

“Aku juga punya anak yang suka menaburkan sesuatu dimata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur hingga pahalanya terhapus.”

“Aku juga punya anak yang senang berada di lidah manusia. Jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia (membangga-bangga), maka 99% pahalanya akan terhapus.”

“Pada setiap seseorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk dipinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”

Iblis berkata lagi: “Keluarkan tanganmu, lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya. Mereka, anak-anak ku selalu menyusup dan berubah ke satu kondisi ke kondisi lainnya, dari satu pintu ke pintu lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.”

“Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa akannya.”
Berkata lagi Iblis tersebut: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya sembuh seketika. Aku terus meggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.”

Cara Iblis Menggoda

Iblis menyambung ceritanya: “Tahukah kamu wahai Muhammad? Dusta berasal dari diriku. Akulah mahluk pertama yang berdusta. Pendusta adalah sahabatku. Barang siapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku. Tahukah kau Muhammad? Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa derngan nama Allah bahwa aku benar-benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku. Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata-kata cerai,isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak-anak zina dan ia masuk neraka hanya karena satu kalimat, iaitu Cerai.”

Iblis menyambung: “Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka mengulur-ngulur (melambat-lambatkan) solat, Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikkan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia menundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya ke mukanya.”

“Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya lihat kiri dan kananmu, ia pun menoleh. Pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku ucapkan ‘solatmu tidak sah’. Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam shalatnya akan dipukul?”

“Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Iapun solat seperti ayam yang mematuk beras. Jika ia berhasil mengalahkanku dan ia shalat berjama’ah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga ia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkan sebelum iamam. Kamu tahu bahwa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keledai.”

Iblis menyambung lagi: “Jika ia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga ia menguap dalam shalat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. dan ia pun semakin taat padaku.”

Iblis berkata kepada Rasulullah: “Kebahagiaan apa untukmu, sedangkan aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, ‘Kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkecukupan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak. Jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’ Ia pun mati dalam kekafiran. Jika ia mati sambil meninggalkan solat, maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.”

“Wahai Muhammad, apakah engkau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari Islam?”

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

Rasulullah bertanya pula kepada Iblis: “Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”

“10 macam”

“ Apa saja?”

“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman, “Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak.

Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan” (Qs Al Isra :64).

“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.”

“Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.”

“Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku.

Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).

“Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan,” aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata lagi: “Wahai Muhammad, aku tak mampu menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya mampu membisikkan dan menggoda,”

“Jika aku mampu menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak mampu memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau mampu memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya mampu menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” (nafi makhluk, Isbatkan Allah)

Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.

Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong.”

Begitulah kisah mengenai Iblis, yang telah dipersaksikan kehadapan Baginda Rasulullah saw tanpa ada sedikit pun penipuan dalam percakapannya. Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai ragam Makhluk-Nya. Hanya tinggal untuk membuat pilihan antara kita, sama ada jalan ‘benar’ atau jalan sebaliknya yang hendak kita pilih dalam mendapatkan Redha Allah swt.

Sumber :
1.Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.
2.Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) oleh Atok Zamany.

CREDIT:up to mu

10.23.2011

Maksud Bacaan Di dalam Solat

slm..
nk share entri yg plg penting dlm hidup kita..
yg ramai xtaw..
iaitu makna2 bacaan dlm solat..
supaya solat kita dihayati sepenuhnya..
apa yg kita menyebut di dlm solat..
khusyuk menjadi keutamaan..


Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha
suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan
yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.
Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala
puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha
mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang
kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon
pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang
yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka
yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah
darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah
yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan
kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluargaIbrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim
di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah
Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang
telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang
telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan
yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah
yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan
sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau
musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi
Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap
apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan
bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


p/s : Hayatilah dan ingatlah maknanya kerana ianya akan
menambahkan kusyuk di dalam solat anda ... selamat membaca dan beramal

10.12.2011

Pintu Taubat..

Dengarlah dan hayatilah degan penuh keinsafan dan penuh kesyukuran kpdNYA..

 
Tersedar ku dari khilafku
bersujud memohon ampunan
atas segala dosa-dosaku
yang telah khilafkan hatiku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astaghfirullohu Kalla
pintu taubatmu

ntah kapan ajal menjemputku
mungkin esok hanya kau yang tahu
mungkin usiaku tak cukup lagi
untuk hapus segala dosaku

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astaghfirullohu Kalla
Pintu taubatmu

Aku hina dan tak pantas memohon ampunan
tapi hanya engkau tempat ku untuk meminta
ooo..oooooo........

kebesaranMU Ya Allah kasih sayang dan rahmatMu
dalam sadarku terlupa mengucap syukur
dalam sujud ku berdoa
dalam tangisku mengesa
Astafgfirullohu Kalla
Pintu taubatmu


Tuhan selalu memberi petunjuk melalui apa yg ada di sekeliling kita utk selalu BERSYUKUR dan BERTAUBAT..
Namun..
Ia bergantung kpd kepekaan kita sebagai umatnya dlm menyingkapi setiap sudut sekeliling kita itu...

MOGA DIBUKAKAN PINTU TAUBAT KU..DAN DITERIMA AMALKU..

Not Satisfied with Ur Roomate??Let's Try Dis

Berikut cara2 yg boleh dipraktikkan jika anda benci roomate anda,,hehe.. 






1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.
2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah blah dah skrg”
3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.
4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak… dah merebak!”
5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.
6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi…”
7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”
8. Setiap kali roommate masok balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…!”. bukak lampu semula.
9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka ****h, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”
10. Kata kat roommate “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.
11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.
12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.
13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.
14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka ****h dan confused.
15. Duduk & renung roommate dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam tengah tengok wayang.
16. Masa roommate tiada, ambil deodoran dan sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.
17. Kalau roommate ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.
18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.
19. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2.
bile rumet jage pakat2 buat x nmpk ape2.
20. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

Selamat MENCUBA!!!

10.11.2011

ATM fail!!

Entri aku kali ni juz nk advice korang sume yg baca entri aku dgn pengalaman2 aku yg ada..hebat kn bunyinya??he2..sebonanya aku ada 1 pengalaman yg nk dikongsi,mungkin leh wat korg baca entri aku lebih berhati-hati dan peka akan tindakan yg perlu diambil..


Actually ni dah kali kedua benda ni terjadi kat aku,First tyme kt kelantan,ni plak dlm USiM..


Gini citenye,aku masokkan duwet kt mesin deposit BIMB,tp dwet tu xmasuk,frust gler..resit dah kuar,tp dwet xde plk,ke mana nya telan dwet aku ntah,aku xsalahkan mesin,tp kelemahan sistem yg manusia buat ni,,bkn sekali tekena..Huh!!kalau hengget dua aku xkira,ni men ngn beribu,mane xfrustnya...Lusanya aku pn p la BIMB office buat report,so advice aku sape2 yg trjadi cam aku repot tu jgn lambat2,coz da process plg cpt pon 2mggu nk msuk dwet tuw..punye la frust,baru nk angkat Galaxy tab tp jadi gini lak,mungkin hikmah ALLAH lebih besar coz aku surf Mobile88 td terjumpa yg SAMSUNG company dh lancarkan Galaxy tab 7.7 yg latest yg brg2nya sama mcm SGSII..Fuhh..memang bestt,tp skunk xmasuk lg Malaysia market,baru d Korea kot..mintak2 cpt la msk Msia coz da xthn nk dpt galaxy tab nie..harap2 jgk harga bwh 2k,akn ku lipat trus..hu3..juz short dream lerr..huk2,,Insyallah dpt capai dream2 yg beso2 nati,janji xsomsong riak n fokus buat biar jd..dh ramai membership jd la kene jaga..


Lampiran::


RM2060 yg dideposit dlm akaun aku..
Report copy



10.03.2011

CINTA??

slm..dh msk jam 2am,roomate sume dh tido,jz nk share 1entri yg aku jumpe n terbace,suke gak sbb berkait ngn aqu,n mebi trmsk korg sumer,berkaitan dgn cinta,walaupon ada yg pernah trlibat n ada yg xpenah,tp majoriti zaman skarg penah..tp ingin aq tegaskn entri ni xde kne mengena langsung ke arah menghalalkn haramnya couple...jz sebagai santapan rohani pd mlm nie..

kadang kiter x sedar biler ia dtg kat kiter…love is something dificult…

orang x paham pe yg sebenar2nye yg dimaksudkan cinta..

perlu ker kiter tolak orang yg menghulurkan cinta nya kepada kita??

perlu ker kita wat die terluka hanya kerana kiter tak menginginkannya lg?

kite sentias inginkan pasangan hidup yg sempurna…good looking…rich…

kiter nie???sempurna ker???

pening gak biler nak wat pilihan…

kiter nak ngan orang tue…tp orang tue x pernah berterus terang ngan kiter…

kiter x nak org tue…tp org tue terus terusan mengejar kiter…

camne nie???

"lebih baik menyayangi orang yg sayang kiter dr menyayangi org yg belum tentu sayang kat kiter…"

kadang kite akan menghargai sesuatu bile kiter dah kehilangannye…

biler dah tolak org tue…nape kite still ingat kat die eh?

kadang tue tertunggu msg dr die…huhu…peritnye kehidupan…

tapi kite kena gak kawal nafsu kiter…tiada istilah "COUPLE" dlm islam…

percintaan yg diredhai ALLAH adalah percintaan yg berlandaskan hubungan yg halal…ikatan perkahwinan…

biler kite mempertahankan sesuatu kerana ALLAH…insya ALLAH DIa akan memelihara kita…

mungkin skrg x nampak…akan dtg?saper taw?

mmg payah nak kawal nafsu kan…

smoga sentiasa dilindungi dan dirahmati…huhu…




COPYRIGHT FROM ANTIKAPEL.BLOGSPOT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...